Malamku semalam aku tutup dengan iringan air mata
Pagiku hari ini aku buka jua dengan air mata
Entah kenapa air mata ini tidak berhenti mengalir
Rasa sayu menyelubungi diri
Malam itu mungkin kerana keinginan hatiku tersekat
Pagi ini mungkin kerana dia telah bawa gembira aku terbang bersamanya
Tapi bukan tentang perasaanku yang ingin aku bicarakan
kerana wadah ini bukan hanya tempat meluahkan rasa yang membekas
Aku jejak bumi Beijing tanpa sedikit rasa dalam diri
Tapi hari berganti hari aku lewati
Jika dulu tiada makna setiap perjalananku
Kini walau hanya selangkah aku angkat kaki
Ia langkahan yang tidak pernah aku sesali
Kerana ia jejakan yang sangat bermakna
Walau terpaksa meredah sejuk yang mencengkam tulang temulang
Segalanya kerana di sini aku kenali hadirnya DIA
Tapi kali ini yang mahu aku bicarakan
Di sini aku sedari manisnya seorang manusia
Tidak ada yang salahnya dengan tajuk itu
Ya!
Aku kenali kemanisan manusia di bumi Beijing
Ukhuwah di sini erat..tiada beza antara kami
Aku dapat rasakan tautan itu kemas terjalin
Walau tak pernah bersua mungkin jua tak pernah berbicara
Tapi hati kami telah terikat erat
dengan tautan yang satu
Perjalanan mencari DIA
Manisnya manusia itu
Apabila bertemu senyuman tak pernah lekang dari bibir
Peringatan tak pernah lupa ditutur
Pelukan sayang tak pernah lupa diberi
Mereka tidak memikirkan diri mereka
Mereka dahulukan diri orang lain
Manisnya manusia itu
Apabila tidak bertemu tak pernah lupa bertanya khabar
Menyapa mesra di laman maya
Memberi nasihat tak pernah henti
Mengucap sayang tak pernah tiada
Allahuakbar...
Kasih sayang dalam diri mereka
mencambah rasa sayang dalam diriku
Diriku yang dulunya tinggi ego
Kini sedang cuba meruntuhkan benteng itu
Diriku yang dulunya keras hati
Kini sedang cuba melembutkan
Mahu menjadi yang terbaik buat mereka
Raihana...aku sayang kau.. Tak tergambar rasa ni..:') |
Mahu tulis lagi tapi tak tertekan aksara kekunci
Rasa berat..kerana mata sudah berair saat kisah ini dicoret
Biar hati menyimpan apa itu manisnya manusia pada pandanganku
Aku sayang kalian di BEIJING [Beiyu Beiwai BFU ]
Ini jalinan yang takkan pernah putus!
No comments:
Post a Comment