Sunday, October 23, 2011

Jadilah Rama-Rama

Rama-rama berterbangan melingkari awan gemawan
Bebas...sebebasnya..tanpa gundah di hati..
Tapi..bukan kebebasan itu yang aku cari
Aku tak ingin bebas
Bukan kerana manja..bukan kerana takut
Tapi kerana risau akan lalai dgn pesona dunia
Kerana khuatir akan mengalirkan air mata ibu bapaku
melihat anak yang dibesarkan dengan keringat tua mereka
menjadi anak yang bebas tanpa ada batasan..

Jadilah rama-rama...
Yang terbang bebas di kayangan..
Namun, masih mampu menceriakan manusia di atas bumi
Dengan kibaran sayap yang mempesonakan
Dengan liuk lentuk pergerakan yang mengasyikkan
Anak-anak kecil berlarian mengejar
Sang pemuja cinta tersenyum mengekori
Semua orang bahagia apabila melihat rama-rama
Warna-warni sayapnya mewarnai hidup orang lain
Hadirnya hinggap di bunga-bungaan tapi tidak merosakkan
Bahkan mencantikkan
Allahuakbar...cantiknya ciptaan Allah Maha Kuasa..

Aku juga ingin menjadi rama-rama
Yang mana hadirku memberi keceriaan kepada semua
Walau dalam hatiku gundah gulana
Aku ingin hadirku memberi ketenangan kepada semua
Walau dalam hatiku ada luka yang masih berdarah
Aku ingin hadirku melengkapkan hari mereka semua
Walau hariku sendiri tidak lengkap
Aku ingin hadirku mengukir senyum di bibir mereka semua
Walau senyumku hanyalah pahit semata..
Aku juga ingin hadirku meninggalkan kesan mendalam pada semua
Walau aku tahu aku tidak mampu..
Tapi sekurang-kurangnya, aku berusaha...

Rama-rama, tunggu aku..aku ingin terbang bersamamu
Belajar daripadamu cara membahagiakan orang lain
Belajar daripadamu untuk tidak membawa kerosakan

InsyaAllah..hadirku kali ini akan membahagiakan...

Cukuplah bagiku melihat keindahan Allah...



No comments: