Friday, October 28, 2011

Bangunlah Diri..

Aku menyeru diri...bangunlah! 
Jangan sekali kau rebah!
Biar tubuh parah asal hati tabah!

Aku menyeru diri...sedarlah!
Jangan sekali kau bisu melihat saudaramu lelah!
Biar tubuh sakit asal bantuan dapat diberi...

Lihatlah pejuang-pejuang kecil Palestin
Gagah menjunjung tekad
Menggempur Yahudi laknat
Walau darah pekat mengalir
Tak akan sekali mereka undur
Hinggalah nyawa di pangkal tubuh

Lihatlah wahai insan yang hidup senang lenang
Rakyat Palestin bukan semuanya terlatih
Tetapi semangat jati mereka ibarat tentera berhati batu
Tidak gentar pada serangan..hanya gentar pada Yang Esa
Fisabilillah....syahid pada jalan Allah menjadi matlamat
Demi mengangkat kembali panji kemenangan Islam

Sedang kita?
Bersenang lenang di atas material,wang dan kesenangan
Dilindungi atap konkrit teguh berdiri di atas tanah keamanan
Sedang kita jua Islam
Bukankah kita sewajarnya memperjuangkan Islam?

Tanya hati kita....perjuangkan Islam dengan cara kita sendiri...
Kita mungkin tak mampu sehebat wira-wira Palestin
Tapi, iringilah doa bersama perjuangan mereka...
Agar mereka dapat merasai keprihatinan kita...

Thursday, October 27, 2011

Perjalanan Mencari Allah

Perjalananku masih jauh
Penerokaanku masih panjang
Pengembaraanku masih tak berpenghujung
Dalam mencari Allah, Tuhan Yang Maha Satu
Dalam mencari redhaNya yang terindah

Aku menangis dalam senyum
Aku meratap dalam diam
Hanya kerana diri ini masih jauh dalam pencarian Ilahi
Hanya kerana diri ini masih gagal mengisi hati
Hanya kerana diri ini masih tak mampu bertahajud saban hari

Aku kuat pada luaran tapi sebenarnya aku lemah
Aku tabah pada luaran tapi sebenarnya aku longlai
Aku cekal pada luaran tapi sebenarnya aku pasrah
Aku mencari Tuhan Yang Esa
Demi mendapatkan kekuatan sebenar diriku

Saat aku hampiri penghujung pencarian,
Benarlah, Allah itu berkuasa dalam membolak balik hati manusia
Aku mudah terlalai, mudah terjerumus dalam kemalasan
Syaitan laknatullah memang hebat dalam menghasutku
Aku jatuh lagi dalam penipuannya..

Tapi aku janji Ya Allah
Aku akan kembali mencariMu pada saat ini juga
Cuma beri aku waktu, dan bantulah aku
Diri ini mengharapkanMu

Sunday, October 23, 2011

Jadilah Rama-Rama

Rama-rama berterbangan melingkari awan gemawan
Bebas...sebebasnya..tanpa gundah di hati..
Tapi..bukan kebebasan itu yang aku cari
Aku tak ingin bebas
Bukan kerana manja..bukan kerana takut
Tapi kerana risau akan lalai dgn pesona dunia
Kerana khuatir akan mengalirkan air mata ibu bapaku
melihat anak yang dibesarkan dengan keringat tua mereka
menjadi anak yang bebas tanpa ada batasan..

Jadilah rama-rama...
Yang terbang bebas di kayangan..
Namun, masih mampu menceriakan manusia di atas bumi
Dengan kibaran sayap yang mempesonakan
Dengan liuk lentuk pergerakan yang mengasyikkan
Anak-anak kecil berlarian mengejar
Sang pemuja cinta tersenyum mengekori
Semua orang bahagia apabila melihat rama-rama
Warna-warni sayapnya mewarnai hidup orang lain
Hadirnya hinggap di bunga-bungaan tapi tidak merosakkan
Bahkan mencantikkan
Allahuakbar...cantiknya ciptaan Allah Maha Kuasa..

Aku juga ingin menjadi rama-rama
Yang mana hadirku memberi keceriaan kepada semua
Walau dalam hatiku gundah gulana
Aku ingin hadirku memberi ketenangan kepada semua
Walau dalam hatiku ada luka yang masih berdarah
Aku ingin hadirku melengkapkan hari mereka semua
Walau hariku sendiri tidak lengkap
Aku ingin hadirku mengukir senyum di bibir mereka semua
Walau senyumku hanyalah pahit semata..
Aku juga ingin hadirku meninggalkan kesan mendalam pada semua
Walau aku tahu aku tidak mampu..
Tapi sekurang-kurangnya, aku berusaha...

Rama-rama, tunggu aku..aku ingin terbang bersamamu
Belajar daripadamu cara membahagiakan orang lain
Belajar daripadamu untuk tidak membawa kerosakan

InsyaAllah..hadirku kali ini akan membahagiakan...

Cukuplah bagiku melihat keindahan Allah...



Monday, October 17, 2011

Sabar Ya..Hati...

Hati aku yang satu ini masih kosong
Masih mencari pengisian terbaik
Penat..memang penat
Tapi apakan daya, aku perlu mengisi ruang dalam hati aku yang satu
Kasihan hati aku ini..kosong je..
Perlu diisi dengan baik
Maaf ya hati..maaf sangat-sangat..
Aku tidak menjagamu dengan baik
Sedangkan aku hanya meminjammu dari Penciptamu dan jua Penciptaku
Seharusnya kau, aku isi dengan keindahan Islam
Agar aku dapat kembalikan kau kepada Yang Maha Besar 
dalam kondisi yang sempurna malah lebih baik..

Hati...jangan kau risau
Jangan kau menangis lagi
Akan aku bersihkan kau dengan air wuduk
Agar sejuk dan tenang kedudukan mu dalam tubuhku
Akan aku sucikan kau dengan iman yang kukuh
Agar teguh tempatmu dalam tubuhku
nanti kau tak akan jatuh ke tangan godaan syaitan
Akan jua aku isi kau dengan kalimah-kalimah Allah S.W.T
Agar tidak ada ruang kosong dalam dirimu untuk kemungkaran
Sabar ya hati..memang akan ambil masa lama
Tapi aku mohon hati..sabar sedikit
Istiqamah ya dalam beribadah..

Hati yang aku pinjam dari Allah S.W.T..
Jangan kau gundah...selagi aku hidup,aku tak akan biarkan kau mati, wahai hati
Aku akan jadi sang peminjam yang bertanggungjawab
Aku akan jaga kau dengan baik
Jangan ragui aku ya,hati..
Tak lama dah...nanti kau akan lahir kembali dengan wajah yang suci
InsyaAllah...
Cuma sabar sikit,ya..Aku perlu cari penawar terbaik untukmu
Kalau sakit, wahai hati, tahan ya...itu ujian..

Aku berbicara dengan hati aku sendiri..
Pelik? Adakah dalam fikiran anda berlegar "U're insane!"
Biarlah apa orang nak kata..Aku memang sayang hati aku..
Aku dah lama abaikan dia..
Dah jadi semakin gelap dah dia...
Dah jadi semakin kosong dah dia..
Dah jadi semakin keras dah dia..
Sebab tu aku nak operate dia balik...
Supaya jadi hati yang bersih
Supaya jadi hati yang terisi dengan iman dan islam
Supaya jadi hati yang lembut
Tak sakit pun operate tu, wahai hati..cuma kena cekal..
Chaiyok!!
Smile =)



Sunday, October 16, 2011

Mengemis Kasih Yang Maha Pencipta

Allahuakbar...Kalimah Allah sangat hebat

Kini aku makin kuat
Terima kasih Allah..

Dan dulu pernah
Aku menagih simpati kepada manusia
yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku ke lorong gelita
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

Semalam sudah sampai ke penghujungnya
Kisah seribu duka
Kuharap sudah berlalu..
Tak ingin lagi ku ulang kembali gerak dosa yg menghiris hati

Tuhan
Dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmatMu melangit luas
Harga selautan syukurku hanyalah setitis nikmatMu di bumi

Tuhan
Walau taubat sering ku mungkiri
Namun pengampunanMu tak pernah bertepi
Bila selangkah ku rapat padaMu
Seribu langkah.. Kau rapat padaku..

Allah..
Subhanallah...

Aku menangis lagi kerana syukurku padaMu..

Pendakian yg Menginsafkan

Great Wall of China
15 October 2011
I'm a student...

satu kepuasan dapat menjejaki 1 lagi bahagian ciptaan
Yang Maha Agung,Allahuakbar!
Melangkah dengan penuh kekuatan
Walaupun penat, kaki masih jua melangkah
Ketakutan diatasi..
Fighting!
Semakin kaki ini melangkah jauh dari kaki bukit
Semakin tebal keinsafan dalam diri
Semakin rasa kerdil diri ini jika dibandingkan alam ciptaan Allah S.W.T
Semakin kosong rasa hati
Ya Allah, Engkau terlalu hebat..Terima kasih kerana meminjamkan aku dan hambaMu
dunia yang sementara ini untuk kami mencari diri kami
Untuk kami mempersiapkan diri menghadapi hari pembalasan
Untuk kami terus menginsafi diri
Untuk kami terus mencariMu Allah..

Subhanallah!! Cantiknya alam ciptaan
YANG DI ATAS SANA..
 Semakin aku terokai alamMu Ya Allah
Semakin banyak yang aku pelajari
Tapi masih banyak yang belum aku terokai..
Ampunkan dosaku Ya Allah..




Friday, October 14, 2011

Kekosongan..

Minda dan hati aku tak bersatu..
Di minda,aku ingin menjadi orang yang paling ceria
Agar aku dapat menceriakan hari orang lain
Tapi dalam masa yang sama hati aku menangis..
Menangis tanpa henti...
Aku rasa kekosongan..

Luaranku, aku mungkin nampak ceria,
Nampak bahagia, nampak gembira..
Tapi dalamanku, hanya aku yang tahu
Betapa parahnya hati aku...sedihnya hati aku hari ini..
Ingin diluahkan,tapi tak tahu apa yang nak diluahkan
dan aku juga tak tahu siapa sudi mendengar..
Kerana,aku memberi telinga ku utk mereka tetapi
jarang sekali mereka memberi telinga mereka untukku..

Namun,aku harus positif..
Kadang-kadang kekosongan itu sangat indah
Kekosongan itu juga membahagiakan
Kerana saat itu aku sedar, aku masih dalam kegelapan
Jiwa aku masih kosong..Kosong dek ilmu-ilmu ukhrawi
Walaupun ilmu duniawi aku terokai..
Kata sahabatku, kekosongan itu perlu disyukuri
Kerana itu tandanya Allah S.W.T memberi hidayah kepadaku
Petunjuk untuk aku keluar daripada kegelapan

Kekosongan itu perlu aku isi dengan mendekatiNya
Kekosongan itu perlu aku hiasi dengan alunan zikrullah
Kekosongan itu perlu aku bajai dengan keimanan dan keinsafan
Kekosongan itu jua perlu aku semai dengan benih kemaafan buat saudara sesama Islamku
Tika saat itu, kekosongan akan terisi...
InsyaAllah..
Let's say, "Allahuakbar, Subhanallah.."

Friday, October 7, 2011

Kembara di Bumi Beijing

Pertama kali menjejakkan kaki di tanah Beijing
Meninggalkan keluarga yang selama ini sentiasa menyokong dari depan
Aku hanya tanpa perasaan melangkah
Kerana aku datang dengan satu tujuan, "belajar kerana Allah dan parents"
Kerana impian aku hanya satu, capai kejayaan..
Tak kisahlah kejayaan dalam apa jua aspek..
Pelajaran,rohani,jasmani dan segala-galanya..
Permudahkanlah perjalanan hambaMu ini Ya Allah..

Beijing Language and Culture University

Di sini lah aku akan mencurahkan segala keringat demi satu kejayaan
Mak dan ayah jangan risau
Masih banyak sisa-sisa kekuatan yang telah mak benihkan dalam diri Ira
Masih banyak baja-baja keimanan yang teguh dalam diri Ira
Kerinduan Ira pada semua di Malaysia akan Ira jadikan sumber kekuatan
Janji Ira pada mak dan ayah akan sentiasa Ira pegang
Ira janji akan banggakan mak dan ayah
Sampai bila-bila
Don't worry..!! =)

Thursday, October 6, 2011

Aku Sayang Semua

Ya Allah..
Aku sayang, aku rindu padaMu
Tak terkata rinduku padaMu..rindu untuk bertemu denganMu
Namun, kejahilanku mengingatkan aku, aku masih tidak layak
Tidak layak untuk bertemu denganMu
Sedang ilmu ukhrawi tidak lengkap di dada

Persinggahanku di bumi Beijing semakin mengingatkan aku padaMU
Betapa besarnya kekuasaanMu Yang Maha Agung
KAU ciptakan pelbagai bangsa dengan pelbagai bahasa dan warna kulit
Di bumi Beijing ini juga menyedarkan aku akan keindahan Islam itu
Walau baru sebentar aku bertapak dan mengembara di bumi China ini
Kerana apa?
Kerana di sini Islam itu bersaudara
Satu langkahku,pertemuan dengan saudara Islam yang lain
Walau berbeza warna kulit, bahkan tidak mengenali
Tetapi istilah "Assalamualaikum" tetap jua meniti di bibir
Tanda kami bersaudara
Aku hanya mampu tersenyum dan menjawab salam
Sedang dalam hati, betapa malunya aku, rendahnya diri aku rasai
Kerana bukan aku yang pertama mengucapkan salam
Itu budaya Islam yang sangat indah yang aku tidak pernah temui di tanah kelahiranku
Akan aku terokai lagi keindahan Islam di bumi Beijing ini
Bahagian bumi yang akan menyaksikan penghijrahan diri hambaMu ini
InsyaAllah...

Jika aku mampu mak, aku ingin kucup dahimu, aku ingin cium pipimu
Aku ingin salami tanganmu
Tanda aku sayang padamu,mak
Aku bukanlah anak yang baik untukmu
Aku seringkali membuat mak menangis
Tapi mak,aku sayang mak
Sayang yang tak dapat dikata dengan mulut
Tak dapat jua ditunjuk dengan perbuatan
Hanya aku dan Allah yang tahu betapa aku sayang mak
Aku tak mampu pandang matamu mak
Bercerita perihal hidup dan masalah
Kerana aku bukan anak yang mahu membebankan mak dengan masalahku
Aku tak mampu sentiasa membantu mak di dapur
Aku seringkali memberi alasan..
Aku menyesal tapi itu diriku
Alasan dan kemalasanku hanya untuk menarik perhatianmu
Tapi kemarahanmu yang aku terima
Tapi hati aku tetap tersenyum kerana aku tahu mak menyayangiku
Mak, ira tak dapat menyayangi mak secara zahir seperti mana adik beradik yang lain
Ira tak kisah jika ira tak menjadi anak kesayangan mak
Kerana ira tahu kedegilan ira menitiskan air mata mak
Tapi mak,
Ira gembira..gembira yang tak terkata
Kerana ira dapat membalas jasa mak dan menunjukkan sayang ira pada mak
dengan cara ira sendiri
Mak, kejayaan ira dalam pelajaran, menandingi adik beradik yang lain
itu yang mak pernah cakap pada ira
Harapan mak pada ira sangat tinggi berbanding adik beradik yang lain
Ira bersyukur mak mengharapkan ira
Mak,setiap kejayaan ira adalah untuk mak
Takkan pernah ira minta dibalasi dengan ucapan tahniah atau hadiah
Cukuplah kejayaan itu menjadi hadiah ira untuk mak
Kerana ira tidak tahu cara lain untuk membuatkan mak gembira
Setiap keputusan dalam kehidupan ira, ira serahkan kepada mak untuk tentukan
Bumi Beijing yang ira jejaki sekarang adalah kerana Allah dan mak..
Kerana ini yang mak harapkan dan restui..
Walau apa pun yang ira buat, ira akan pastikan kejayaan yang ira peroleh
Walau itu bukan keinginan ira kerana setiap keinginan mak akan menjadi keinginan ira
Ira hanya mahu memberi mak kejayaan
Jangan risau mak..
Anak mak yang ini takkan melawan cakap mak dalam berbicara tentang masa depan
Anak mak yang ini takkan mempersoalkan keputusan yang mak tetapkan untuk hidupnya
Anak mak yang ini juga takkan biarkan mak menangis lagi..
InsyaAllah..ira sayang mak selamanya

Jika aku mampu ayah, aku ingin kucup pipimu, salami tanganmu jua
Ingin aku katakan aku sayang ayah
Ingin jua aku katakan aku bersyukur punya ayah sehebatmu
Tak pernah sekalipun mengabaikan aku
Tak pernah sekalipun memaksa aku membuat keputusan
Tapi ayah, aku juga tidak pandai menunjukkan sayangku padamu
Ayah ingin ada seorang anak ayah ke luar negara
Dan ira satu-satunya harapan ayah
Dan kerana itu, ira melangkah ke Beijing
Ayah senyum lebar bila ira dapat tawaran ke Beijing
Ayah cerita pada semua orang
Ira gembira jika ayah gembira
Kejayaanku buatmu jua ayah....

Ira sayang semua...Allah,mak,ayah



Wednesday, October 5, 2011

Aku Juga Ingin Tabah..!

Ku perhatikan sekelilingku..tanpa kedip mata walau sekali pun..
Aku lihat mak cik tua tabah mengendong anak kecil di belakang
di tangannya pula barang jualan..
 Peluh menitis tanpa henti dek panas mentari terik tapi..
tidak sesaat pun, si tua itu melepaskan kendongan anak kecil
tidak sekilas pun, si tua itu menghempaskan barang jualan yang menjadi beban tangannya
Tabahnya si tua itu demi mencari sesuap nasi buat diri dan anak..
Aku juga ingin tabah seperti itu..

Ku perhatikan lagi sekeliling aku...
Kali ini, aku lihat anak kecil yang comel tabah menadahkan tangan
meminta belas simpati manusia yang lalu lalang
Tidak sedetik pun anak itu menurunkan tangan tanda keletihan
Tidak seminit pun anak itu mengeluh kepenatan
Walau tidak ada sesen pun yang dihulurkan kepadanya
Peluh memercik daripada dahinya yang mulus
Namun, dia masih di situ..di sudut jalan meminta sesuap nasi..
Aku juga ingin tabah seperti itu..
Aku terus memerhatikan sekelilingku..
Mataku kini tertangkap kemas pada seorang tua..
Tua benar datuk itu..masih tabah berjalan dengan tongkat di tangan menyokong jalan
Aku lihat dia berjalan menuju ke pasar, aku fikir "apa yang ingin dia lakukan?"
Dengan sebungkus kain, kelihatan berat dan banyak barangnya..
"Apa pula kali ini?"
Si tua itu mencari-cari tempat yang sesuai dijadikan persinggahan
'Penat barangkali..' fikirku..
Tapi, si tua itu duduk, membuka bungkusan dan menyusun barang
Lama...lama benar mata si tua itu memandang ke kiri kanan orang berjalan
Seorang lelaki pertengahan berhenti..meletakkan kaki di atas bangku
Mahu kasutnya dicuci
Senyuman terukir di bibir si tua..rezekinya masih ada hari ini..
Dengan gagah, si tua memberus kasut si muda..walau hanya RM5 menjadi upah..

Saat itu juga, air mataku menitis...
Tabahnya mereka...tidak sekalipun mengeluh
Tidak sekali jua mereka merungut menyalahkan takdir..
Mereka bersyukur dengan apa yang ada..
Sedang aku...ini tidak kena, itu tidak kena.
Pedih hati ku mengenangkan kejahilan diriku
Yang mudah benar berputus asa atas kegagalan
Yang mudah benar ingin mati apabila berhadapan masalah

Ya Allah Ya Rabbi
Bantulah aku untuk tabah
Bantulah aku untuk bangkit dari kegagalan
Bantulah aku untuk keluar daripada kegelapan
Janganlah air mata ini jatuh kerana menyalahkan takdirMu
Biarlah ia jatuh kerana mensyukuri rahmatMu..

Amin...



Tuesday, October 4, 2011

Menangislah..


Assalamualaikum..
Saudara-saudara seagamaku..

Kadangkala hati ini juga tidak tabah menanggung masalah
Kadangkala hati ini juga tidak kental memendam rasa membekas
Kadangkala juga hati ini juga tidak mampu menampung kekosongan
Dan kerana itu, aku menangis....

Bukan kerana aku lemah tetapi kerana aku ingin tabah
Bukan kerana aku pasrah tetapi kerana aku ingin teguh
Bukan jua kerana aku tidak dapat menerima takdir
Tetapi kerana aku mensyukuri rahmat Allah terhadapku

Ya Allah Ya Rabb
Terima kasih tak terhingga
Kerana KAU telah mengurniakan aku air mata yg sangat berharga
Kerana air mata inilah mengingatkan aku padaMu
Kerana air mata inilah yang mengukuhkan taubatku kepadaMU
Kerana air mata ini jualah aku masih lagi bernyawa
Kerana ia menguatkan jiwa yang lemah
Meneguhkan hati yang parah

Oleh itu..
Wahai hati para insan..
Menangislah
Jika itu mampu melegakan resah
Jika itu mampu mengurangkan gundah
Kerana air mata itu telah Allah kurniakan
Untuk hambaNya membasuh luka di hati
Untuk hambaNya terus mengingatiNya