Semalam, aku menangis sendirian
Tanpa teman dijadikan sandaran
Hari ini, aku menangis lagi..juga sendirian
Di ceruk tirai kehidupan
Hanya ditemani teman maya kehidupan
Allah..penatnya aku menangis..
Tak terhitung titisan jernih yang membasahi pipi
Aku hanya mampu mengukir segaris senyum palsu
Semata-mata biar ada contengan pada wajah yang tampak lesu
Allah...bibir ini hanya mampu terkumat-kamit beristighfar padaMu
Mohon ampun Ya Allah, jika air mata ini kutitiskan dengan sia-sia
Kusutnya fikiranku...sekusut untaian benang yang dipintal dalam gesa
Satu persatu perkataan manusia tertancap pada minda yang satu ini
Mohon ampun sekali lagi Ya Allah jika hati ini mudah sekali terasa
Saat situasi tidak terjadi seperti yang diinginkan
Minda pantas mentafsir data
"Penatnya aku berusaha..sedang tiada hasil yang terpamer jelas.."
Mohon ampun Ya Allah kerana minda ini mudah sekali memikirkan untuk berputus asa
Ya Allah..siapa aku untuk mempersoalkan perjalanan yang telah Kau tetapkan
Aku telah banyak berusaha...sehingga relanya diriku bersengkang mata
Namun,tiada hasil yang memberangsangkan
Kadang-kadang jiwa ini penat...tubuh ini lelah...mata ini makin tertutup..layu..
Tapi Ya Allah...terima kasih tak terhingga..
Kerana Kau pantas menyedarkan aku..
Bahawa hidup ini perlu terus berusaha sampai jaya
Cuma hasil itu memerlukan masa untuk menampilkan diri
Aku tahu ENGKAU tidak melihat hasil hambaMu tapi usahanya
Dan aku ingin jadi hamba yang Kau lihat banyak berusaha
Tidak kisah jika bukan sekarang balasan yang akan aku peroleh
Biar di akhirat kelak, berat timbangan mizanku
Amin...
Allah, terima kasih kerana Kau kirimkan padaku keluarga dan sahabat
Yang tak pernah putus membakar obor semangat diri
Yang tak pernah lelah mengangkat panji kekuatan untukku
Kerana mereka aku kembali kuat
Kerana mereka aku kembali senyum
Dan kerana Engkau yang mengirimkan mereka..
Janjiku padaMu Ya Allah...
Aku coretkan pada dinding hatiku
Bahawa tak akan sekilas pun aku putus berusaha
Tak akan sedetik pun aku jatuh tanpa bangun
Tak akan sekali pun aku merungut walau penat
Akan aku teruskan usaha
Biar tiada hasilnya sekarang
Kerana aku tahu keadilanMu mengatasi segalanya
Aku tahu Engkau punya perancangan lain untukku
Syukur Ya Allah..Engkau kirimkan aku kegagalan setelah terlalu banyak kejayaan
Supaya aku sedar..kakiku masih berpijak di bumi
Tak akan sekali aku dongak tinggi kepala ke langit
Tanpa peduli rumput di kaki
Tabahkan hati....cekalkan usaha
Persetankan kata nista manusia kerana Allah itu hebat..
Tabahlah hati..sabar...teruskan usaha |
p/s : terima kasih buat sahabat-sahabatku...peluk cium buat keluargaku..
No comments:
Post a Comment