Dulu, ego ku tinggi melangit
Sayang tapi tak terucap
Tapi jejaki Beijing yang pada dasarnya hanya sebuah tempat
Yang penduduknya ramai tapi sibuk dengan hal sendiri
Tiada apa pun sebenarnya di Beijing
Tapi bumi Beijing ini telah menamatkan egoku
telah menyulam kasih dalam diri
membenih subur rindu yang diredhai
aku mengenal kembali yang namanya persahabatan
tapi dari sudut berbeza
sukar diungkap jua dinilai
perlu dirasai sendiri
betapa manisnya ukhuwah di sini
di sini aku mengenal Wan Syaza Syahirah
Ukhuwah yang dibina bukan semudah disangka
Mengambil masa lama untuk membenih sayang yang paling dalam
dan ya..
kini aku benar menyayangi dia
sangat menyayangi dia
yang pasti aku tidak mahu kehilangan dia
wahai sahabat
aku mungkin tak sempurna
tapi aku cuba untuk melengkapi kamu
aku mungkin tak mampu buat kau tersenyum selalu
tapi aku cuba untuk bahagiakan kamu
credit to wan syaza syahirah..
1 comment:
semoga jalinan ini diredhai Allah. dan semoga Allah meminjamkan rahmat kasih sayangNya sehingga ke akhirnya =)
Post a Comment