Thursday, December 22, 2011

Manisnya Allah..Mengukir Cerita Hati Kita

Bibir bicara penuh kelembutan
DIA ukir kisah kita seindah mungkin

^^^^^^^^^
Allah itu hebat
DIA lakar kisah kita dengan indah
DIA letakkan kita pada titik kisah yang sesuai
DIA tempatkan kita dalam kalangan orang yang menyayangi kita

Jika pernah kita rasa, Allah S.W.T itu tidak adil
Kerana DIA memberi kita ujian tak termampu dek kekuatan kita
Istighfarlah..kerana DIA tahu kita mampu..
DIA ciptakan kita...
DIA kurniakan kita semangat..
Walau kita tak mampu hadapi, tapi DIA kirimkan sahabat, keluarga
Untuk menjadi pendukung memangku bahu kita

Jika pernah kita rasa, Allah S.W.T itu tidak menyayangi kita
Kerana DIA tidak memakbulkan doa kita bahkan doa itu bukan untuk diri kita
Istighfarlah...kerana DIA tidak pernah tidak memakbulkan doa hambaNya
Cuma mungkin doa itu tidak sesuai dimakbulkan pada waktu ini
Cuma mungkin doa itu tidak baik untuk kita
Cuma mungkin di akhirat kelak, doa itu menjadi syafaat kita
DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita

Jika pernah kita rasa, Allah S.W.T itu jauh daripada kita
Kerana DIA tidak memberi kita rasa keinsafan
Istighfarlah..kerana DIA sentiasa dekat dengan kita bahkan lebih dekat daripada urat leher kita
Selangkah kita dekatiNya, beribu langkah DIA rapati
DIA cuma mahu menguji tahap iman kita
Istiqamahkah kita mencariNya..
DIA Maha Pengasih akan hambaNya
Takkan sedetik pun DIA melupakan kita..

Jika pernah kita rasa itu semua..
Bertaubatlah selagi ada waktu..
Paksalah air mata kita untuk menangisi kejahilan dahulu
Sujudlah selama mungkin untuk menginsafi dosa lalu
Pintu taubat Allah akan sentiasa terbuka
Sehinggalah saat nyawa di akhir masa
Pintu itu akan tertutup selamanya..

Perjalanan kita masih jauh beribu batu
Untuk mencari cahaya Ilahi itu
Saat ini, bukalah langkah pertama itu
Agar kelak langkahan itu mampu menjejak jutaan liku
Agar kelak mampu kita cecah syurgaNya
Segala kemanisan bermula dengan langkahan pertama yang memeritkan
USAHA itu yang ALLAH lihat BUKAN HASIL !
Buat kalian yang berada pada jalan yang sama dengan ku... Kita mulakan langkahan pertama bersama-sama
Kuatlah bersamaku..kerana kalian menguatkan aku

Suhadah, Farasuhada, Ziana, Raihan, Raihana, Syu, Fatin, Syaza
Ramai lagi sebenarnya yang kenal erti persahabatan kerana Allah..

2 comments:

.rai.di.sini. said...

uhuk3. tetibe gatal lak tekak ni ;')

Infiru said...

:)

semoga.