Perjalananku masih jauh
Penerokaanku masih panjang
Pengembaraanku masih tak berpenghujung
Dalam mencari Allah, Tuhan Yang Maha Satu
Dalam mencari redhaNya yang terindah
Aku menangis dalam senyum
Aku meratap dalam diam
Hanya kerana diri ini masih jauh dalam pencarian Ilahi
Hanya kerana diri ini masih gagal mengisi hati
Hanya kerana diri ini masih tak mampu bertahajud saban hari
Aku kuat pada luaran tapi sebenarnya aku lemah
Aku tabah pada luaran tapi sebenarnya aku longlai
Aku cekal pada luaran tapi sebenarnya aku pasrah
Aku mencari Tuhan Yang Esa
Demi mendapatkan kekuatan sebenar diriku
Saat aku hampiri penghujung pencarian,
Benarlah, Allah itu berkuasa dalam membolak balik hati manusia
Aku mudah terlalai, mudah terjerumus dalam kemalasan
Syaitan laknatullah memang hebat dalam menghasutku
Aku jatuh lagi dalam penipuannya..
Tapi aku janji Ya Allah
Aku akan kembali mencariMu pada saat ini juga
Cuma beri aku waktu, dan bantulah aku
Diri ini mengharapkanMu
No comments:
Post a Comment