Bismillahirrahmanirrahim..
Tutup mata.
Rapat-rapat.
Lupakan semuanya.
Positifkan fikiran.
Aku lihat ramai yang sedang gagal
Tapi ramai juga sedang kembali bangkit
Tapi tetap ramai yang rebah tak berdaya
Aku sedih.
Aku menangis.
Ada air jernih pada lirikan mata.
Mahu persalahkan siapa?
Siapa yang tidak mahu berubah?
Siapa yang tak mahu jadi baik?
Siapa yang tak mahu masuk syurga?
Siapa yang tak mahu berjumpa dengan ALLAH dengan persembahan amal terbaik?
Aku tahu.
Tak ada.
Tak akan pernah ada.
masa tak pernah tunggu kita sebab dia pun hamba Allah dia pun nak kejar Allah.. kalau kita mahu berubah, tak perlu tunggu esok mungkin esok kita dah ada dalam tanah.. tempat asal kita. |
Semua orang mahu jadi baik
Semua orang nak masuk syurga
Tapi amal macamana?
Amal ibarat tasik
Ketika kemarau, kontang
Ketika banjir, melimpah
Tak pernah istiqomah
Sedih kan?
Tapi orang akan kata,
Hidayah Allah tak sampai lagi
Sebab itu masih lalai
Betul ke?
Cuba tanya diri.
Pernah terfikir tak?
Hidayah itu milik Allah.
Betul.
Aku tak kata salah.
Tapi aku pegang satu prinsip.
Hidayah memang milik DIA
tapi kita kena usaha untuk dapat hidayah
Kalau seumur hidup.
Duduk berteleku tepi jendela
Asyik tunggu hidayah.
Tapi tak bahagiakan Allah.
Macamana nak dapat?
Cuba renung balik.
Kenapa bila Allah bagi ruang untuk kita berubah.
Letak kita dalam bulatan orang baik-baik.
Tapi kita sayang nak tinggalkan yang tak baik.
Apa guna Allah bantu?
Tapi Allah tak zalim.
DIA bantu lagi sampai kita berjaya.
DIA tak pernah tinggalkan kita tahu?
Mungkin sekarang perlu waktu untuk fikirkan.
Bagaimana cara terbaik untuk berubah
Berubah kerana Allah bukan kerana manusia
Memang susah tapi bahagia akhirnya nanti
Terus cari.
Jangan lepaskan tali tarbiyyah tu.
:)
No comments:
Post a Comment