Tuesday, February 28, 2012

dear w669

Aku mengerti jika kamu sentiasa terguris dengan kataku
Kadang-kadang, bibir ini tak mampu menyekat butir kata
Maafkan aku sayang..
Aku sentiasa menyayangi kamu
Aku bukanlah sahabat yang baik buat kamu
Tapi aku sedang cuba menjadi aku yang terbaik buat kamu
Dan aku sedari betapa sukarnya itu
Tapi demi kamu, demi persahabatan kita,
Aku tempuh segala sakit duka, pedih kecewa
Aku buka ruang hati aku seluas-luasnya buat kamu
Aku rendahkan benteng ego diriku serendah-rendahnya buat kamu
Aku ukir senyum semanis-manisnya buat kamu
Kerana aku terlalu menyayangi kamu
Jika kamu selak tirai silamku,
kamu tak akan pernah menemui aku yang sekarang
Kerana aku yang sekarang sangat berbeza
Aku sedang berubah..demi kamu
Kerana aku sayangkan kamu
Aku sayangkan persahabatan kita..
Janganlah kamu khuatir tidak mampu menjadi sahabat yang terbaik
Kerana aku menerima kamu seadanya
Kekurangan kamu itulah yang akan aku lengkapi
Aku memang tak mampu menenangkan kamu seperti keluargamu sendiri
Tapi aku sentiasa ada untuk kamu
Maafkan aku kerana begitu lantang kata-kataku selalu
Aku memang memikirkan hakikat persahabatan kita
Hakikat bagaimana aku mahu mengemudi hubungan ini
Agar tak akan terpesong dan musnah di pertengahan
Kerana aku sudah cukup penat merasai pedih
Kehilangan sahabat..
Ya..aku jahat..
Aku sangat tak memahami orang lain
Tapi aku akan terus cuba
Menjadi seperti yang kamu inginkan..


Monday, February 27, 2012

[Hidayah Itu Milik Allah S.W.T ]

Bismillahirrahmanirrahim..

Tutup mata.
Rapat-rapat.
Lupakan semuanya.
Positifkan fikiran.

Aku lihat ramai yang sedang gagal
Tapi ramai juga sedang kembali bangkit
Tapi tetap ramai yang rebah tak berdaya
Aku sedih.
Aku menangis.
Ada air jernih pada lirikan mata.

Mahu persalahkan siapa?
Siapa yang tidak mahu berubah?
Siapa yang tak mahu jadi baik?
Siapa yang tak mahu masuk syurga?
Siapa yang tak mahu berjumpa dengan ALLAH dengan persembahan amal terbaik?
Aku tahu.
Tak ada.
Tak akan pernah ada.

masa tak pernah tunggu kita
sebab dia pun hamba Allah
dia pun nak kejar Allah..
kalau kita mahu berubah,
tak perlu tunggu esok
mungkin esok kita dah ada dalam tanah..
tempat asal kita
.

Semua orang mahu jadi baik
Semua orang nak masuk syurga
Tapi amal macamana?
Amal ibarat tasik
Ketika kemarau, kontang
Ketika banjir, melimpah
Tak pernah istiqomah
Sedih kan?
Tapi orang akan kata,
Hidayah Allah tak sampai lagi
Sebab itu masih lalai
Betul ke?
Cuba tanya diri.
Pernah terfikir tak?

Hidayah itu milik Allah.
Betul.
Aku tak kata salah.
Tapi aku pegang satu prinsip.
Hidayah memang milik DIA
tapi kita kena usaha untuk dapat hidayah
Kalau seumur hidup.
Duduk berteleku tepi jendela
Asyik tunggu hidayah.
Tapi tak bahagiakan Allah.
Macamana nak dapat?

Cuba renung balik.
Kenapa bila Allah bagi ruang untuk kita berubah.
Letak kita dalam bulatan orang baik-baik.
Tapi kita sayang nak tinggalkan yang tak baik.
Apa guna Allah bantu?
Tapi Allah tak zalim.
DIA bantu lagi sampai kita berjaya.
DIA tak pernah tinggalkan kita tahu?

Mungkin sekarang perlu waktu untuk fikirkan.
Bagaimana cara terbaik untuk berubah
Berubah kerana Allah bukan kerana manusia
Memang susah tapi bahagia akhirnya nanti
Terus cari.
Jangan lepaskan tali tarbiyyah tu.
:)

Jangan terlalu lama termenung
Jangan terlalu lama tinggalkan
Aku gusar kau akan kembali bahagia dengan cara hidup dulu
Dan pada akhirnya, kau akan kembali hilang
Tolong jangan..!
Aku sayang kamu..
mahu kamu bersama aku.
aku tak akan lepaskan kamu.

Friday, February 24, 2012

Mulakan Langkah Baru

Kenapa perlu takut pada penambahan usia?
Usia menginjak seiring dengan kematangan
Mungkin ya mungkin tidak
Dewasa tidak semestinya matang
Kerana segala-galanya bergantung pada pengalaman
Hampir 19 tahun mengharungi hidup
Dulu hingga sekarang
Aku tidak pernah menghitung hari itu
Biarlah usia meningkat kerana aku lebih kisah
pada peningkatan ilmu dan pengalaman
Kadang-kadang aku terlupa usia sudah semakin lanjut
Kerana terlalu fikirkan amal yang tidak seberapa
Apa yang aku mahu bawa ke sana?
Mahu persembahkan apa pada DIA nanti?
19tahun sudah berlalu..tapi amal tak sampai 1/4 hidup
Mula langkah baru ye...



Thanks mak sebab besarkan ira sampai dah berusia 19tahun esok..
Tak tergambar peritnya mak sebab terpaksa jaga ira..:')

Thursday, February 23, 2012

[Lingkaran Bahagia : Suatu Permulaan kepada Pengakhiran ]

Seoul, South Korea - 230212

GYEOUL GATHERING '12
ECO GREEN TOWN, SOUTH KOREA
KOREA CHINA JEPUN

Menapaknya aku di bumi Korea bukan kerana mahu bersuka
Tetapi pencarian kepada suatu kehilangan
Pengembaraan diri yang benar-benar memenatkan
Jujur aku katakan aku mencari sesuatu
Yang tak mungkin aku akan temui
Selagi hati memberat pada keinginan bukan keperluan

Jejak sonata bakal berakhir
Mungkin lebih sedap dianggap permulaan kepada pengakhiran
Berakhirnya pencarian diri di bumi Korea
Menandakan permulaan kepada pencarian yang lain
Sangat sukar sebenarnya mahu mencari diri
Walaupun dikelilingi mereka yang hebat-hebat

Allahu Allah..:')
Engkau pertemukan aku dengan mereka yang hebat
Benar, mereka hebat
Mereka sudah mendaki langit tertinggi
Menapak dengan megah jalan dakwah
Memimpin dengan gagah talian tarbiyyah

Benar aku bersyukur
Kerana Engkau memilih aku
Menjadi salah seorang yang bertuah
Menyelitkan diri dalam kalangan mereka
Walau diri ibarat sebutir gandum dalam kantungan besar
Tapi aku bahagia kerana dapat merasai dunia mereka

Dunia dakwah dan tarbiyyah mereka
Sangat manis dan erat
Benar aku ingin terus bersama mereka
Tapi aku tahu aku tidak layak

Aku mohon Ya ALLAH..
janganlah pencarian ini menemukan aku pada kebuntuan
janganlah pencarian ini merebahkan ranap keyakinan diri
janganlah pencarian ini melunturkan keikhlasan yang sedang terbina

Sedarkan aku TUHAN
Aku bersujud merendah diri menjadi hamba
Hanya padaMU ALLAH
Teruslah bantu aku dan sahabat-sahabat aku
serta orang di sekeliling aku yang sedang berjuang sebagai daie


Wednesday, February 22, 2012

Bukan Aku Risaukan Kamu

Tidak sekali-kali aku risaukan kamu
Jauh sekali ingin mengawal kamu
Yang pasti aku sayang kamu
Mahu yang terbaik untuk kamu

Aku ketawa aku senyum saja pada kamu
Bila kamu katakan itu pada aku
Aku tahu kamu mahu sendiri
Mahu ruang mencari diri yang hilang
Tapi aku minta pada kamu, 
jangan terlalu lama ambil masa
Kasihan pada dia
Dia menjaga kamu, melebihkan kamu
;')

=====================================================

Ini pula bicara buat si dia yang lain
Aku bukan tidak sayang kamu
Aku cuma mahu yang terbaik buat kamu
Betul aku mahu menyayangi kamu
Sudah aku fikirkan dalam-dalam
Kamu sahabat terbaik aku
Dan aku akan terus menyayangi kamu
Seperti dahulu
Kekhilafan aku sekarang,pohon kemaafan..

Tuesday, February 14, 2012

Aku Tak Punya Apa-apa

Ukiran tulisan kali ini hanyalah satu gubahan luahan rasa
Yang sering memenuhi pundak
Penat menebak

Sudah hampir 19tahun aku hidup
Melangkahi bumi ciptaanNya
Membina seribu satu rasa
Tetapi sebenarnya aku tidak punya apa-apa
Hanya Allah yang aku punya..

Sahabat, aku tidak punya apa-apa
Betul...aku tak mampu memberi kebahagiaan buat kalian
dengan wang ringgit, hadiah bertimpa..
jua aku tak mampu menyinari hidup kalian
dengan telatah aku atau kasih sayang aku
kerana aku memang tak punya apa-apa

Jika ditanya apa yang aku suka..
Aku tak pernah mampu menjawab apa yang aku suka
Kerana aku tak punya apa-apa
Tapi yang aku pasti hanya satu
Aku bukanlah mahu kebendaan sebagai tanda kasih
Cukup bernilai jika kalian mengambil berat tentang aku
Walau aku tahu aku tidak layak menerimanya
Dan sememangnya aku tak pernah merasa diri dikasihi sahabat
Entah kenapa...

Jujur jua aku katakan, aku manusia yang mudah terharu
Walau hanya dengan penghargaan sekecil kuman yang kalian hulurkan
Tangisanku tak perlu kalian minta kerana aku memang sebegitu
Aku cukup menghargai kalian
Walau kadang-kadang diri ini tak ada apa-apa untuk dihargai

Biarlah..aku kepenatan sebenarnya
mencari kasih yang didamba
mungkin kerana aku sudah lama tak punya apa-apa
sehingga aku tidak dapat merasa
apa yang aku ada sekarang


Aku akan terus menangis mengenang diri sendiri..Bukan disesali tapi aku cuma minta sedikit rasa bernilai pada mata manusia..Sudah pedih telinga mendengar manusia memandang rendah..Betul..aku orang yang sensitif..sangat sensitif tapi aku berusaha untuk memendam..:'(

Friday, February 10, 2012

Coretan Akhir di Malaysia : [we have change]

Sudah malam terakhir di Malaysia
Terfikir untuk melakar cerita ini
Satu kisah yang mungkin membawa aku kepada memori
Mungkin pahit untuk ditelan
Tapi itu hakikat sebagai penawar

Masih terngiang-ngiang di telinga aku
Satu ayat yang buat aku menangis dalam diam
Bergenang air mata tapi ditahan dengan senyuman
Malam akhir di Malaysia
dan aku mendengar insan istimewa ini berkata,
"Sejak ada di Beijing, ira dah banyak berubah.."
YA!
kata-kata itu yang buat aku melafaz lega dalam diam
mungkin impianku masih belum terlunas semuanya
tapi sudah cukup membahagiakan
apabila insan itu mengukir kata sebegitu
Alhamdulillah.. Terima kasih Ya Allah..
Kerana membantu aku merealisasikan misi aku di Malaysia

Tika ayat itu dilafazkan..
Ada sesuatu yang terus terdetik di hati
Wahai insan istimewa...pelengkap hidupku..
Bukan aku sahaja yang sedang berubah
Aku lihat si dia jua sedang berubah
Perubahannya sangat hebat
Hingga aku kadang-kadang mengalirkan air mata
tersenyum dalam diam..bersyukur dalam qiam
Si dia...kini sehebat-hebat lelaki...
Dia tidak perlu menjejak kaki di bumi asing untuk berubah
Dia tidak perlu pembimbing untuk memimpin
Dia tidak perlu itu semua
Yang dia perlu hanya Allah dan keyakinan dirinya

Aku dan dia..tak banyak bezanya
Aku dan dia...sama-sama keras kepala
Ego tinggi melangit
Tak pernah mahu kalah
Baran panas menyala
Tak pernah tunduk pada air kelembutan
Bicara kami jua kasar
Bicara kami juga bisa
Kami tiada bezanya..
Mencambah risau pada ibu bapa
Melihat sikap yang tak masuk akal

TAPI...
yang penting kami sama-sama berubah
tanpa aku sedar..
aku di sana sedang membina diri baru
dia di sini pantas melakar sejarah diri yang baru
kami bermula kembali dari kosong
tiada lagi ego, baran, mulut lepas dan segalanya
kami ukir senyum dan bergurau sesama kami dan orang lain
kami tidak lagi merungut dengan tugas
kami sedang berubah...
Allah Ya Rabbi..
bantu aku..bantu dia..
pimpin kami lindungi kami

Insan istimewa itu ibuku..
Si dia itu adik lelakiku,18, Zahir namanya..
:")

Monday, February 6, 2012

Mengajar Bicara Mencoret Kalam

Wadah ini sudah agak lama aku tinggalkan
Mujur masih belum bersawang
Mungkin sudah tidak segar
Tapi akan kembali subur kelak

Bicara itu perlu diajar agar ia tidak reti menipu
Kalam itu perlu dicoret agar terluah setiap kata

bicara itu perlu yang baik sahaja
jika tidak, lebih baik diam
tapi kita manusia,
yang baik itu didiamkan
yang buruk itu dicanangkan
aku sedih kerana aku juga seringkali begitu
Butir bicara sang manusia
Kadang-kadang memberi kemanisan
Kadang-kadang juga menoreh luka pada hati

Bicara manusia itu, lebih bisa daripada segalanya
Mampu memutarbelitkan dunia hanya dengan kata
Mampu menjerat minda tunduk pada bicara

Kerana bicara bibir
Manusia hilang pertimbangan
Dosa bergelimpangan

Aku sedih sebagai salah seorang manusia
Hamba Allah yang juga sering lupa
bahawa bicara itu belati tajam
seringkali meluahkan kata yang berbaur fitnah
acap kali menutur bicara berbaur riak,dengki dan segalanya
Aku mohon ampun Ya Allah..Zat Yang Maha Agung
Jika bibirku tidak membawa aku ke syurga
kuncilah ia rapat-rapat


tulisan itu tidak perlu cantik
asalkan ia bersih
asalkan ia mencoret kisah yang terbaik
asalkan ia mampu memberi pengajaran

Kalam itu kadang-kadang sukar ditulis
Namun ia mampu menyebarkan rasa hati dengan sekata
Tulislah apa yang ada di hati
Cuma tulislah apa yang baik
Bukan dengan niat memburukkan pandangan 
orang yang membacanya