Wednesday, December 21, 2011

Seperti Mahu BERHENTI BERFIKIR..

Kadang-kadang anda harus berhenti berfikir
dan pergilah ke mana hati bawa anda
Logik kah?
Mungkin jua
Tapi fikiran kadang-kadang penat berfikir
Bukan kadang-kadang bahkan selalu..mahu berhenti berfikir
Jalani saja hidup tanpa berfikir..gembira jua tidak,sedih jua tidak
Hidup saja tanpa memikirkan apa-apa
Mustahil kan untuk tidak berfikir?

Aku cuma penat..penat diserabutkan dengan pelbagai persoalan
Yang kadang-kadang tak ketemu jawapan
Fikiranku jua sering memikirkan sesuatu yang tidak pantas dengan tahap kematangan diri
Yang akhir penghujungnya..diri sendiri sakit..pening..pusing..

Kekuatan dalam diri semakin berkurang
Apabila fikiran dalam kepenatan
Tapi Allah itu ada..
sentiasa ada..
Leraikan kekusutan dengan berbicara denganNya
Ampun Ya Allah..hambaMu ini mengeluh lagi.. :'(

1 comment:

Anonymous said...

~its happen sometimes...tapi usah terlalu memikirkan apa yang tidak mampu kita fikirkan/diluar batas kita..kematangan tidak beerti kita boleh berfikir semua perkara.. usah biarkan diri kita gusar dengan segala persoalan yang kita sendiri tidak pasti dengan jawapannya.. yakinlah, segala persoalan itu bisa mendapat jawapan dengan peredaran masa..teruskan sahaja langkahmu, jawapan bagi persoalanmu pasti menunggu...Allah itu ada..yang penting, usah berhenti pohon padaNYA..minta ketenangan, Insyallah, DIA pasti makbulkan..