Aku mengerti jika kamu sentiasa terguris dengan kataku
Kadang-kadang, bibir ini tak mampu menyekat butir kata
Maafkan aku sayang..
Aku sentiasa menyayangi kamu
Aku bukanlah sahabat yang baik buat kamu
Tapi aku sedang cuba menjadi aku yang terbaik buat kamu
Dan aku sedari betapa sukarnya itu
Tapi demi kamu, demi persahabatan kita,
Aku tempuh segala sakit duka, pedih kecewa
Aku buka ruang hati aku seluas-luasnya buat kamu
Aku rendahkan benteng ego diriku serendah-rendahnya buat kamu
Aku ukir senyum semanis-manisnya buat kamu
Kerana aku terlalu menyayangi kamu
Jika kamu selak tirai silamku,
kamu tak akan pernah menemui aku yang sekarang
Kerana aku yang sekarang sangat berbeza
Aku sedang berubah..demi kamu
Kerana aku sayangkan kamu
Aku sayangkan persahabatan kita..
Janganlah kamu khuatir tidak mampu menjadi sahabat yang terbaik
Kerana aku menerima kamu seadanya
Kekurangan kamu itulah yang akan aku lengkapi
Aku memang tak mampu menenangkan kamu seperti keluargamu sendiri
Tapi aku sentiasa ada untuk kamu
Maafkan aku kerana begitu lantang kata-kataku selalu
Aku memang memikirkan hakikat persahabatan kita
Hakikat bagaimana aku mahu mengemudi hubungan ini
Agar tak akan terpesong dan musnah di pertengahan
Kerana aku sudah cukup penat merasai pedih
Kehilangan sahabat..
Ya..aku jahat..
Aku sangat tak memahami orang lain
Tapi aku akan terus cuba
Menjadi seperti yang kamu inginkan..
No comments:
Post a Comment