Ku perhatikan sekelilingku..tanpa kedip mata walau sekali pun..
Aku lihat mak cik tua tabah mengendong anak kecil di belakang
di tangannya pula barang jualan..
Peluh menitis tanpa henti dek panas mentari terik tapi..
tidak sesaat pun, si tua itu melepaskan kendongan anak kecil
tidak sekilas pun, si tua itu menghempaskan barang jualan yang menjadi beban tangannya
Tabahnya si tua itu demi mencari sesuap nasi buat diri dan anak..
Aku juga ingin tabah seperti itu..
Ku perhatikan lagi sekeliling aku...
Kali ini, aku lihat anak kecil yang comel tabah menadahkan tangan
meminta belas simpati manusia yang lalu lalang
Tidak sedetik pun anak itu menurunkan tangan tanda keletihan
Tidak seminit pun anak itu mengeluh kepenatan
Walau tidak ada sesen pun yang dihulurkan kepadanya
Peluh memercik daripada dahinya yang mulus
Namun, dia masih di situ..di sudut jalan meminta sesuap nasi..
Aku juga ingin tabah seperti itu..
Aku terus memerhatikan sekelilingku..
Mataku kini tertangkap kemas pada seorang tua..
Tua benar datuk itu..masih tabah berjalan dengan tongkat di tangan menyokong jalan
Aku lihat dia berjalan menuju ke pasar, aku fikir "apa yang ingin dia lakukan?"
Dengan sebungkus kain, kelihatan berat dan banyak barangnya..
"Apa pula kali ini?"
Si tua itu mencari-cari tempat yang sesuai dijadikan persinggahan
'Penat barangkali..' fikirku..
Tapi, si tua itu duduk, membuka bungkusan dan menyusun barang
Lama...lama benar mata si tua itu memandang ke kiri kanan orang berjalan
Seorang lelaki pertengahan berhenti..meletakkan kaki di atas bangku
Mahu kasutnya dicuci
Senyuman terukir di bibir si tua..rezekinya masih ada hari ini..
Dengan gagah, si tua memberus kasut si muda..walau hanya RM5 menjadi upah..
Saat itu juga, air mataku menitis...
Tabahnya mereka...tidak sekalipun mengeluh
Tidak sekali jua mereka merungut menyalahkan takdir..
Mereka bersyukur dengan apa yang ada..
Sedang aku...ini tidak kena, itu tidak kena.
Pedih hati ku mengenangkan kejahilan diriku
Yang mudah benar berputus asa atas kegagalan
Yang mudah benar ingin mati apabila berhadapan masalah
Ya Allah Ya Rabbi
Bantulah aku untuk tabah
Bantulah aku untuk bangkit dari kegagalan
Bantulah aku untuk keluar daripada kegelapan
Janganlah air mata ini jatuh kerana menyalahkan takdirMu
Biarlah ia jatuh kerana mensyukuri rahmatMu..
Amin...
No comments:
Post a Comment