Tuesday, November 20, 2012

Malam Yang Sayu

Sayu aku rasa malam ini. Menoleh waktu lalu.
Tika khabar yang menduga segenap jiwa hidup aku tertumpu pada bonda tercinta.
Dugaan yang dirasakan sangat berat tika itu.
Rasa seolah jantung jatuh ke tanah, risau tapi tetap tenang. Positif tika itu.
Cepat-cepat tengah malam itu aku selak naskhah Yassin. 
Berharap bacaan itu dapat tenangkan bonda dalam koma.
Khabarkan pada sahabat. Lantas dia datang menemani.
Dalam tidurnya dia, dia tetap bangun datang ke kamar aku.
Usai bacaan yassin, meluah sebentar pada dia.
Datang pula sahabat lain. Jua datang menemani.
Memberi akal untukku. Aku hubungi ayah.
Pedih saat dengar bunyian alatan hospital. Sayup bacaan Yasin.
Saat itu aku hanya mampu tahan sebak. Tak mahu ayah jua runtuh semangat.
Esoknya, khabar tersebar agak cepat. Aku buat keputusan balik Malaysia.
Allah permudahkan segalanya. Sahabat-sahabat banyak membantu.
Sangat banyak membantu.
Di Malaysia, jua tak putus doa mereka buat bonda ku.
Semangat mereka alirkan melalui doa mereka, mesej mereka.
Jujur aku mengalirkan air mata saat membaca mesej-mesej kalian.
Aku gagahkan seminggu di Malaysia melihat keadaan bonda yang sangat tak berdaya.
Wayar berselirat, mata terkatup rapat, pernafasan nampak sesak.
Meninggalkan Malaysia jua dalam linangan air mata.

Dan hingga sekarang.
Ya Allah, aku tak tahu bagaimana mampu aku tunjukkan syukur aku padaMU
BantuanMU sentiasa mengiringi aku, semangatMU jua tetap teguh dalam hati
Berminggu-minggu aku hidup tanpa semangat figur bonda
Tapi aku teguh dengan semangat yang KAU kirimkan melalui sahabat di sisi aku.
Betapa aku tidak menyangka, ukhwah yang aku bina di sini,
Menjadi medan yang sangat indah dan hebat dalam hidup aku.
Merasa diri disayangi, diambil berat dan banyak lagi.
Mereka figur-figur hebat dalam hidup aku.

Terima kasih kalian..
Batch'93 Beiyu Beiwai
Senior-senior Beiwai..
Tercinta di BFU
dan semua sahabat di Malaysia dan negara2 lain
doa kalian sangat hebat.

Aku dan keluarga sangat berterima kasih dengan kalian.
Hanya Allah mampu membalasinya...

Wednesday, October 10, 2012

Terfikir Untuk Mengalah


bunga yang memekar...berikan aku kesegaranmu..
walau secebis, agar aku mampu teguh,
seteguh dahanmu..

Agak lama aku tidak mengukir kata
Menghilang? 
Bukan. Tapi aku sedang mengumpul kekuatan.
Bukan mudah menulis bicara andai lemah
Kerana tulisan pasti akan kelihatan buruk.

Sepanjang ketiadaan aku dalam ruang ini,
Di dunia realitinya, aku acap kali terfikir untuk mengalah
Jiwa rasa melemah seiring iman yang turun naik
Jujur aku penat berfikir..
Andai mengalah, aku akan hilang identiti diri
Andai bertahan, aku akan sentiasa kepenatan
Justeru, aku menangis
Moga-moga air mata mampu membasuh hati yang kotor,
Moga-moga air mata mampu membina kekuatan,
Moga-moga Allah sentiasa membantu menahan tubuh aku dari terjatuh.

Dan ya, saban malam air mata mengalir tanpa disedari,
tiada esak tangis tapi butir jernih itu mengalir
membasahi bantal tidurku,
membasahi kerudung putihku.
Aku tidak penat menangis, bahkan aku rasa satu kelegaan
Saat itu juga fikiran melayang kembali pada dosa-dosa lalu.
Terlalu banyak aku taburkan duri di atas bumiNya
Aku malu untuk mendongak

Aku terfikir untuk mengalah
Tapi orang di sekelilingku mengharap aku kuat
Dan aku tahu, Allah juga tak mahu melihat aku lemah.
Dugaan DIA turunkan untuk menguatkan aku, mengajar aku.
Kerana itu, apabila aku terfikir untuk mengalah,
Aku cepat-cepat memikirkan sebab aku bertahan selama ini.

Manusia lain tidak akan tahu apa yang aku deritai,
Tapi aku juga tidak tahu apa yang mereka deritai,
Allah saja yang tahu apa yang manusia tanggungi,
Itu namanya dugaan.


Saturday, September 8, 2012

First Degree.....:) 一年级上

你好朋友们!
我现在已经在一年级上。
我交很多外国人的朋友。
有泰国人,韩国人,日本人,因国人,什么的。
我特别喜欢跟他们一起学习,一起花时间。
我们班的老师真的好。很可爱也很帅。


Permulaan fasa baru dalam hidup.
Yang pastinya bakal penuh dengan dugaan.
Tapi selagi kekuatan ada walau secangkir cuma,
kaki akan terus melangkah, tubuh akan terus melawan.
Tiada istilah kalah dalam berjihad.
Hanya dua pilihan yang ada.
Gugur sebagai para syuhada atau terus berjuang untuk Islam.

Alhamdulillah. Tahun ni kelas sudah tidak sesama 马来西亚班。
Sudah bergabung dengan 外国人@ foreigner.
Takut pada awal nak masuk kelas tapi warm welcome daripada tongxuemen dan laoshi,
sekarang dah sangat seronok.

Dah tak sekelas dengan dia.
Tapi tak apa. Ada kecewa sedikit saja.
Tapi terus realize.
Dia bukan hak aku.
Allah letakkan aku dan dia bukan dalam satu kelas,
mungkin ada hikmahnya.
Satu. Mungkin untuk mengajar kami makna menghargai ketika tiada.
Dua. Mungkin untuk membolehkan kami gain different experience untuk dikongsi bersama.
Dan banyak lagi.
Walaupun akan jarang berjumpa,tapi selagi hati mendoakan,
pasti akan terasa dekat.
InsyaAllah..:)
Awak, jauh tak bererti lupa.
Semoga bahagia dengan tongxuemen awak.

Tuesday, September 4, 2012

Mana dia bila aku sunyi?

Sempit, kelam, kabur
Menyesak dada penuh kesumat
Minda melayang membuang hati jauh ke dasar
Benar-benar rasa buntu
Rasa sunyi

Mana dia bila aku sunyi?
Hilang pergi tak tahu ke mana
Oh! 
Dia ada di sisi sebenarnya
Tapi kenapa aku rasa seolah dia tiada?

Mana dia bila aku buntu?
Bersukaria dia di sana
Aku di sini bagai nak gila
Perah otak fikir cara mahu bahagia

Aku sunyi, aku sedih
Aku menangis, aku meratap
Aku melayang, aku terduduk
Dia mana?
Tak ada pun di sisi

Dia sentiasa harap aku di sisi dia
Tapi dia mana bila aku perlu?

Tiba-tiba aku sedar
Tempat letak diri aku
Hanya manusia lara milik Dia Maha Pencipta
Aku tidak miliki "dia" tapi dalam diam
Sebenarnya aku ada DIA
Yang lebih prihatin berbanding "dia"
Ke mana harus aku kembali tika sunyi?
Kepada DIA sepatutnya..
Bukan "dia"!
"dia" itu bukan pemilik kita

Sedari juga satu hal
Mahu lihat kawan itu teman,sahabat atau sekadar kawan
Lihat pada prihatinnya dia tika susahnya kita
Tika orang lain tiada, dia ada

Mood: mencari diri , menyesuaikan diri

Thursday, August 30, 2012

Kiriman Yg Indah

Hari ini...tergerak hati untuk menyelongkar emel. Satu kiriman daripada insan yg brnama Anne Ahira. Yang saban minggu pasti akan mengirimkan kata-kata semangat,solusi, nasihat dan segalanya. Yang seringkali tepat kena dgn apa yang aku fikirkan tika itu. Takdir Allah.
Di sini aku ingin kongsikan emel dari beliau:

Kehidupan adalah panggung sandiwara,
dan sandiwara itu sepenuhnya menceritakan tentang kehidupan umat manusia.

Maka sepanjang jalan kehidupan kita,jangan pernah melakukan perbuatan jahat, atau melakoni peran yangkonyol!"

Kesuksesan hidup tidak ada hubungannya dengan apa yang Anda dapatkan atau raih demi diri sendiri.
Kesuksesan hidup berhubungan dengan apa yang Anda lakukan pada sesama(untuk orang lain)" - Danny Thomas

Nur Zahirah Razak, temanku yang bersih hatinya...

Dalam hidup, orang tak akan peduli berapa banyak yang kita tahu, hingga mereka tahu berapa banyak kita peduli kepada mereka.Oleh sebab itu kita sering mendengar bahwa manusia terindah adalah manusia yang bermanfaat untuk saudaranya, dan orang lain. 

Seorang ulama mengatakan: "Janganlah engkau menunggu kaya untuk bersedekah, tapi bersedekahlah sekarang juga, maka engkau akan semakin kaya. Sumbangkanlah setiap kebaikan, berikanlah setiap kasih sayang, tunjukkanlah keakraban,bantulah mereka yang memerlukan"

Nur, mari kita belajar memberi manfaat untuk orang lain... lakukan dahulu sebelum diminta!!

"Rasa brsemangat baca"

Tuesday, August 7, 2012

Langkah Longlai

Saat dulu yang aku rindu
Saat tarbiyah mula menyapa sayu
Saat air mata tumpah melaju
Dan saat itu aku benar-benar rindu
Entah bila mampu aku ketemu saat itu
Kembali..


Langkah ini terus terusan melonglai
Meredah liku-liku hidup mencari secangkir redha Tuhan
Koyak rabak baju iman sepanjang perjalanan
Dan langkah ini semakin melemah
Bebunga sekitar tunduk melayu
Melihat langkah hamba yang tempang seolah merayu
Tuhan, pinjamkan sedikit kekuatan buat aku
Untuk aku terus melangkah
Walau terpaksa merangkak
Tapi aku mahu tuju redhaMu , Tuhan!

Aku cari tali-tali agar dapat aku sokong tubuh ini
Agar langkah tidak terhenti setakat ini
Aku mahu terus melangkah, Tuhan
Berikan aku ruang waktu dan peluang
Untuk aku tampal carik-carik iman hati
Untuk aku segarkan bunga semangat teguh berjuang
Aku tidak mahu berundur
Walau kini aku sedang melemah dalam tarbiyah
Walau aku sedang tenat dalam pencarian diri
Biarlah semua itu
Aku hanya mahu dekat denganMU!

Syurga itu yang aku damba
Menjadi bidadari itu yang aku mahu
Walau terpaksa meredah sisa karat jahiliyah diri

Semoga aku kuat

Monday, August 6, 2012

Dia Gadis Ciptaan Allah

Bintang jatuh dari langit
tepat tersadai di tapak tangan
diperhatikan dalam-dalam
ada insan teguh di dalamnya
dia gadis ciptaan Allah yang bersinar

kak Hajar..
is my precious sister, my kind-hearted senior
seriously,if i don't meet her for the first time long time ago
i'm sure that now i'll not feel happy like this
kak Hajar Atiqah (Ieyqa Adam)
dia gadis ciptaan Allah yang menyempurnakan manusia lain
senyum yang cukup menenangkan hati
gelagat yang sangat membahagiakan

aku beruntung Allah telah menulis takdir aku sebegini rupa
bertemu dengannya dan membina ukhuwah
Allah itu tidak pernah silap dalam mencatat takdir manusia
aku yang berjalan di atas takdirNya
sangat menerima dan gembira dengan perjalanan hidupku
bertemu dengan orang-orang hebat
berbual dengan orang-orang yang tebal ilmu agama di dada
berjalan bersama mereka

untuk kak Hajar,
ira doakan akak sentiasa bahagia, sihat 
iman juga sentiasa diupdate dan upgrade.!
Jiayou Hejia jiejie!

Sunday, July 22, 2012

Aku dan Kecintaan

Sifat manusia itu penuh dengan kecintaan
Pada manusia,material,pemikiran dan entiti

Penulisan itu kecintaan aku. Sejati. Sebati. Dalam diri. Orang kata aku otak sastera. Aku cakap bukan! Tapi aku miliki cinta pada keindahan bahasa. Mempamerkan rasa pada pembaca hanya dengan butir-butir huruf. Bukan senang. Tidak hanya dengan kecintaan tapi keikhlasan.

Menulis tentang hidup ibarat kamu membogelkan diri kamu.



Thursday, July 19, 2012

Melihat Hati Sendiri

Hati itu kadang-kadang berdetak
Mencari ruang untuk bernafas
dari lumpur hitam yang menyesakkan
mahu mencari lubang-lubang halus untuk udara yang bersih
tapi hati itu diikat ketat.
ditusuk tajam dengan pisau jahiliyah diri
Sakit tapi tak mampu lepas
Sesak tapi tak mampu berhembus

Hati itu sifatnya lemah pada asal
Hanya peminjamnya mampu menguatkan hati itu
Hati itu punya banyak rasa
Di situlah bersemadinya cinta sayang rindu kasih simpati
Di takuk itu juga tertanamnya benci dengki hasad riak sombong
Hati itu Allah pegang bak kata orang
tapi aku kata suka-suka
hati itu memang Allah pegang tapi
manusia menentukan keras lembut hati
Kadang-kadang Allah dah tunjuk jalan
tapi manusia sengaja kaburkan.

Ramadan. Bulan keberkatan.
Bulan peluang untuk aku bernafas sedikit bersih.
Aku sedang cuba tengok hati sendiri
Mampu atau tidak aku tahan dengan jahiliyah bodoh kotor
Nak lari tapi aku jenis suka hadapi.
Itu aku tapi kamu.
Kita lain.

Kami berjalan bersama. Memandang alam dengan lensa ukhuwah kami.




Alam itu indah dan keseronokan itu akan dapat kita rasai bersama sahabat tersayang.
Dan aku. Sedikit sebanyak mampu menilik hati melalui perjalanan kami.
Semoga dapat meluaskan lagi lensa kehidupan bersama mereka.
Adahanz dan Raihan. Kalian osem!

Tuesday, July 3, 2012

Mengejar Cahaya

Lemas. Kelam. Buntu.
Dalam kegelapan, aku mencari arah
mencari lorong yang punya cahaya di pengakhirannya
aku sebenarnya sedang mencari diri
Diri aku sedang hilang.
Cuba dekat dengan PENCIPTA
mencari tahap keikhlasan yang selayaknya
tapi sering saja aku gagal
Orang kata aku lalai.
Tapi aku kata tidak!
Aku tidak lalai tapi aku sedang mencari.
Itu lebih baik daripada aku duduk diam dan perhati saja.
Jejakan kaki di bumi Malaysia.
Walau baru sehari dua di sini.
Aku sedar aku sedang temui jalan yang selama ini aku mahu cari.
Aku sedang temui diri yang selama ini hilang.
Kepada SANG PENCIPTA..
HambaMU ini sedang mengajar diri erti keikhlasan beribadah
HambaMU ini sedang melatih diri mengejar pahala.
Jika aku tersungkur lagi, bangunkan aku ya..

Itu erti kerinduan.
merindui manusia itu mudah.
mahu merindui Allah dan Rasul itu payah.
aku bangun tidur, aku ingat manusia.
jarang sekali nak ingat Allah.
padahal, Allah itu yang mencipta manusia.
yang mengurnia rasa sayang dan rindu.
Aku resah.

p/s: i will miss her like crazy. but i will just keep my silence till she realized about it.

Wednesday, June 27, 2012

Terus Melangkah Ke Hadapan

Aku hanya pandang papan kekunci
Memikirkan aksara mana yang harus ditekan
Makin hari makin sukar menyusun kata
Mungkin kerana diri sendiri yang tidak ikhlas dalam menjalani hari

Hari ini satu lagi tingkat kehidupan seorang pelajar aku akhiri
Mahu gembira berlebihan gusar kesedihan hampiri
Jadi aku pilih untuk duduk diam di tepi
Memerhati mereka gembira merai


Meet The Robinsons
ini hanya movie thriller
nak tengok cari sendiri

Aku jadi bersemangat tengok cerita ni
Bukan sebab ia cerita kartun tapi kerana semangat watak-watak dalam cerita
Watak Lewis, Wilbur, keluarganya
Buat aku rasa jiwa dibangkitkan
Mereka berpegang pada satu kata-kata
KEEP MOVING FORWARD

mungkin ia satu kata yang nampak biasa
tapi kenapa aku melihat ia sebagai penyuntik yang hebat?
aku pun tak tahu tapi aku rasa hati terubat tengok cerita ni

Kita buat dan usaha sampai mata lebam tak tidur
Kita buat dan usaha sampai lupa makan minum
Kita buat dan usaha sampai lupa kawan sekeliling
Kita buat dan usaha sampai kita lupa Allah sebenarnya penentu hidup kita

Kita buat sehabis baik tapi kita gagal
Kita jerit marah
Kita berkurung tak nak keluar bilik
Kita salahkan takdir
Kita salahkan otak sendiri
Kita mungkin bunuh diri
Tapi kita lupa yang hidup ini bukan setakat ini sahaja
Ada kehidupan selepas mati nanti
Di akhirat sana

Kita gagal sekali, tak bermakna gagal selamanya
Bak kata Lewis, "we have to let it go and keep moving forward"

Around here , however, we don't look backwards for very long
We keep moving forward, opening up new doors,
and do new things, because we're curious..
and curiousity keeps leading us down new paths

Wednesday, June 20, 2012

Kagumi Mereka

Aku mengangkat pena menulis cerita
Kisah demi kisah
Perasaan demi perasaan
Silih berganti
Aku menulis kerana bibir gusar untuk berbicara
Aku menulis kerana wadah ini masih sudi menerima muntahan fikiranku
Tulisan aku kadangnya dicaci dimaki
kadangnya juga diangkat dipuji
tapi aku kisah apa
aku menulis apa yang berlegar
apa yang aku rasa logik, aku lontarkan
buat apa mahu simpan.
Aku masih sama..

Aku kagumi mereka
Kagumi tulisan mereka
Penuh makna..jua puitis
dari mana mereka belajar ya?
aku mahu jadi seperti mereka
tulisan mereka membara semangat
jua memanah rasa..
sinis sindiran mereka
aku kagumi itu
mereka bermain dengan perasaan pembaca
bahasa mereka juga bebas tanpa ada peraturan
mereka kisah apa
asal yang ada di fikiran mampu diluah penuhnya

Zahiril Adzim
"Manusia ialah satu proses yang berterusan yang memainkan peranan penting bagi melahirkan pengalaman."
Tidak ada kehidupan yang kuangankan, cuma kental meredah kehidupan yang ada sambil menggalas cita -cita.
Walau macam mana celakanya kehidupan itu, ia tetap kehidupan

Dira Abu Zahar
dalam diam ada bingitnya,
dalam sunyi ada kecohnya,
dalam tenang ada ombaknya,
dalam diri ada Dia.

mereka dua watak yang tidak lah gah di pentas puisi
tapi tulisan mereka mampu bikin mata mahu terus baca apa yang mereka tulis
link blog mereka :

Saturday, June 16, 2012

AKU dan KAMU

Aku dan kamu..
Punya kisah yang berbeza..
Dugaan yang pastinya lain tingkat payahnya
Tapi..
destinasi kita mungkin sama..
REDHA ALLAH..

Aku dan kamu..
Dulu pernah satu ketika..
Berkongsi cerita dan rasa...dari hati diluahkan bibir
Meneroka hati masing-masing
Mencari jawapan kepada persoalan..yang bertimbun
Dibincang dibahas tapi akhirnya buntu

Aku dan kamu..
Punya pegangan yang berbeza
Punya pemikiran yang sangat jauh berlainan
Kamu..tegas mahu tahu dengan dalam
Aku..menerima dengan seadanya dan tidak bertanya banyak
Tapi kita saling berfikir...

Aku dan kamu...
Kini tidak serapat dahulu..
Tapi aku melihat kamu dari jauh..
Melihat perkembangan kamu...dan aku bahagia melihat kamu
Aku kagum dengan kamu..
Banyak yang aku belajar dari kamu..
Belajar menjadi diri sendiri..
Aku masih teguh dengan janjiku..
Untuk terus di sisi kamu..membantu kamu mencari...
Walau dari jauh..percayalah aku mengharapkan yang terbaik untuk kamu..

Ada...
Janji aku...tetap akan aku pegang....
Walaupun kita dah saling rasa segan...
Tapi aku sentiasa ada untuk kau..
Ya...Tak semua benda perlukan sebab..
:')

Tuesday, June 12, 2012

Aku Yang Tidak Berani Bermimpi

Aku yang dulunya sering terjaga dalam tidur
Kerana mimpi yang menerjah singgah
Kini seolah-olah tidak berani bermimpi
Kerana mimpi itu terlalu indah kadang-kadang
Hingga aku gusar akan realitinya yang sebenarnya tidak seindah mimpi

Aku miliki kemahuan
Yang dulunya aku sedar tidak akan sedetik terlaksana
Tapi kini aku mampu melihat kemahuan menjadi realiti
Namun sekali lagi aku tidak berani bermimpi
Kerana hadirnya kepentingan mengatasi kemahuan
Aku sekali lagi terpaksa melupakan kemahuan itu

Bertuahnya menjadi bintang yang di atas sana
Memandang bumi dari tempat yang tinggi
Bermimpi biar sampai ke bintang
Tapi aku tak mampu bermimpi..
:'(


Wednesday, June 6, 2012

I'm NOT special

I know i'm not special
That's why i never think that i'm special
I know i'm not special
That's why i never think of being missing by others
I know i'm not special
That's why i never think to sulk for a long time because nobody will comfort me
I know i'm not special
That's why i never think to hope for a love from others

"THAT'S WHY I'M JUST LIVE 
MY LIFE WITH THE BEST WAY
JUST TO MAKE ALLAH SWT SATISFIED"

Aku hidup dengan caraku sendiri
Hidup untuk mengejar ukhrawi
Memaknai duniawi

Aku hidup dengan bertunjangkan prinsip
Jangan pernah mempersoalkan tentang prinsipku
Kerana hidup aku dengan prinsip itulah,
aku masih mampu tersenyum hingga ke hari ini

"Hiduplah dengan memikirkan bahawa 
kamu tidak istimewa di mata manusia
kerana tidak semua manusia mampu memuaskan hati kamu,
tetapi kebanyakan mereka hanya sering menyakiti kamu,
jika kamu memikirkan mahu dipandang istimewa di mata mereka,
maka kamu akan melalui hidup yang sangat suram..
TETAPI..
Hiduplah dengan memikirkan bahawa kamu sangat istimewa pada ALLAH SWT
kerana hanya ALLAH mampu memuaskan hati kamu,
kerana DIA tahu apa yang terbaik buat kamu.."

Ini prinsip aku yang kamu semua tidak perlu persoalkan
Kerana kamu pasti tidak dapat menggoyahkan pegangan aku pada prinsip ini

I know i'm not special
Never think to be special for others
because i know i'm just a small,tiny dust
if they blow me away,
i will gone

*hidup sendiri tanpa dianggap istimewa
kadang-kadang sedih tetapi aku tidak mahu memikirkannya..

Sunday, June 3, 2012

Kekasih Hati

Awak tanya saya, "Siapa kekasih hati awak?"
Saya jawab, "Mak ayah saya.."
Awak cakap, bukan itu yang awak tanya..
Awak cakap, kalau mak ayah, memang lah kekasih hati.
Saya tahu awak harapkan jawapan berbeza.
Saya faham..
Saya tahu..
Cuma saya segan nak bagitahu..
Saya tanya awak balik, "Siapa kekasih hati awak?"
Ayat awak lebih kurang macam ni..
"Kekasih hati awak sekarang, bukan lelaki yang pasti,
tapi awak selalu 'dating' dengan dia. Tapi kekasih hati yang ini,
tak disekat untuk dia berkawan dengan siapa saja. Sebab awak tak memiliki dia."
Saya konklusikan ayat awak macam ni..
:')
Awak..
Awak mestilah kekasih hati saya..
InsyaAllah awak sentiasa di hati saya..
Semoga adanya awak di hati saya, akan membawa hati saya ingat padaNya,
Semoga adanya awak di hati saya, akan mencambah cinta pada Rasulullah S.A.W
Semoga...Amin...
Saya sayang awak..sebab awak salah satu bata dan simen,
yang melengkapkan binaan dalam diri saya...
Ukhuwah kita ini perlu ikhlas..kan...
*Bibir masih ukir senyum..:)

oh ya..awak,
Wan Syaza Syahirah..:)
kekasih hati saya..

seorang sahabat itu..hadirnya dia...
setiap masa..
dan tak pernah meninggalkan sahabat yang lain...
terima kasih awak...
walaupun kita banyak gaduh-gaduh tapi
saya bersyukur kita masih kekal bersahabat..

Tuesday, May 29, 2012

Pandang Kiri Kanan :: Banyak Khilaf Sendiri

Aku kalihkan pandangan ke kanan..
Aku kelam..kelabu..
Aku kalihkan pandangan ke kiri..
Aku samar..kabur..
Aku hampir tidak mampu mentafsir apa yang aku pandang
"Api" dalam hati menutup setiap inci ruang lingkup pandangan
Membara merosakkan hati..
Aku sesak dalam hembusan nafas sendiri
Aku lemas dalam bicara kata alami
Aku duduk termangu
Berbicara sendiri
Tiada jalan keluar
Aku pantas berlari
Bertemu DIA
Bercerita dan mendengar
Aku cuba tafsir hujung pangkal kisah hidup
Perlahan-lahan aku tiup kabus yang mengaburi pandang
Aku mampu lihat..
Khilaf sendiri..terlalu banyak..menyesak laluan perjalanan..
Aku akui satu hal..
Jangan pernah cari khilaf orang lain..
Kerana khilaf sendiri yang sebenarnya mengaburkan hati..

CUBA UNTUK BERUBAH..*sigh..
ALLAH TOLONG AKU...

Tuesday, May 22, 2012

B.O.S.A.N

Perkataan B.O.S.A.N tak pernah berhenti keluar dari mulut aku
Ya, betul, aku rasa sangat bosan.
Bosan yang teramat sangat.
Kebosanan yang membuatkan aku seolah-olah mahu tidur
dan tak bangun-bangun.
Boleh tak?
Soalan ni pernah diaju pada seseorang.
Jawapan dia, mana boleh. Ibadah pada Allah nanti macamana?
Aku terdiam,tapi dalam hati cuma terus cakap.
Aku bosan dan kau tak akan faham kebosanan apa yang aku rasai.

Aku bosan dengan hidup yang seolah-olah kosong
Aku bosan dengan hari-hariku yang sama saja
Aku buatlah apa pun tapi tetap rasa bosan
Walau sibuk yang teramat sangat pun, aku tetap rasa bosan
Duduk rehat sebentar dari kesibukan,
tak sampai 5minit, mulut akan kembali keluarkan perkataan B.O.S.A.N
kenapa?
apa salahnya aku?
Bosan.
Bosan dengan persoalan.

Aqish cakap,
"kalau bosan, berzikirlah pada Allah.."
aku cakap je dalam hati,
'berzikir pun tetap rasa bosan tu sebab aku tak mampu nak mengajar hati untuk ikhlas'
Kak Yanie pulak cakap,
"cuba jangan sebut perkataan bosan sebab lama-lama nanti makin rasa bosan"
'tapi memang itu je mampu terucap'

aku tak tahu nak buat apa lagi.
cuma mampu berharap, tak akan terlintas 
perkataan bosan dalam beribadah
walaupun kadang-kadang,jujur aku cakap pernah terlintas juga
tapi cepat-cepat ubah fikiran..
:( saya sedang hilang arah

macamana bunga ini tak bosan memekar?
kenapa bunga ini tak bosan mengharumi alam?
hurm...

Monday, May 14, 2012

Bebanan Yang Tergalas

Bismillahirahmanirahim

Berat membeban bahu
Melangkah kaki melaju
Tapi benar lelah menyesak ibarat disusun rapat batu
Mengusung tinggi "tanggungjawab" yang satu

Aku mengira beban kugalasi sudah cukup menghakis bahagiaku
Aku jua menyangka beban yang dipikul aku sudah cukup
merenggut kerehatanku
Aku menduga beban ini sudah cukup menghimpit fikiranku
Yang aku kira melebihi kemampuan
Tapi ternyata
masih ada yang lebih berat beban yang tergalas
beban yang tak semena-mena
jatuh tersadai di bahu mereka
Lantas saat itu jua aku pandangi langit
Bersyukur...



别的人有别的事,有自己的问题
有自己的责任,有自己的生活。
Allah 给我们问题因为 Allah 知道我们可以解决这个问题。
然后 Allah 只是想显示 Allah 的爱.

Monday, May 7, 2012

Manusia dan Alam

Bismillahirrahmanirrahim..

Bunga yang indah mekarnya tetap tunduk pada
YANG MAHA SATU
Harumnya memberi ketenangan tetap
berzikir padaNYA
Bunga yang warnanya memukau pandang
tetap kenal siapa PENCIPTAnya

malu kerana aku manusia
yang diberi akal tapi tak mampu berfikir
malu kerana aku manusia
yang diberi pilihan tapi sering khilaf

Dia makhluk Allah..
haiwan yang comel
tingkahnya kadang-kadang buat manusia
seperti aku tergelak sendiri
perilakunya juga bisa bikin aku
berfikir sejenak
diamnya dia, lincahnya dia, comelnya dia
tapi kita tidak tahu
dalam tingkahnya itu
tak pernah berhenti dia berzikir padaNYA
mungkin zikirnya dia lebih daripada kita

malu kerana aku punya bibir
tapi bukan selalu mahu memujiNYA
:'(

selak surah Al-Jumu'ah
"apa yang ada di langit dan di bumi sentiasa bertasbih kepada Allah"
sebenarnya,orang yang bertasbih merupakan golongan majoriti
kerana seluruh alam bertasbih kepadaNYA
yang enggan itulah minoriti
dan aku..??
golongan manakah?
tepuk dada...sedih

"Perumpamaan orang yang diberi tugas membawa Taurat, 
kemudian mereka tidak membawanya (mengamalkannya) 
adalah seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal."
aku juga manusia yang diberi tanggungjawab membawa al-Quran
kita semua bertanggungjawab ke atasnya
tapi adakah kita sudah membawanya?
sudah selesai tugas kita?
dan aku..
aku belum selesai
mahu menggalasnya sudah terkapai jatuh

MANUSIA DAN ALAM
semuanya milik Allah.
berteleku sujud seharusnya hanya pada Allah.
tapi kenapa sering saja Ilah kita bukan semata-mata Allah.
Gerun,takut kerana tanpa sedar mungkin Ilah aku bukan hanya DIA
mengapa begitu jadinya?
Ya Allah
tariklah hati aku kembali ke jalanMU
:'(

Surah Al-Jumuah
tadabur lah ia dalam kamu sedang dikelilingi alam
pasti kamu akan temui ibrahnya

Tuesday, May 1, 2012

Sahabat : Aku Mohon Maaf

Jiwa berkecamuk, hati bagai retak
Kepala pening, perasaan berat
Apa yang membebankan fikiran?
Pelbagai..

Tentang iman yang makin hari makin susut
Tentang diri yang makin hari makin kusut
Tentang hati yang makin hari makin kelam

Tentang SAHABAT yang makin hari makin memeritkan

Kawan..sahabat..
Aku mohon maaf..Susun jari malam ini
Minta dimaafkan segala kesalahan diri
Minta dihalalkan segala benda
Minta didoakan yang terbaik untuk diri ini
Minta terus jadi sahabat saya
Pimpin saya..tolong..

Air mata tak pernah berhenti menitis memikirkan kalian
Memikirkan bagaimana harus aku lakukan
Untuk terus membahagiakan kalian
Bagaimana harus aku sebarkan sayang aku pada kalian
Bagaimana harus aku layan kalian sesuai kehendak kalian
Aku tidak pernah penat menyayangi kalian

Aku tahu aku tak mampu jadi sahabat kalian yang terbaik
Tika susah dan senang kalian,aku jarang ada
Tapi bukan aku tidak mahu ada
Cuma aku tidak punya waktu
Dan aku tidak tahu yang kalian membutuhkan aku
Tapi sahabat..
aku sentiasa ada..
carilah aku..
cuma aku tak sehebat Allah SWT
yang hadirnya DIA tiap masa tiap tempat
DIA tak pernah jemu ada untuk kalian..kita
Kembalilah pada DIA
kerana ukhuwah ini akan lebih kukuh
andai didasari dengan cinta padaNYA

Sahabat..ajari aku untuk jadi sahabat kalian yang terbaik
Tunjuki aku cara untuk membahagiakan kalian
Allah...bantulah aku untuk menggembirakan mereka
Aku sayang sahabat-sahabat
Aku tidak mahu kehilangan kalian..

Suhadah, Raihan, Raihana, Ziana, Fatin, Balqis,
Ainaa, Ada, Sahidah, Kamilah, Syaza, Suhaili

Aku Zahirah..
mohon maaf andai aku tak mampu bahagiakan kalian
mohon maaf kerana aku tak mampu
aku sayang kalian
walau tak setiap waktu bersama
aku ingin bersama kalian
saat susah dan senang kalian
pimpin aku ke jalanNYA
tolong...:'(


Seterdaya aku..akan aku sayangi kalian..
kerana ALLAH SWT
insyaAllah

Thursday, April 26, 2012

Tak Perlu Jadi Sempurna Untuk Jadi Sahabat

Kamu..aku..siapa sahaja
Tahu kan bahawa tidak ada manusia yang sempurna
Kerana Allah ciptakan manusia itu indah
dan untuk saling melengkapi
Jika kamu...aku...siapa sahaja
Rasa diri tidak cukup sempurna
Maka berbahagialah
Kerana Allah telah mempersiapkan buat kita
insan-insan untuk menyempurnakan kita
Kenapa perlu rasa diri tidak mampu jadi sahabat yang baik?
Kerana setiap orang ada peranan masing-masing sebagai sahabat
Dan cukuplah sekadar memberi apa yang ada
Tidak perlu berlebihan

Sahabat yang baik
menurut aku yang lemah ini
ialah
seorang yang hadirnya dia
mampu buat sahabatnya tersenyum walaupun dalam hati
jadi..
bukan kamu atau siapa sahaja
yang mampu menilai kamu ini sahabat yang baik atau tidak

Terima diri sendiri apa adanya
Terima orang lain apa yang mereka ada
Saling melengkapi
InsyaAllah..
title sahabat yang baik itu akan wujud

Ini pendapat aku sahaja..
Terima atau tidak
terpulang

Tuesday, April 24, 2012

Teguhkan Ikatan Kami, ALLAH..:)

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah.
Akhirnya ada jua sesuatu yang mampu ditulis mengenai bulatan gembira (usrah) baru ku.
Aku cukup bahagia dengan mereka.

Sedikit cebisan daripada saya:

Senyuman terukir tiap kali bertemu
Pelukan erat menampal lompong rindu dalam hati
Ya, benar..rindu itu mengeratkan sayang
Sayang itulah yang membawa kita sama ada ke syurga atau sebaliknya
Jika sayang itu terbina keranaNYA,
insyaAllah di syurga jua kita akan berkasih sayang
Dan aku..
aku mahu menyayangi kalian keranaNYA
supaya saat aku merasa sayang pada kalian,
aku turut bertambah sayang padaNYA
supaya saat aku merasa rindu pada kalian,
aku turut bertambah rindu padaNYA.
Dan kita..
memilih untuk berjuang di jalanNYA
kerana itu jangan pernah lepas genggam erat tangan yang lain
kerana itu jangan pernah lupa mengirim nasihat walau secebis
supaya kita tidak kehilangan salah seorang

Kuasa Allah itu tidak mampu didustakan
DIA menetapkan kita berada dalam satu bulatan
kerana kita saling melengkapi
kerana kekurangan itulah mengikat erat hati
kerana melengkapi itulah mengukir indah memori
tidak akan lengkap bulatan tanpa salah seorang dari kita

dan aku..
berdiri di sini..
melihat kalian
dengan hati paling bahagia
aku mahu khabarkan
aku sayang kalian
aku sayang ukhuwah ini
aku sayang bulatan ini..

Ya Allah..Jalin eratkan ukhuwah kami
Agar tidak terurai seumur hidup kami
Agar tidak terlerai pegangan tangan kami..

Sahabat..jangan pernah lepaskan ikatan ini
Kerana bulatan ini tidak akan sempurna tanpa salah seorang dari kamu
Jangan pernah tinggalkan salah seorang dari kita
Berjalanlah bersama.
Jatuh dan bangun lah bersama
Kerana syurga itu lebih manis jika kita dapat sama nikmati

Wahai naqibah kesayangan kami..
Pimpinlah kami semampumu
Sayangilah kami seadanya kami
Bantulah kami seiring denganmu..

Moga kita mampu terus bahagia dengan ikatan ini

Ya Allah..semaikanlah semangat Al-Fateh dalam diri kami
Kekentalan Umar Al-Khattab
Kekuatan Salahuddin Al-Ayubi

credit to
Kak Nur Afiqah, kak Hani, Suhaili, Kamilah


Tuesday, April 17, 2012

越来越好!

Bismillahirrahmanirrahim.

17042012
tarikh biasa mungkin
hari ini merupakan ulang tahun kelahiran dua orang insan
yang mengisi ruang lompong dalam hidupku
Suhaili Saim dan kak Hajar Nur Atiqah.
Tiada apa yang mampu aku katakan sebenarnya hanya

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN
SEMOGA KALIAN SENTIASA DI BAWAH LINDUNGAN ALLAH
SEMOGA KALIAN TERUS MEMIMPIN ORANG
DI SEKELILING KALIAN MENUJU REDHA ALLAH

Aku benar bersyukur dan bertuah mengenali kalian.
Aku hanya dari jauh mendoakan perjuangan kalian.
:')
Ukhwah fillah abadan abada

Tuesday, April 10, 2012

Cerita Tentang KEMATIAN

Bismillahirrahmanirrahim

Mati itu pasti.
Mengingati mati itu suatu kewajipan.

Kita melihat.
Tubuh kaku, beku, tak bernafas, sejuk.
Terbaring tak bermaya.
Ya. Itu jasad. Yang sudah selesai tugasnya mengusung roh.

Saat bercerai roh dari jasad.
Mungkin mata kasar kita melihat hanya pada jasad yang pucat.
Tapi kita tidak sekali-kali sedar.
Akan wujudnya roh yang setia di samping jasadnya sendiri.
Roh itu melihat satu persatu apa yang diperlakukan pada tubuhnya.

Sewaktu semua perhiasan dan pakaian yang dulu dibanggakan
dibuka satu persatu hingga tiada seurat yang tinggal
maka terdengarlah roh menjerit dan merintih
semua makhluk mampu mendengar jeritan roh
kecuali manusia dan jin

"Wahai orang yang memandikan, aku minta pada kamu kerana Allah, supaya melepaskan
pakaianku dengan perlahan-lahan. Kerana tika ini aku baru sahaja beristirehat daripada
seretan malaikat maut..!"

Betapa sakitnya sakaratul maut itu.
Ibarat ditikam 300 kali..!
Pada zahirnya jasad itu sempurna kelihatan
tapi hakikatnya tubuh itu telah hancur luluh!
Kerana itu perlakukan lah jasad si mati dengan selembut yang mungkin

Saat air disiram ke badannya
Berteriaklah roh..
"Wahai orang yang memandikan, demi Allah, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas.
Dan jangan pula terlalu sejuk kerana tubuhkan terbakar apabila keluarnya roh..!"
Sewaktu dimandikan, berkatalah roh..
"Demi Allah, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menggosok aku dengan kuat.
Kerana tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh."

Kerana itulah seeloknya ahli keluarga yang menguruskan si mati
Pertalian yang erat itu mampu memberi keselesaan pada si mati
Jika aib si mati diketahui
Sekurang-kurangnya hanya ahli keluarga yang tahu
Cuba bayangkan saat hidupnya dia, aurat benar dijaga
Tapi apabila mati, didedahkan sewenangnya
Nescaya menangis merintihlah roh di sisi jasadnya kerana diperlakukan begitu

Sewaktu mayat diangkat keluar dari rumah
Roh pun menyeru lagi
"Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda,
maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim,
maka janganlah kalian menyakiti mereka.
Sesungguhnya pada hari ini aku dikeluarkan dari rumahku dan aku tidak akan kembali selamanya.."

Dalam suatu riwayat disebutkan..

Sewaktu roh terpisah dari tubuh, ia dipanggil dari langit dengan tiga kali jeritan..
"Wahai anak Adam!"
"Apakah kamu meninggalkan dunia atau dunia meninggalkan kamu?"
Apakah kamu mengumpulkan dunia atau dunia mengumpulkan kamu?"
"Apakah kamu mematikan dunia atau dunia mematikan kamu?"

Sewaktu mayat diletakkan untuk disolat, tiga jeritan didengari
"Wahai anak Adam!"
"Segala amal yang telah kamu lakukan akan kamu lihat!"
"Jika amal perbuatan baik, maka kamu akan melihat baik!"
"Jika amal perbuatan kamu buruk, maka kamu akan melihat buruk!"

Sewaktu mayat dipikul di atas usungan, terdengar lagi tiga jeritan.
"Wahai anak Adam!"
"Sangat berbahagialah kamu jika kamu termasuk orang yang bertaubat"
Sangat berbahagialah kamu jika amalan kamu baik."
"Sangat berbahagialah kamu jika amalan sahabat-sahabat kamu dalam redha Allah."

Kemudian apabila mayat sudah berada di tepi kubur
dipanggil lagi dengan tiga jeritan
"Wahai anak Adam!"
"Bukankah kamu menambah damai pada tempat yang sempit ini?"
"Bukankah kamu membawa kekayaan di tempat kefakiran ini?"
"Bukankah kamu membawa cahaya penerang di tempat yang gelap ini?"

Dan apabila mayat diletakkan di liang lahad, maka ia pun dipanggil dengan teriakan tiga kali
"Wahai anak Adam!"
"Kamu di atas punggungku bersenda gurau, tapi kamu dalam perutku menjadi menangis"
"Kamu berada di atas punggungku bergembira, tapi kamu dalam perutku menjadi cemas dan duka."
"Kamu di atas punggungku dapat berbicara, tapi kamu dalam perutku menjadi diam."
Setelah para manusia meninggalkan mayat yang telah dikuburkan, Allah SWT berfirman,
" Wahai hambaKU, kamu tetap terpencil dan sendirian, para manusia sudah pergi dan pulang meninggalkan kamu dalam kegelapan kubur. Padahal kamu telah berbuat maksiat kepadaKU kerana manusia.
Namun Aku sangat kasihan kepadamu hari ini dengan limpahan rahmat, yang dengannya para makhluk sama kagum. Dan Aku lebih kasihan kepadamu daripada kasih ibu kepada anaknya."

Kematian itu sebenarnya sangat dekat.
Dan janganlah kita melupakanNYA saat bahagia kita.




Monday, April 2, 2012

Lantunan Jiwa Si Pencari Cahaya

Aku si pencari cahaya. Yang meraba dalam samar cahaya duniawi.
Lembap sekali perjalananku. Meneliti setiap inci sudut.
Tidak mahu tersadung, tidak mahu tersungkur.
Terlalu berhati-hati barangkali.
Tetapi pada akhirnya diam tak beranjak.
Di situ jua kaki kaku tak bergerak.
Mulut bicara terkatup rapat.

Siapa si pencari itu?
Mahu tidak mahu terpaksa angguk.
Ya. Itu aku.
Si pencari cahaya yang sedang lemah.
Yang mudah kalah pada masalah
Yang senang rebah apabila melangkah.

Melihat sekeliling. Orang-orang baik.
Gagah di jalan Allah.
Teguh di lorong tarbiyyah.
Mereka si pencari cahaya yang berjaya.
Cemburu. Sangat cemburu.
Dengan izin Maha Kuasa
Mereka mampu ikat hati kami, genggam jiwa kami.

Tapi aku si pencari cahaya yang tersungkur
Mereka cuba genggami jiwa aku
Ya. Aku akui hatiku disentuh.
Tapi itu dulu. Bicara mereka menyentap jiwa.
Sekarang. Hati aku kembali tenat.

Mereka berlari pantas dijalanMU
Mereka genggam cahaya dan disuluhkan ke jalan mereka.
Mereka tidak gentar akan badai sekeliling
Di hati mereka, hanya mahu paling dekat denganMU
Mahu persembahkan apa yang mereka punya.
Aku pandang kosong langkah mereka 

Aku cari. Mana cahaya.
Terangi jalan aku kembali.
Aku mahu berlari bersama mereka.
Aku jerit panggil mereka. Jangan tinggal aku.
Tapi mereka sudah tak terkejar dek aku.
Aku di belakang. Menangis tanpa suara.


mahu raih cahaya itu
tapi aku masih tidak mampu
masih lagi terhencut-hencut mencari
penat tapi Allah ada
mohon DIA bantu


Aku si pencari cahaya 
yang kembali tertinggal


Wednesday, March 28, 2012

[Warkah Buat Mak]

Assalamualaikum

Mak,
Anak mak yang ini kini anak rantau
Tegar melangkah demi secangkir ilmu
Walau bersarang sejuta rindu padamu
Langkahan tetap kugagahi
Demi nasib untuk ku bela

Mak,
Anak mak yang ini dulunya
Acap kali mengguris hatimu
Entah berapa juta torehan luka pada hatimu
Kerana bicaraku yang melampaui batas

Mak,
Aku sujud pada kakimu
Mohon ampun atas khilaf yang tak terhitung
Mak,
Aku mahu kembali pada dakapanmu
Merawat segala pedih hatimu
Mengukir senyum pada bibirmu
Kerana aku benar menyayangimu,mak

Mak,
Andai mampu aku jerit pada dunia
Aku mahu bilang berulang kali
Aku sayang mak
Sampai syurga

Mak,
Aku mahu jadi anakmu
Yang setia di sisimu saat sukar dan senangmu
Aku mahu jadi anakmu
Yang tetap di sampingmu saat akhir hidupmu
Aku mahu jadi anakmu
Yang memandi mengafankan tubuh kakumu kelak
Aku mahu jadi anakmu
Yang menadah tangan berdoa agar kuburmu diterangi cahaya
Aku mahu jadi anakmu
Yang memimpin tanganmu ke syurga
Aku mahu jadi anakmu
Yang berkasih sayang denganmu di taman syurga
Kelak..insyaAllah

Mak,
Andai aku pergi dulu sebelummu
Aku mahu jadi anakmu
Yang sudah melunaskan segala tanggungjawabku padamu
Aku mahu jadi anakmu
Yang mana pemergianku tidak diratapi
kerana perginya aku bertemu Allah Yang Memilikiku
Aku mahu jadi anakmu
Yang terbaik sebelum akhir hayatku

Mak,
Warkah ini mungkin tidak kamu baca
Tapi mak,
Ingin aku katakan
Anakmu yang ini
Sedang menjadi anak yang mampu dibanggakan mak
Sedang menjadi anak yang membawa sinar Islam dalam keluarga
InsyaAllah..

Jika dihitung pengorbananmu,
pastinya akan aku lelah terduduk
kerana terlalu banyak bahagiamu yang kau korbankan
untuk anak-anakmu
Mak, peluk cium dari anakmu
Yang berada di perantauan
Terlalu merinduimu
Walau tak mampuku luah dengan kata

Aku ingin bersamamu mak
Di dunia
bahkan
di syurga yang kekal abadi


Salam sayang buat mak,
Zahirah
280312
Anakmu di Beijing

Sunday, March 25, 2012

Jatuh Bangun Mencari Cahaya

Alhamdulillah.
Masih diberi peluang bernafas dan menconteng dinding hati ini.
Allah masih memberi ruang untuk mencari cahaya.
Untuk kamu juga.


Mencari cahaya itu tidak semudah disangka
Kerana cahaya itu Allah yang pegang
Mahu cari itu perlu dekati DIA
Tawan hati-Nya

Firman Allah: “Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang kamu kasih tetapi hanya Allah akan memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki.” 
(Surah Al-Qasas ayat 56) 

Aku mencari cahaya itu
Tapi selalu juga aku samar
Lalu jatuh tersungkur
Meraba dalam kelam
Mencari cahaya

Ketika aku lelah mencari
Allah datangkan cahaya tidak semena-mena
Merenggut rasa jahiliyah dalam hati
Menempatkan rasa kekosongan pada jiwa
Allah masih mahu aku berusaha

DIA beri rasa kosong, rasa sepi
Agar aku cari DIA untuk isi lompong itu
Tapi benar sukar
Sukar untuk memastikan kualiti pencarian
Cahaya itu akhirnya malap kembali

Tapi jangan pernah berhenti berusaha
Cahaya itu ada di sudut hati
Cuma perlu teroka hati
Usaha yang termampu

Dan jatuh bangun aku
Dalam pencarian cahaya
Hanya aku dan Allah tahu kepedihannya
Maafkan aku sahabat
Kerana tika ini aku sedang mencari
Terkurang masa untuk melakar bahagia kalian

Thursday, March 22, 2012

::Berani Untuk Melakar Mimpi::

Dreams Create Happiness
dare and the world always yields.
if it beats you sometimes,
dare it again and again
and it will succumb.

AIM for the MOON
if you don't reach it
AT LEAST
You will Land on the Star

Mimpi itu impian
Impian itu yang menjadi jurupandu hidup
Kerana itu
Lakarlah impian setinggi bintang
Walau tak tercapai
Sekurang-kurangnya
Ia akan menyuluh perjalanan

"Short entry but I hope it will reminds you how to build a dream"
"For SPM leavers '94,your result doesn't show yourself in future,so,keep on trying."
“说比做,容易”

Berani Untuk Melakar Mimpi