Thursday, January 5, 2012

[TAWAKAL itu Harus Yang Pertama]

<Bismillahirrahmanirrahim>


Pernah dengar manusia bicara.." Tawakallah kamu kepada Allah kemudian berusahalah seterdaya kamu?"
Jarangkan.. Yang selalu kita dengar, "Usahalah kamu kemudian bertawakallah padaNya.."
 Malam itu, baru pertama kali aku singkap hakikat sebenar tawakal itu..
Tawakal itu perlu seiring dengan usaha..
Tawakal itu secara ringkasnya berserah diri kepada Allah S.W.T.
Serahkan segala urusan kepada Allah kerana DIA sebaik-baik pembuat keputusan
Yakinlah bahawa hanya Allah yang memberi, yang menghalangi jua mendatangkan manfaat

"Tidak!  Barangsiapa  menyerahkan diri sepenuhnya kepada
Allah dan dia berbuat baik, dia mendapat pahala di sisi TuhanNya
dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati"

[Surah Al Baqarah:   ayat 2]


Ayat ini menyentap hati..benar-benar menyentap hati
Bukan kerana diri telah tersentuh dengan ayat ini semata
Tapi jua kerana, walaupun aku melakukan kebaikan
tapi..masih tebal rasa takut dan sedih hati dalam diri
Sedarlah aku..bahawa kebaikanku tidak dilakukan dalam penyerahan diri
sepenuhnya kepada DIA..
Tapi jua aku sedari sesuatu kini...aku sedang perlahan-lahan
bahkan merangkak mengheret beban dosa dan jahiliyah diri
untuk menyerahkan diri sepenuhnya kepada Maha Satu
Mahu tahu kenapa?
Kerana aku rasa bahagia apabila meringankan beban orang lain
bibir tak henti ukir senyum saat lihat kalian senang
betul...tak tipu..!
aku punya satu lagi potongan ayat mahu dipersembahkan..


Maka berkat Allah,engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut pada mereka. Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar, 
tentulah mereka  menjauhkan diri dari sekitarmu. Kerana itu,
 maafkanlah mereka dan mohonkanlah ampunan untuk mereka 
dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu.
 Kemudian apabila engkau membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh Allah cinta orang yang bertawakal (159) 
Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada yg dapat 
mengalahkanmu,tetapi jika Allah membiarkanmu, 
maka siapa yang dapat membantumu setelah itu? Kerana itu, 
hendaklah kepada Allah saja orang mukmin bertawakal.(160)

[Surah Ali Imran : ayat 159-160]

Maaf sedikit panjang ayat ini..
Berkali Allah sebut tentang tawakkal! Kenapa dulu aku tak sedar?
Ohh!! dulu mana ada hati nak baca tafsir apa semua nih
Hati kelam kot dulu..jahil sangat..
dulu..baca Quran dah rasa cukup baik..
solat punya lah lama, dah rasa cukup alim..
solat sunat la apa la..
dah cukup baik ke diri?
nak tampar-tampar je hati sendiri..

Kembali kita bicara soal ayat di atas..
Allah mahu kita berserah diri padaNya
tak kira apa jua yang kita kerjakan
kerana hanya pada DIA izin sesuatu kejadian
DIA hanya mahu hambaNya kembali padaNya
ingat padaNya kerana DIA sangat sayang hambaNya
jadi, apa jua yang mahu dilakukan, bertawakallah kerana sejauh mana usaha,
tanpa secebis tawakal dalam diri, tak ke mana jua..
Kerana hanya dengan izinNYa segala kejadian


Terbangnya seekor burung itu pada waktu pagi
Dengan tawakal penuh di hati yang ia akan pulang dengan kenyang
pada petangnya..
Burung itu hamba kepada DIA..seperti kita jua
Tapi..tasbih zikirnya memuji Allah itu melebihi kita
Tawakalnya ia padaNya itu melebihi manusia
Sedang kita hamba Allah paling mulia..

"Dari Umar bin Khattab ra berkata, bahwa beliau mendengar Rasulullah SAW 
bersabda, ‘Sekiranya kalian benar-benar bertawakal kepada Allah SWT dengan 
tawakal yang sebenar-benarnya, sungguh kalian akan diberi rezeki (oleh Allah SWT), 
sebagaimana seekor burung diberi rezeki; dimana ia pergi pada pagi hari dalam 
keadaan lapar, dan pulang di petang hari dalam keadaan kenyang."

(HR. Ahmad, Turmudzi dan Ibnu Majah).




Si burung itu berusaha diiringi dengan tawakal

*Akan masuk syurga, orang yang hatinya seperti burung*

"dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. 

Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan  mencukupi

(keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. 

Sungguh Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu."

[Surah At-Talaq : 3]


Allah memberi rezeki tanpa kita sangka
dari mana atau bagaimana
tidak perlu dipersoalkan
rezeki itu rahsia Allah
tak akan pernah kita tahu selagi ia tidak sampai kepada kita
ingatlah wahai anak Adam
tak akan mati jiwa anak Adam itu
selagi tidak sempurna rezekinya

Andai kita selami ayat [19:25]..
Sesungguhnya Allah memberi rezeki tanpa diduga
Maryam yang sedang sarat mengandung
dikurniakan rezeki olehNya
hanya dengan menggoncangkan sedikit pangkal pohon kurma
tak semena-mena, buah kurma jatuh berguguran
Allahu...Allah...
betapa sayangNya dia pada hambaNya


"Ketahuilah sesungguhnya tawakal itu terletak di dalam hati adapun usaha itu tapi tak bertentangan dengan tawakal yang ada di dalam hati. Setelah seseorang meyakini bahawa rezeki itu datangnya dari Allah..Jika terdapat kesulitan, maka hal itu adalah kerana takdir Allah dan jika terdapat kemudahan, maka hal itu kerana kemudahan dariNya."

(Imam Abd Khasim Al-Khusairi)

Betulkan? Tawakal itu ada di dalam hati
Kerana itu susah benar mahu mengekalkan tawakal
Seringkali rasa ingin menyalahkan takdir apabila ditimpa kesusahan
Allah itu memberi apa yang kita perlukan
Allah itu membantu setakat mana yang Dia kehendaki
Tidak perlu risau kerana hidupnya seorang anak Adam itu
tugasnya hanya untuk menjadi khalifah dan melaksanakan perintahNya
So, be happy ye kawan2..:)

"Kejayaan sesebuah usaha itu ialah tawakalnya kita sejak awal permulaan usaha. Itulah kejayaan sebenar di sisi Allah S.W.T."

"A man who has Allah, he/she has everything"

"Langkah pertama itu harus dimulakan dengan tawakal"


"Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu  gembira terhadap apa yang diberikanNya kepada kamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri."

[Surah Al-Hadid:23]

Apabila berserah diri pada Allah
akan cukuplah keperluan kita
Tawakal ini bukan hanya bicara tentang penyerahan diri padaNya
Tapi jua bicara tentang penerimaan kita
terhadap apa yang diberikan kepada kita
Sama ada nikmat ataupun ujian
Adakah turunnya nikmat,maka, gembiralah kita
lantas berjalanlah kita di atas muka bumi ini
dengan kepala mendongak langit
kaki seolah tak berpijak kemas pada bumi
Adakah turunnya ujian, maka, sedihlah kita
tanpa sedar kita menyalahkan takdir
menyalahkan Allah itu dan ini
Wahai manusia!
Sedarlah..
Jika diberi ujian buatmu bahkan tak sehebat manapun
Sudah hingar satu dunia
Salahkan DIA Yang Maha Kuasa
Tapi..
Apabila nikmat melimpah ruah
Tetap hingar seluruh semesta
Tapi ungkap syukur padaNya
Langsung tak terluah
Hakikatnya manusia, iblis itu lebih tinggi imannya daripada kita
Tapi kerana sombong dan takburnya mereka
Dikeluarkan terus daripada syurga
Bayangkan..kita manusia yang imannya lebih rendah
Bahkan ada sifat sombong dalam diri..
Masih wujudkah syurga buat kita?
Allahuakbar..sedar wahai diri sendiri jua..
:'(

Marilah kita sama-sama memperbaiki diri
Saya punya kelemahan..kalian jua begitu
Cuma kita ummah yang perlu saling melengkapi!
"Jika kamu tidak mengisi masa lapang dengan Islam,
maka jahiliyah akan datang mengisi.."


"Alhamdulillah selesai jua task usrahku 301211..[USAHA : DOA : IKHTIAR : TAWAKAL]
Entri baruku yang diterbitkan jua buat tatapan kalian."
zahirahrazak
050112.


3 comments:

adahanz said...

you are back....
Alhamdulillah.... nice post my dear..
aku x buat task usrah pun... haiiyyaa!!

Nur Hati said...

alhamdulillah, now you know how it feels like to be in love with Allah.. doakan nadia dekat sini dapat kembali kepada DIA..

Unknown said...

Ada..
Hadirnya kau buat aku makin kuat

Nadia
InsyaAllah...amin ya Rabb..