Menapaknya aku di bumi Korea bukan kerana mahu bersuka
Tetapi pencarian kepada suatu kehilangan
Pengembaraan diri yang benar-benar memenatkan
Jujur aku katakan aku mencari sesuatu
Yang tak mungkin aku akan temui
Selagi hati memberat pada keinginan bukan keperluan
Jejak sonata bakal berakhir
Mungkin lebih sedap dianggap permulaan kepada pengakhiran
Berakhirnya pencarian diri di bumi Korea
Menandakan permulaan kepada pencarian yang lain
Sangat sukar sebenarnya mahu mencari diri
Walaupun dikelilingi mereka yang hebat-hebat
Allahu Allah..:')
Engkau pertemukan aku dengan mereka yang hebat
Benar, mereka hebat
Mereka sudah mendaki langit tertinggi
Menapak dengan megah jalan dakwah
Memimpin dengan gagah talian tarbiyyah
Benar aku bersyukur
Kerana Engkau memilih aku
Menjadi salah seorang yang bertuah
Menyelitkan diri dalam kalangan mereka
Walau diri ibarat sebutir gandum dalam kantungan besar
Tapi aku bahagia kerana dapat merasai dunia mereka
Dunia dakwah dan tarbiyyah mereka
Sangat manis dan erat
Benar aku ingin terus bersama mereka
Tapi aku tahu aku tidak layak
Aku mohon Ya ALLAH..
janganlah pencarian ini menemukan aku pada kebuntuan
janganlah pencarian ini merebahkan ranap keyakinan diri
janganlah pencarian ini melunturkan keikhlasan yang sedang terbina
Sedarkan aku TUHAN
Aku bersujud merendah diri menjadi hamba
Hanya padaMU ALLAH
Teruslah bantu aku dan sahabat-sahabat aku
serta orang di sekeliling aku yang sedang berjuang sebagai daie

No comments:
Post a Comment