Assalamualaikum..
Saudara-saudara seagamaku..
Kadangkala hati ini juga tidak tabah menanggung masalah
Kadangkala hati ini juga tidak kental memendam rasa membekas
Kadangkala juga hati ini juga tidak mampu menampung kekosongan
Dan kerana itu, aku menangis....
Bukan kerana aku lemah tetapi kerana aku ingin tabah
Bukan kerana aku pasrah tetapi kerana aku ingin teguh
Bukan jua kerana aku tidak dapat menerima takdir
Tetapi kerana aku mensyukuri rahmat Allah terhadapku
Ya Allah Ya Rabb
Terima kasih tak terhingga
Kerana KAU telah mengurniakan aku air mata yg sangat berharga
Kerana air mata inilah mengingatkan aku padaMu
Kerana air mata inilah yang mengukuhkan taubatku kepadaMU
Kerana air mata ini jualah aku masih lagi bernyawa
Kerana ia menguatkan jiwa yang lemah
Meneguhkan hati yang parah
Oleh itu..
Wahai hati para insan..
Menangislah
Jika itu mampu melegakan resah
Jika itu mampu mengurangkan gundah
Kerana air mata itu telah Allah kurniakan
Untuk hambaNya membasuh luka di hati
Untuk hambaNya terus mengingatiNya
No comments:
Post a Comment