Thursday, December 29, 2011

Putih Itu Suci

Assalamualaikum...

Hari ini, tiada madah yang mengiringi bicara

mungkin hati sedang parah

tapi saya mahu bicara tentang hari ini

Debaran menguasai diri saat kaki melangkah ke kelas

Exam yang merisaukan tapi.. ALLAH itu bijak..

DIA tenangkan hati kami dengan menurunkan salji...putih...suci sangat.. tenang rasa hati..

Saat itu bibir terus mengukir senyum..Salji mengiringi kami ke medan perjuangan

Alhamdulillah..Everything will be fine as long as we put HIM as the first in our heart..

*terfikir untuk berhenti menulis seketika..kerana setiap tulisan kini dilihat semakin teruk..semakin
mengarut..perlu dipertimbangkan jika mahu menulis kembali..Tabahlah wahai hati..Hati sedang parah..Perlu undur diri sebentar daripada wadah ini..Mungkin..

Sunday, December 25, 2011

Kembali Kenal Rasa Sayang

DIA...ALLAH S.W.T....
hantar aku ke bumi asing
untuk aku membina kembali rasa itu
mengenal kembali erti rasa sayang itu
merasai kembali kemanisan sebuah rasa itu

Perasaan sayang..
Yang dulu aku hanya kenal dasarnya
sayang buat Allah, Rasulullah, ibu bapa, keluarga, sahabat
takrif sayang bagiku hanya mencakupi ruang lingkup kecil
namun, tiada kemanisan daripada rasa itu

Bahagian bumi yang aku jejaki sekarang
menjadi saksi aku kembali mencambah rasa
menyemai ilmu duniawi dan ukhrawi
membaja iman di dada
menuai ibadah dalam peradaban tingkah

Di sini..aku kenali apa itu usrah
Di sini..aku kenali apa itu dakwah
Apa itu tarbiyyah
Apa itu mutarobbi serta murobbi
Di sini jua..aku kenali apa itu rasa kemanisan punya DIA

Hadiah pertama buat usrahku
Mungkin ia biasa tapi kemanisan usrah itu menjadikan hadiah ini begitu bermakna
Dalam 'bulatan gembira' ini akan aku cambahkan rasa sayang antara kami
Kukuhkan ukhwah agar tidak kami terlepas walau seorang pun
dalam perjalanan kami mengejar syurgaNya
Pimpinan itu mungkin memeritkan
Tapi para murobbi kami tidaklah menjanjikan perjalanan itu mudah
Tapi mereka ada untuk kami

Terima kasih Allah...
kerana KAU tempatkan aku di sini
untuk mencari rasa yang hilang
menjadikan aku manusia terpilih
untuk mengejar redhaMu

Aku kembali kenal rasa sayang
Buat semua di sekelilingku
Walau sahabat tak punya ikatan darah
tapi rasa sayang itu hadir dalam diriku
sayang kerana Allah
membenih risau jika sahabat dalam kegusaran
menerbit rasa prihatin jika sahabat dalam kesedihan
saling mengingatkan
mahu lakarkan lagi sayang itu
mahu cambahkan lagi rindu itu

Buat pertama kali jua
Rasa bahagia apabila sahabat bahagia
Rasa gembira apabila dapat berkumpul bersama
Rasa terharu apabila saling berpelukan
Rasa sayu apabila mahu melepaskan

Di sini rasa itu bercambah...
Di sini rasa itu aku kenal kembali..
Di sini rasa itu seolah satu nikmat yg termanis..
Rasa sayang..sayang yang diredhai..InsyaAllah..
Sayang buat kalian para murobbi,mutarobbi..

kak Syafiqah, kak Ada, kak Fiqah, kak Muni, kak Raihan, kak Najah, kak Zati
wahai murobbiku..kalian teruslah bimbing kami..
moga sabar dengan kami yang merangkak

sahabat2ku...
terlalu ramai untuk ditekan aksara papan kekunci ini
sayang kalian selamanya

hadiah dia...
bikin air mata menitis..
thanks tau...


sama-sama kita cambah rasa sayang
tapi biar dalam redhaNya..

Thursday, December 22, 2011

Manisnya Allah..Mengukir Cerita Hati Kita

Bibir bicara penuh kelembutan
DIA ukir kisah kita seindah mungkin

^^^^^^^^^
Allah itu hebat
DIA lakar kisah kita dengan indah
DIA letakkan kita pada titik kisah yang sesuai
DIA tempatkan kita dalam kalangan orang yang menyayangi kita

Jika pernah kita rasa, Allah S.W.T itu tidak adil
Kerana DIA memberi kita ujian tak termampu dek kekuatan kita
Istighfarlah..kerana DIA tahu kita mampu..
DIA ciptakan kita...
DIA kurniakan kita semangat..
Walau kita tak mampu hadapi, tapi DIA kirimkan sahabat, keluarga
Untuk menjadi pendukung memangku bahu kita

Jika pernah kita rasa, Allah S.W.T itu tidak menyayangi kita
Kerana DIA tidak memakbulkan doa kita bahkan doa itu bukan untuk diri kita
Istighfarlah...kerana DIA tidak pernah tidak memakbulkan doa hambaNya
Cuma mungkin doa itu tidak sesuai dimakbulkan pada waktu ini
Cuma mungkin doa itu tidak baik untuk kita
Cuma mungkin di akhirat kelak, doa itu menjadi syafaat kita
DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita

Jika pernah kita rasa, Allah S.W.T itu jauh daripada kita
Kerana DIA tidak memberi kita rasa keinsafan
Istighfarlah..kerana DIA sentiasa dekat dengan kita bahkan lebih dekat daripada urat leher kita
Selangkah kita dekatiNya, beribu langkah DIA rapati
DIA cuma mahu menguji tahap iman kita
Istiqamahkah kita mencariNya..
DIA Maha Pengasih akan hambaNya
Takkan sedetik pun DIA melupakan kita..

Jika pernah kita rasa itu semua..
Bertaubatlah selagi ada waktu..
Paksalah air mata kita untuk menangisi kejahilan dahulu
Sujudlah selama mungkin untuk menginsafi dosa lalu
Pintu taubat Allah akan sentiasa terbuka
Sehinggalah saat nyawa di akhir masa
Pintu itu akan tertutup selamanya..

Perjalanan kita masih jauh beribu batu
Untuk mencari cahaya Ilahi itu
Saat ini, bukalah langkah pertama itu
Agar kelak langkahan itu mampu menjejak jutaan liku
Agar kelak mampu kita cecah syurgaNya
Segala kemanisan bermula dengan langkahan pertama yang memeritkan
USAHA itu yang ALLAH lihat BUKAN HASIL !
Buat kalian yang berada pada jalan yang sama dengan ku... Kita mulakan langkahan pertama bersama-sama
Kuatlah bersamaku..kerana kalian menguatkan aku

Suhadah, Farasuhada, Ziana, Raihan, Raihana, Syu, Fatin, Syaza
Ramai lagi sebenarnya yang kenal erti persahabatan kerana Allah..

Wednesday, December 21, 2011

Seperti Mahu BERHENTI BERFIKIR..

Kadang-kadang anda harus berhenti berfikir
dan pergilah ke mana hati bawa anda
Logik kah?
Mungkin jua
Tapi fikiran kadang-kadang penat berfikir
Bukan kadang-kadang bahkan selalu..mahu berhenti berfikir
Jalani saja hidup tanpa berfikir..gembira jua tidak,sedih jua tidak
Hidup saja tanpa memikirkan apa-apa
Mustahil kan untuk tidak berfikir?

Aku cuma penat..penat diserabutkan dengan pelbagai persoalan
Yang kadang-kadang tak ketemu jawapan
Fikiranku jua sering memikirkan sesuatu yang tidak pantas dengan tahap kematangan diri
Yang akhir penghujungnya..diri sendiri sakit..pening..pusing..

Kekuatan dalam diri semakin berkurang
Apabila fikiran dalam kepenatan
Tapi Allah itu ada..
sentiasa ada..
Leraikan kekusutan dengan berbicara denganNya
Ampun Ya Allah..hambaMu ini mengeluh lagi.. :'(

Sunday, December 18, 2011

Untuk Hati dan Jiwa

Kusut..kalut..kosong...sedih..
Perjalanan hidupku benar-benar tak bererti
Hari berlalu..tanpa aku sedari
Lantas..ku hitung amalanku hari ini
Kosong..kosong Ya Allah.. :'(
Apa yang telah aku perbuat hari ini?
Mengapa rasa hari ini berlalu seperti angin
Iman tetap begitu..mungkin berkurang..
Ibadah tetap begitu..mungkin tiada yang khusyuk
Banyak yang terbuku di hati
Tapi tak terluah
Tak mampu
Tak tahu
Entahlah
Biarlah hanya hati memahami
Hati aku..sedang sakit
Hingga lupa..Allah itu ada..
Mujur ada yg mengingatkan tapi..
hari sudah berlalu
jauh sangat
INGATLAH WAHAI DIRI YANG SELALU LUPA!
ALLAH ITU SANGAT DEKAT DENGAN KITA
BAHKAN LEBIH DEKAT DARIPADA URAT LEHER KITA
JANGAN MENOLEH!
Tuju perubahan di hadapan
ALLAH ada..cuma ALLAH nak aku terus cari DIA


Kuat ye hati...
buat Su dan Ada..kita kena kuat..sebab kita nak berubah..thanks korang sebab jalan seiring aku di jalan ini.. mungkin kita agak lambat berjalan menujuNya tapi asalkan kita tak menoleh..
WE'RE THE BEST OF UMMAH!!
WE'RE WARRIOR OF ISLAM!!

Saturday, December 17, 2011

Aku Dilamar..Indahnya Lamaran Itu :')

Malam itu..manis sangat..
Malam itu..pilu benar rasa hati..
Senyum di bibir kami...terukir indah..
Hati kami...melakar corak yang indah
Semua itu...malam itu....
Aku dirisik...dilamar...
Hati mana tidak terusik?
Hati mana tidak terdetik?
Hati mana tidak berganjak?
Saat bibir dia melafaz kata..
"Kami datang untuk meminangmu.."
Air mata kala itu..
mahu menitis..
Gembira kan?

Lamaran itu hadir...ketika kami sedang mencari..
Lamaran itu hadir...ketika kami sedang menanti..
Lamaran itu kami terima..
Kerana kami sudah lama inginkannya
Tidak perlu ditanya, kami akan pantas mengatakan "Aku TERIMA"
kerana itu matlamat kami..
Kita tuju syurga bersama ya sayang..
Kelak kita akan bermain di syurgaNya
Mesti lagi enak permainannya
Mesti lagi manis ukhwahnya..
Moga-moga :)

Mata bergenang air mata..di tahan...
Saat hati ingin katakan.."Aku terima pinangan itu.."
Lamaran itu datang..tanpa cincin..
Jua tanpa hantaran..
Tapi aku terima..dengan hati terbuka..
Kerana bagiku..hantaran itu syurga kelak
Allah S.W.T akan permudahkan
kerana kami akan berkahwin keranaNya
Mungkin butuh waktu untuk berkahwin
Mungkin setahun..dua..atau lebih lama
Barulah lafaz nikah itu termeterai
Tapi biarlah..
Aku hanya mahu bertunang dahulu..
Mahu kenal dulu peribadi..
Mahu kukuhkan dulu hati..

Pimpin tanganku menuju jannahNya
Jika aku lelah, berilah aku rehat tapi jangan tinggalkan aku
Jika aku tersungkur, berilah aku masa untuk bangun tapi jangan lepas genggamanku
Jika aku mati, itu kerehatan bagiku..
InsyaAllah...aku tunggu kalian di sana..

Wahai jalan dakwah..amanah yang Rasulullah SAW tinggalkan..
Aku tak mampu nikahimu sekarang
Kita bertunanglah dahulu
Kerana aku perlu kenal diriku..kenal dirimu
Aku perlu sucikan karat-karat jahiliyah dalam diri dahulu
Sabar ya..
Nanti sarunglah cincin ke jari manisku..tanda lafaz sakinah..
Ameen..

Bidadari-bidadariku tercinta..
Kakak-kakak yang sentiasa pimpin tangan kami
Terima kasih kerana datang melamar kami
Kami terima..
Moga usrah itu mampu menikahkan kami dengan agama Allah...
Cerita kita sama cuma latarnya berbeza
Tapi pengarahnya cuma DIA
Kita senyum saja ya.. :')

P/S dakwah itu sukar tapi kesukaran itu hanya sementara..thanks kak Syafiqah, kak Afiqah, kak Ada, kak Najah, kak Raihan, kak Muni

Monday, December 12, 2011

sWeeT :: UnTuK seMua raSA ALLAH hEbaT

Bicara kali ini...mohon izin untuk menulis cereka
Tentang SWEET yang benar-benar membuka mata
Langkah kakiku menjejak satu lagi bahagian bumi Beijing yang mempesona
Dengan tujuan yang satu iaitu mencari diri yang hilang sekian lama
Kesejukan mencengkam tulang-temulang
Diharungi jua penuh kekuatan..

Bicara mereka...senior-senior...memberi ilmu
membuka mata yang selama ini tutup erat
menjana fikiran yang selama ini diikat kemas dengan propaganda orang bukan Islam

Mereka...kumpulkan kami pada satu matlamat
Mengejar cinta ALLAH yang hebat
Mengenal sejarah Islam yang kuat
Mengenal diri yang sekian lama sesat
Mengenal agama kami..islam atau Islam?
Membina ukhwah penuh erat
Mereka pimpin tangan kami
Mereka usap tangis kami
Mereka bangkitkan kami dari tidur panjang kami
Agar kami kembali 'hidup'
Berpaksi pada titik yang jelas
Menjadi khalifah dan melaksanakan ibadah kepada Allah

never say NO to usrah again
i want it again!
Sejarah yang bertahun-tahun dipelajari dulu
Yang dirasa hebatnya orang berkulit putih
Mampu itu..mampu ini...
Tapi rupanya..mereka pencuri
Kebijaksanaan ilmuwan Islam diputar belit menjadi kebijaksanaan mereka
Mereka khabarkan..itu HAK MEREKA!
Tapi sebenarnya..HAK ISLAM!

Rentetan sejarah Islam..
Kita pernah mengecap kegemilangan
Kita jadi ikutan..jadi bahan cemburu..
Tapi tak lama...kita jatuh..MENJUNAM!
Kenapa?
Apabila alat mengatasi matlamat
Apabila matlamat tidak lagi dipertahan
Hanya alat diagungkan
Fikir-fikirkan lah

Jika kita tak mampu menjadi yang berada di atas
Mengangkat panji kebenaran keagungan Islam
Jadilah batu bata yang mengukuhkan dasar bangunan
Untuk menjadi tangga buat yang lain naik ke atas
Kita ada kuasa..kita ada kebijaksanaan..
Gunakan!

Want to change to be better? FOLLOW ME!
Jalan untuk berubah ada di hadapan kita
Terpulang pada kita untuk terus melangkah ke arah perubahan
Atau memalingkan pandangan menuju ke arah kesesatan
Kita diberi pilihan oleh Allah
Kita ada masa tapi kita tak tahu bila kita akan ditamatkan riwayat olehNya
Sebelum terlambat...

The key to success is Allah..
Usrah is the way to find HIM
Tekad is the point to found HIM
Jangan jadi duri dalam usrah
Jadilah mawar yang mekar mengharuminya

Jangan biarkan air matamu sia-sia
Air mataku..air matamu..air mata kita
Tumpah di SWEET
Kerana apa?
Tanya diri
Jangan biar air mata kita sia-sia
Menangis mengenangkan kejahilan diri
Meratap melihat kesengsaraan saudara seagama tertindas
Menangislah..
tapi jangan hanya ia tumpah di situ
Biarlah ia terus mengalir kini dan selamanya...

Aku bersyukur..
Dikurniakan kakak-kakak dan sahabat
Yang memahami
Yang menenangkan...
Terima kasih kalian...

P/S :: SWEET akan terus sweet...




Wednesday, December 7, 2011

Jatuh..bangun..Allah ada..

Jatuh...bangun....
Aku jatuh lagi...dan...aku bangun lagi..
Aku sedih..aku kecewa..aku kekosongan jua keseorangan...
Aku menangis...aku meratap...
Jiwa kacau...

Bila iman di dada senipis kulit bawang...begitulah jadinya
Bila ilmu di dada secetek air di pinggir pantai...begitulah jadinya
Bila kesabaran di hati hanya tinggal sekelumit...begitulah jadinya
Bila kewarasan di kepala hanya tinggal secebis..
Begitulah jadinya...

Saat kejatuhan itu...aku bilang aku sendirian
Tapi mereka bilang..tidak...
Allah ada..
Aku tersedar...
Allah itu ada...sentiasa..
DIA sentiasa ada untuk hambaNya
Sedang aku sering sahaja terlupa kewujudanNya
Aku tutur istighfar memohon ampun dariNya
Saat itu air mata bergenang
Kerana baru aku sedar...
Jika aku kata, akulah yang paling banyak menerima dugaan
Tapi sebenarnya..
Masih ramai yang lebih banyak ditimpa dugaan

Sekelilingku...sahabatku...
Hidup mereka lebih menyedihkan daripadaku..
Tapi mereka kuat...mereka bahagia..
Kerana mereka letakkan Allah itu yang pertama..

Allahuakbar...
Sedarkan aku Ya Allah...
Engkau yang pertama dalam kehidupanku
Engkau jua yang mengiringi kehidupanku
Engkau jua yang pengakhiran dalam hidupku
Sedarkan aku Ya Allah
Dugaanmu padaku sesuai kemampuanku
Makbul doaku sesuai keperluanku
Nikmatmu tak terkira banyaknya padaku
Sedarkan aku Ya Allah
Jika aku merasa kekosongan..KAU ada
Jika aku merasa kesedihan...KAU ada
Sedarkan aku Ya Allah
Aku punya ibu bapa yang mengharapkanku
Aku punya sahabat yang menyokongku
Aku punya iman dan islam yang memapahku

Imanku tidak sedalam air di lautan...
Tapi aku akan terus kuat...
Mencari Islam..
Menebalkan iman..
Nikmat Allah tak terperi banyaknya...
Sedarlah diri wahai aku...
:'(
Hadir mereka menguatkan aku..
Demi Allah...aku sayang mereka..
Mereka ada bila aku keseorangan
Mereka sedia mendengar
Menasihati
Maaf jika aku bukan sahabat terbaik buat kalian..
:')

P/S : Kenabebeldgnzibuatakukembalibangun...diabuatakutrsenyumkembali..

Saturday, December 3, 2011

Kebenaran

Mencari kebenaran itu suatu pengembaraan yang memeritkan
Menilai kebenaran itu suatu analisis yang memeningkan
Mentafsir kebenaran itu suatu proses yang menyakitkan
Tapi..
Menerima kebenaran saat ia sudah jelas benarnya
Meletakkan ia sebagai salah satu kepercayaan
Suatu tindakan yang benar-benar merumitkan,menyakitkan

Sejauh mana istiqamahnya diri
Saat mencari kebenaran tentang agama dan Allah?
Sejauh mana keimananannya diri
Saat menilai kebenaran tentang sejarah Islam dan Allah?
Sejauh mana keterbukaan diri
Saat menerima kebenaran yang sudah terbukti?
Pernah tanya pada diri tak?
Mari kita renungkan

Kita manusia yang tidak pernah puas dengan satu hujah
Kita manusia yang tidak pernah puas membina benteng ego dalam diri
Kita manusia...sering sahaja cuba menidakkan kebenaran
Sedang kita tahu itu adalah benar
Kita tetap mahu teroka kebenaran itu hingga temui hujah paling kukuh
Barulah kita mahu mengangguk bersetuju
Menerima dan menjadikan ia kepercayaan kita

Aku tidak tahu, tidak pasti
Boleh atau tidak kita mentafsir sesuatu kebenaran sedalam-dalamnya
Tapi pada akhirnya kita tidak mahu mengiyakan kebenaran itu
Entahlah..kita nilailah sendiri
Kebenaran itu wujud dan punya hujah
Carilah..

Kuatkan Hatiku

Melewati masa yang kini kian pantas pergi
Menghitung hari tanpa henti
Tidak pernah tahu kapan akan tiba saat aku mati

Ya Allah..hambaMu ini sentiasa mengharap redhaMu
Sentiasa mengharap kasih sayangMu
Sentiasa mengharap kekuatanMu
Namun..
Tika aku makin dekat denganMu
Makin banyak dugaan Kau berikan padaku
Bukan mahu merungut jua mengeluh
Namun aku hambaMu yang lemah
Hatiku kadang tidak kuat menghadapinya

Saat cinta manusia kuat dalam diriku
Hatiku sentiasa sakit
Tidak kuat
Tatkala diuji dengan kecurangan manusia
Tatkala diuji dengan kemanisan bicara manusia
Lantas aku beralih
Mengejar cintaMu yang sudah pasti tidak akan mengecewakan aku
Tapi Engkau hebat Ya Allah
Kau beri aku dugaan
Bertimpa-timpa
Menguji hati...punya tahap iman setinggi mana
Aku mohon Ya Allah
Kuatkan hatiku
Kuatkan hatiku
Kuatkan hatiku

Aku tidak mahu berpaling dariMu
Kerana sumber kekuatanku kini ialah Engkau Ya Allah

Ingatkan dirimu wahai teman
Bila hati mahu kekuatan, ingat DIA
Walau sebesar mana masalahmu, ingat DIA
DIA mampu beri kekuatan yang tidak terkira banyaknya
Lupuskan kesedihanmu kerana Allah ada menggembirakanmu


P/S : Nur Ziana Ahmad. Mungkin bicara tulisanku kali ini sedikit mengecewakan..Aku tak punya ilham untuk menulis tika ini.. Mohon maaf... Kuatkan hatimu Zi...

Sunday, November 27, 2011

Masih dalam samar

Bismillahirrahmanirrahim..

Entah bagaimana kali ini aku mahu mula bicara
Bercerita perihal diri yang masih samar-samar tahap imannya
Bicara kali ini seolah sukar terluah
Kerana ada sesuatu dalam diri yang sedang parah

Minda tanya "apa yang sedang parah?"
Hati jawab "Entahlah..tanya si empunya dirilah."
Aku jawab "Cuba tanya iman pula sebab aku pun buntu."
Iman jawab, senang dan ringkas "Aku yang sedang parah, tenat dan sakit."

Allahuakbar..
Baru aku sedar, imanku masih sakit..
Belum hilang lagi luka-luka jahiliyah dalam iman tu..
Iman terus sakit dan parah
Macamana nak ubati?
Entahlah..
Orang kata dengan ingat padaNya, laksanakan segala perintahNya,
Dan ikhlaskan hati pada jalanNya..

Aku tahu itu..sedar...tapi...susahnya..
Hari ini air mata menitis..bukan memikirkan diri yang kurang imannya sahaja
Tapi saat aku memohon maaf daripada ibu bapaku
Atas segala keterlanjuranku dulu
Mudahnya mereka memaafkan
Saat itu jua air mata berjuraian
Itulah salah satu punca iman aku sakit
Kerana terlukanya hati ibu bapaku dulu
Kena rawat hati mereka baru boleh rawat hati dan imanku
Alhamdulillah, aku sedang berusaha menggembirakan mereka

Iman sakit?
Ya...
Hati sakit?
Ya...
Fikiran penat?
Ya...
Tubuh sihat?
Tak...
='(

Sakitnya...iman...hati...:'(


Saturday, November 26, 2011

DIA..

Dia ada..
Bila?
Bila-bila..
Betul ke?
Betul..Tak tipu pun..
Sayang dia?
Sayang..sayang sangat..=')
Dia pulak?
Entah..tapi aku yakin dia sayang aku..
Kalau tak?
Takpelah...tak harapkan pun..
Ya?
Aah..aku cuma harap dia bahagia..dia selamat..dia kuat iman..
Dia tak sayang aku pun takpelah..
Kenapa sayang dia?
Sebab dia kiriman Allah untuk mengisi kekurangan aku..
Skemanya jawapan..?
Memang itu jawapannya..dia dengar apa aku cakap walau kadang2 aku tak dengar dia cakap
Dia senyum je sedang aku masam je dgn dia..layan pun tidak..
Rasa bersalah..azam baru,nak jaga hati dia betul2..
Tak nak dia terluka pun..
Nak peluk dia tak?
Sekarang jugak nak peluk..sebab aku nak nangis dah ni..


Aku dedikasikan buat dia..pendek je tapi aku tahu dia tak kisah..
Dia...aku sayang dia.. Sayang kerana Allah... Sebab dia sahabat yang Allah kirim untuk aku berubah
Dia iringi aku mencari jalanNya..dia ingatkan aku..
Dia hebat! Hebat sangat!
Moga dia kekal senyum..
Kalau dia baca, aku nak cakap, sekarang ni aku doakan dia selamat
Kalau dia baca, aku nak cakap, boleh tak dia peluk aku?

Nama dia aku simpan sebagai milik peribadiku..
Sebab dia berharga sangat..
=')


Wednesday, November 23, 2011

Dosa Lalu..Kini...Aku Sedar

Dulu yang ku damba hanya kasih lelaki...kini..aku mendambakan kasihnya Allah..!

Dulu..hidup berpasang-pasangan sudah menjadi lumrahku
Tanpa pasangan, seolah-olah tidak lengkap hidupku
Saban hari dalam ingatan hanya kekasih hatiku
SMS menjadi teman tidurku
Sedangkan kami bukan muhrim!

Allahuakbar...
Seusai aku singkap tirai silamku dulu
Aku malu Ya Allah, malu dengan pemikiran yang sempit itu
Aku sedih Ya Allah, sedih dengan perlakuan yang terkadang melampaui batas waktu
Aku segan Ya Allah, segan dengan kata-kata manis yang dilempar dulu
Aku lemah Ya Allah, lemah dengan pujukan kaum Adam yang sentiasa menyanjungku

Astaghfirullah..
Saat jendela lama ku buka...coretan dulu ku baca
Saat itu jua aku rasakan betapa hinanya aku sebagai hambaMu
Saat itu jua aku rasakan betapa zalimnya aku sebagai hambaMu
Saat itu jua aku rasakan betapa sadisnya masa silamku sebagai hambaMu

Ya Allah...hati ini menangis Ya Allah..
Saat memikirkan masa lalu
Saat aku sering melupakan asalku, jasadiku, rohaniku, Penciptaku..
Titis demi titis air mata mengalir laju..
Saat aku memikirkan masa lalu
Saat aku jauh dariMu...tetapi dekat pada kemungkaranMu
Ampunkan aku Ya Allah jika masa laluku memenuhi catatan malaikat Raqib
Jika berat bahu kiriku...ampunilah dosa-dosaku Ya Allah..
......='(......

Bibir terkunci rapat..
Suara hilang semerta...
Saat Allah masih sudi mengirimkanku hidayah..
Saat Allah masih sudi mengirimkanku sahabat untuk jadi panduan..
Tubuh seolah kaku..
Air mata bergenang..
Saat Allah masih rela meminjamkanku jiwa yang hidup
Saat Allah masih rela meminjamkanku fikiran yang waras

Ya Allah...='(...betapa mulianya Engkau..
Masih lagi menjadi Yang Maha Pemurah
Meminjamkanku rahmat dan ujianMu
Masih lagi menjadi Yang Maha Pengasih
Mengirimkanku rasa sesal dengan dosa lalu untuk aku kembali padaMu
Masih lagi menjadi Yang Maha Pengampun
Memberi aku ruang untuk bertaubat..

Ya Allah...aku janji duhai Pencipta Agungku
Takkan pernah sekali aku mencintai lelaki yang bukan mahram bagiku
Sehingga lah saat lafaz nikah meniti pada bibir si dia
Cintaku hanya untukMu Ya Allah...
Selamanya...
Tidak akan pernah aku menangis jika tiada teman di dunia
Kerana aku tahu Engkau sudah rencana yang terbaik untukku
Moga Allah masih sudi menerimaku....
Amin...
Bismillahirahmanirrahim..
Allah...mohon kuatkan hatiku untuk mencintaiMu..

Kini aku sedang berubah...menjadi yang lebih baik...agar kelak yang baiklah datang padaku...

Saturday, November 19, 2011

Takdir Hidup

Mungkin..
Perjalanan hidup tak seindah impian
Mungkin..
Kejayaan dicapai tak sehebat harapan
Mungkin..
Iman di dada tidak sekuat anganan

Itu semua mungkin...
Namun,percayalah...
Takdir berjalan seiring usaha
Takdir bergerak seiring redha
Takdir tertulis seiring izinNya

Bicara kali ini bukan mahu contengan hati
Bukan jua mahu melempar masa ke tepi
Cuma ingin berkongsi mainan fikiran tak henti
Kerana Allah memberi ilham mengukir bicara alami

Dulu..aku tidak sekuat sekarang
Aku juga tidak sebaik sekarang
Dulu dan sekarang
Banyak beza yang terkadang ingin aku kikis semua karat jahiliyyah dulu
Biar hilang semua parut dalam diri
Namun aku masih tak mampu
Masih ada banyak sisa-sisa jahiliyyah dalam diri
Kerana aku baru bermula membersihkan diri
Mungkin butuh waktu yang bukan seminit
Bukan seminggu jua sebulan bahkan setahun
Mungkin hingga saat nafasku berada di kerongkong
Masih ada sisa jahiliyyah pada diri

Allah..titisan jernihku kadang-kadang sukar mengalir
Saat waktu tepat untuk menangis
Terkadang air mata jatuh tanpa sedar
Sehingga diri tidak tahu apa yang menyentuh di hati

Allah..hatiku ini milikMu
Jika Kau berkehendakkan ia mati, maka matilah ia
Jika Kau berkehendakkan ia gelap, maka gelaplah ia
Jika Kau berkehendakkan ia bercahaya, Alhamdulillah
Syukur tak terhingga hamba panjatkan

Allah..diri ini masih dalam fasa perubahan
Masih banyak persoalan Islam memenuhi ruang fikiran
Masih banyak ilmu agama yang belum dalam penguasaan
Masih banyak...YA ALLAH
Beri aku waktu untuk berubah
Hantarkan aku hamba-hamba yang mampu membantuku Allah
Jejakkan kakiku ini pada jalanMu Ya Allah

Sahabat..
Aku bukanlah sahabat yang mampu memberi teladan
Kerana aku masih dalam kejahilan
Maaf sangat-sangat :'(
Sahabat..
Aku bukanlah sahabat yang boleh memberi nasihat
Kerana aku juga mencari nasihat
Maaf sangat-sangat :'(
Sahabat...
Aku bukanlah sahabat yang baik keseluruhan
Kerana aku masih ada sisa-sisa sosialiti dalam diri
Maaf sangat-sangat :'(

Jika masa laluku buruk, ambillah sebagai teladan kalian
Aku tidak kisah dipandang serong kerana masa lalu
Asal diriku tahu aku mampu berubah
Cuma perlu waktu..

Wednesday, November 16, 2011

Bidadari-bidadariku

Ku angkat tangan tanda syukur
Lagi sekali Ya Allah...
Syukur tak terhingga
Kerana KAU kurniakan aku bidadari-bidadari manis
Mengiringi setiap langkahku di bumi Beijing ini
Bidadari-bidadari ini sangat hebat Ya Allah
Kerana mereka ciptaanMu
:')
Langkah mereka hayun meredah kesejukan
Melunaskan tanggungjawab yang jadi bebanan
Walau kesibukan merantai kehidupan
Akan mereka cari ruang kekosongan
Hanya semata memimpin kami, perintis kehidupan

Kadang aku tertanya..
Pernahkah mereka mengeluh kepenatan?
Pernahkah mereka menutur kata kebosanan?
Pernahkan mereka mengukir senyum kepalsuan?
Aku tidak pasti...

Tapi..
Apa yang aku pasti..
Hadir mereka dalam senyuman kebahagiaan
Memeluk kami penuh kelembutan
Menyapa kami penuh kemesraan
Memimpin kami penuh kesabaran

Bebanan kami bebanan mereka
Kesusahan kami kesusahan mereka
Tangisan kami tangisan mereka
Kebahagiaan kami kebahagiaan mereka
Tapi...
Adakah bebanan mereka bebanan kami?
Kesusahan mereka kesusahan kami?
Tangisan mereka tangisan kami?

BIDADARI-BIDADARI KAMI..
kak Syafiqah

Kak Ada, Kak Afiqah

Kak Muni, Kak Afiqah Halim, Kak Afiqah

Kak Najah, Kak Raihan

Mereka bidadari-bidadari kami...
Untuk semua senior..
Bagi yang tak ternyata..
Mohon maaf..
Kalian juga bidadari kami..

Senior-senior tercinta..
Hadir kalian mengubah kami
Hadir kalian mengukir senyum kami
Kalian hebat...
Hebat sangat...
Mampu menjadi bidadari yang cukup indah
Kalian terbanglah setingginya..
Moga Allah memberkati kalian
:')

Allah itu Segala-galanya


254. Wahai orang-orang Yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa Yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) Yang tidak ada jual-beli padanya, dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang Yang zalim.
255. Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang tetap hidup, Yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi. tiada sesiapa Yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan Dengan izinNya. Yang mengetahui apa Yang ada di hadapan mereka dan apa Yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa Yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. dan Dia lah Yang Maha tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha besar (kekuasaanNya)

Surah Al-Baqarah : 254-255


Air mata bergenang lagi saat bibir menuturkan tafsir mukjizat Allah
Tika fikiran mencerna maksudnya..
Allahuakbar..Aku bukan hambaMu yang mampu memahami ayatMu tanpa tafsir
Mohon ampun Ya Allah
Tapi aku cuba jua memahami

Mata tertancap pada potongan ayat Allah..
Ringkas tapi benar-benar menyentap hati
"Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan ALLAH S.W.T."
Aku tahu, aku sedar..
Tapi pernahkah aku melaksanakan dengan sepenuh hati?
Tiba-tiba soalan itu menghenjak minda
Ya Allah...menangis lagi aku...
Hinanya aku sebagai hambaMu
Kerdilnya aku di sisiMu
Ampun Ya Allah...kerana selalu terlalai
Sedang cari jalan pulang Ya Allah
Bantu aku Ya Allah..

Allah itu Kekal Hidup selamanya
Sedang kita,saat gugur daun kita daripada pokok di atas sana,
maka malaikat Izrail bersiap sedia mengambil kita untuk menghadapNya
Allahuakbar...mengapa baru aku sedar..bila-bila saja aku boleh pergi
Saat itu tiada guna penyesalan

Baru jua aku sedar..apabila baru sekarang diri mahu menelaah al-Quran
Berkali-kali Allah mengingatkan!
Jika ada masalah, mohon padaNya!
Jika ada keinginan, minta padaNya!
Jika sedih, kembalilah padaNya!
Jika gembira, berceritalah padaNya!
Subhanallah..
DIA begitu terbuka...menerima kita,hambanya
Mengapa aku masih mencari sesuatu yang lain untuk menggembirakanku?
Sedang DIA ada, siap sedia meriangkanku..

Allah itu terlalu hebat
DIA tahu percaturan terbaik untuk kita...
DIA Maha Pemurah..
DIA beri segala-gala yang kita perlukan..
Sedang DIA tidak meminta apa-apa pun daripada kita
Yang DIA minta cuma,
beriman padaNya
infakkan harta pada jalanNya
jaga agama kita, Islam
jauhi kemungkaran..
Dan apa yang DIA minta jua untuk kebaikan kita..
Manisnya Allah...=')

Monday, November 14, 2011

SOLAT bukan rutin...

Jasad tegak berdiri di atas lantai sejadah
Rukuk memandang ke bawah
Dahi mencecah tanah
Adakah itu rutin?
Solat..

Aku termangu sendirian...lantas fikiran menerawang di awanan
Pelbagai persoalan menghentak kotak fikiran
Satu persatu aku ungkai mencari jawapan
Sebak dada...bergenang air mata...saat tiba pada satu persoalan
Adakah selama ini solatku menjadi rutin?
Hingga terkadang payah benar untuk memberi sepenuh jiwa buat ukhrawi
Aku terfikir lagi...
Jika ada yang mengatakan,
"Jagalah solatmu, maka, akhlakmu akan terjaga...kerana solat mencegah kemungkaran.."
Jika benar, mengapa masih manusia melakukan kerosakan di dunia?
Sedang solat tak pernah sekali ada yang lompong..
Jika benar, mengapa masih manusia tegar mengingkariNya?
Sedang solat sentiasa ditunaikan..

Jawapannya hanya satu...
Apabila solat menjadi rutin...manusia tidak dapat merasa kemanisan solat
Apabila solat menjadi rutin...manusia tidak dapat menghayati makna solat
Itulah bahana solat menjadi rutin bukan menjadi perintah Allah..
Apabila kita solat kerana Allah, nescaya, masih ada sisa-sisa kekhusyukan dalam solat

Apabila bibirku mengatakan, aku tak mahu solat menjadi rutin
Tanpa sempat menjelaskan, mulut-mulut manusia terus bercakap,
memandangku penuh sinis
Biarlah...
Yang pasti aku tak mahu solat menjadi rutinku
Aku mahu solat menjadi sesuatu yang baru aku kenali setiap hari
Kerana pastinya aku akan dapat menghayati solatku
Kerana pastinya aku akan dapat kekhusyukan sebenar
Dan barulah solat itu bermakna
Dan barulah solat itu mencegah kemungkaran diriku...

Jagalah solatmu...nescaya Allah menjagamu...
Bimbinglah aku wahai sahabat dalam menjaga solatku..
Moga kalian dirahmati sentiasa..

Sunday, November 13, 2011

Air Mata Syukur

Sebak dada...pincang pandangan dek genangan air mata
Getar suara...kelam pendengaran kerana cuba sedaya upaya menahan tangis
Kaku bibir...senyum nampak paksa kerana terlalu bahagia
ALLAH..bumi Beijing yang aku pijak memberi aku rasa..
Buat aku hidup kembali
Punya rasa sedih, bahagia, marah, hilang punca..

Bergenang lagi air mataku...saat melihat kesanggupan kakak-kakak
Hadir pada setiap aktiviti kami...menahan sejuk mencengkam
Demi kami..junior...
Jika aku sebagai mereka, mampukah aku?
Hadir mereka bawa ceria..
Senyum di bibir sentiasa terukir..Indah sangat..
Hadir mereka dalam keikhlasan..
Bawa seribu satu cerita..kata-kata semangat
Kemesraan itu terasa..

Air mata aku jatuh lagi..walau bukan di hadapan khalayak
Kerana aku bahagia...gembira dalam hati
Walau tak ternampak di muka
Mereka hadir kerana kami
Mereka hadir kerana Allah
Betapa manisnya mereka...seluruh masa demi junior..demi dakwah Islamiah
Kagumnya aku..
Tidak sekali mereka penat..mungkin mereka penat
Tapi tak pernah sesaat pun mempamerkan..

Tak terbalas rasanya aku apabila dengan mudahnya mereka sedia membantu
Siap sedia meringankan beban kami
Mereka bagai sahabat
Mereka bagai ibu kami
Mereka bagai keluarga kami
Biarlah air mata ini jatuh...
Kerana ia tanda syukur..

Allah punya perancanganNya yang terbaik..Pertemukan kami di sini...
Semoga ada hikmah di sebalik pertemuan ini
Dalam bahagia berukhwah...kami ingat padaNya
Semoga senior-senior tidak jemu membantu kami
Salam sayang buat senior2
Buat senior tercinta, kak Syafiqah Rahmat, kak Afiqah, kak Ada, kak Muni, 
kak Najah, kak Raihan, kak Husna, kak Afiqah Halim dan semua lah..
Terima kasih tak terhingga daripada saya
Kalian mengikhlaskan hati saya untuk berada di sini
Ada hikmah saya sampai di Beijing..untuk bertemu kalian
Meluaskan lagi jalinan ukhwah sesama Islam..
Semoga Allah redha..
Jika ada salah kata..mohon maaf

kak Afiqah, kak Afiqah Halim, kak Muni

Semua ada gambar aku...terbaik la...haha
With kak Afiqah..comel kan dia..
Jamuan yang kami sediakan untuk senior-senior
Walau tak ramai senior yang datang tapi kami puas dapat bagi senior rasa kami masak
Lagi puas bila senior kenyang
Lagi puas bila mereka gembira
Moga masih ada waktu untuk kami menggembirakan senior
Ok..aku menyibuk di sini...kak Syafiqah Rahmat
sweetnya lah akak neh...baik sangat..
Moga dia terus aman..
Settle for dis entry...

Sunday, November 6, 2011

Kembali Berjiwa Hamba

Setiap hembusan nafasku..kukira penuh dengan dosa
Setiap langkahku berat mengheret dosa
Sakitnya kaki melangkah..dikelilingi kemungkaran yang aku lakukan
Aku ingin kembali berjiwa hamba
Tapi..terkadang rasa malu menguasai
Apabila jiwa yang Allah pinjamkan kepadaku dalam keadaan suci,
menjadi hitam pekat..kotor..tiap titik hitam dalam hati melambangkan dosa
Allahuakbar...malunya aku sebagai hambaMu
 
Ingin aku kembali menjadi insan berjiwa hamba
Yang hatinya rendah menyembah bumi tanda mensyukuri kekuasaanMu
Ingin aku kembali menjadi insan berjiwa hamba
Yang fikirannya penuh dengan kebijaksanaan tetapi fikirannya hanya untuk mentauhidkanMu
Ingin aku kembali menjadi insan berjiwa hamba
Yang kakinya melangkah penuh tertib jauh daripada kemungkaran terhadapMu
Ingin sekali...ingin sekali kembali berjiwa hamba
Agar kelak berat pahala timbangan mizanku
Agar kelak dapat kucium haruman syurga
Agar kelak dapat aku bertemu saudara seagamaku di akhirat dalam keadaan yang mulia
Namun, rasa malu masih menguasai
Jalan pulang masih dalam samar
Ibarat si buta mencari jalan untuk pulang
Teraba-raba meminta pertolongan
Terkadang jalanku songsang hampir merempuh garisan dosa
Terkadang jalanku hampir lenyap dek kerana lambatnya aku kembali melalui jalan itu
Aku perlu seseorang...
Yang istiqamah memimpinku ke jalan itu...jalan Allah..
Aku perlu seseorang..
Yang teguh melahirkan hati hamba dalam diriku
Yang cekal membina istiqamah dalam diriku
Aku pasti ada seseorang itu...cuma aku perlu cari
Allah...tangan ini sudah penat
Kaki ini sudah penat
Fikiran ini jua penat
Hati dan jiwa amat penat
Mengheret kalungan dosa
Untuk kembali ke jalanMu
Bantulah aku untuk kembali berjiwa hamba
Agar tak akan aku mendongak ke langit
Tetapi tidak dapat melihatMu..
Sedih...apabila air mata seolah butiran emas..sukar untuk menitis untukMu..

Kembalilah berjiwa hamba
tika saat nyawa masih di badan
tika ulama' dan genius agama masih hidup menyebar dakwah
tika bumi masih punya bahagian keamanan
tika hati masih punya rasa untuk berubah...


Kembali berjiwa hamba..tunduk memandang lantai bumi..

P/s: Adahanz....this is for you....kita ke syurga bersama-sama ya...

Friday, November 4, 2011

Hatiku Cuma Satu..tapi..

Jari-jemari kembali berlari laju merentas papan kekunci
Fikiran kembali cerdas mengukir kata
Mata kembali pantas membaca tulisan
Alhamdulillah..aku kembali memberi cebisan jiwaku untuk kalian

Bicara soal hati..tiada kaitan dengan perasaan
Contengan jalanan kadang-kadang merobek hati nan satu
Aku punya hati...cuma satu...itulah pinjaman Allah Maha Esa..
tapi yang satu itu jualah tak mampu aku lindungi dengan payung-payung keimanan..

Pantas sahaja hati kemarau dengan iman
Tak pernah aku sedari..sungai iman dalam hatiku kian surut airnya
Tak pernah jua aku sedari..taman keikhlasan dalam hatiku kian gugur daunnya..
Pernahkah kalian merasakan hati sudah penat mentafsir hidup?
Pernahkah kalian merasakan hati sudah lelah mengawal fizikal?
Aku pernah merasakan itu..

Hati yang satu ini, aku tak jaga dengan baik
Aku biarkan ia tanpa diurus
Hati ini..mudah sekali cemburu dengan kejayaan orang lain
Hati ini..mudah sekali sakit mendengar umpatan manusia
Hati ini...mudah sekali geram dengan sikap manusia
Hati ini cuma satu..tapi tak mampu aku jauhkan hati aku daripada sifat mazmumah
Ya Allah berdosanya diri ini,hati yang Kau pinjamkan aku rosakkan

Hatiku cuma satu..tapi jarang sekali ada simpati di dalamnya
Hatiku yang satu ini...tapi jarang sekali ada keikhlasan mengiringi perbuatan
Hatiku cuma satu...tapi jarang sekali zikrullah menghiasinya
Ya Allah, zalimnya diriku sebagai hambamu..
Sudahlah menjadi peminjam kepada milikMu
dirosakkan pula tanpa belas..

Ya Allah...aku janji padaMu
Hati ku yang satu ini akan aku jaga sampai bila
Takkan sekali ada contengan luka padanya
Agar aku dapat kembali padaMu dengan hati yang penuh dengan iman dan tawaduk kepadaMu..

Sujudku penuh tawaduk tapi cukupkah sebagai bekalan?


p/s: dedicated to hafizan..because he wants me to write something about hati yang satu...

Wednesday, November 2, 2011

Air Mata seorang Hamba

Semalam, aku menangis sendirian
Tanpa teman dijadikan sandaran
Hari ini, aku menangis lagi..juga sendirian
Di ceruk tirai kehidupan
Hanya ditemani teman maya kehidupan

Allah..penatnya aku menangis..
Tak terhitung titisan jernih yang membasahi pipi
Aku hanya mampu mengukir segaris senyum palsu
Semata-mata biar ada contengan pada wajah yang tampak lesu
Allah...bibir ini hanya mampu terkumat-kamit beristighfar padaMu
Mohon ampun Ya Allah, jika air mata ini kutitiskan dengan sia-sia

Kusutnya fikiranku...sekusut untaian benang yang dipintal dalam gesa
Satu persatu perkataan manusia tertancap pada minda yang satu ini
Mohon ampun sekali lagi Ya Allah jika hati ini mudah sekali terasa
Saat situasi tidak terjadi seperti yang diinginkan
Minda pantas mentafsir data
"Penatnya aku berusaha..sedang tiada hasil yang terpamer jelas.."
Mohon ampun Ya Allah kerana minda ini mudah sekali memikirkan untuk berputus asa

Ya Allah..siapa aku untuk mempersoalkan perjalanan yang telah Kau tetapkan
Aku telah banyak berusaha...sehingga relanya diriku bersengkang mata
Namun,tiada hasil yang memberangsangkan
Kadang-kadang jiwa ini penat...tubuh ini lelah...mata ini makin tertutup..layu..
Tapi Ya Allah...terima kasih tak terhingga..
Kerana Kau pantas menyedarkan aku..
Bahawa hidup ini perlu terus berusaha sampai jaya
Cuma hasil itu memerlukan masa untuk menampilkan diri
Aku tahu ENGKAU tidak melihat hasil hambaMu tapi usahanya
Dan aku ingin jadi hamba yang Kau lihat banyak berusaha
Tidak kisah jika bukan sekarang balasan yang akan aku peroleh
Biar di akhirat kelak, berat timbangan mizanku
Amin...

Allah, terima kasih kerana Kau kirimkan padaku keluarga dan sahabat
Yang tak pernah putus membakar obor semangat diri
Yang tak pernah lelah mengangkat panji kekuatan untukku
Kerana mereka aku kembali kuat
Kerana mereka aku kembali senyum
Dan kerana Engkau yang mengirimkan mereka..


Janjiku padaMu Ya Allah...
Aku coretkan pada dinding hatiku
Bahawa tak akan sekilas pun aku putus berusaha
Tak akan sedetik pun aku jatuh tanpa bangun
Tak akan sekali pun aku merungut walau penat
Akan aku teruskan usaha
Biar tiada hasilnya sekarang
Kerana aku tahu keadilanMu mengatasi segalanya
Aku tahu Engkau punya perancangan lain untukku
Syukur Ya Allah..Engkau kirimkan aku kegagalan setelah terlalu banyak kejayaan
Supaya aku sedar..kakiku masih berpijak di bumi
Tak akan sekali aku dongak tinggi kepala ke langit
Tanpa peduli rumput di kaki
Tabahkan hati....cekalkan usaha
Persetankan kata nista manusia kerana Allah itu hebat..

Tabahlah hati..sabar...teruskan usaha


    








  


p/s : terima kasih buat sahabat-sahabatku...peluk cium buat keluargaku..