Sunday, January 29, 2012

[Semoga Berkekalan]

kali ini hanya coretan santai
cuma mahu dedikasikan bicara ini buat dia
sahabat yang hadir dalam dia kesedihan
menempatkan dirinya dalam hidupku
melakarkan bahagia jua buatku
entah aku mengukir senyum pada bibirnya entah tidak
tapi satu yang aku tahu
aku beruntung mengenalinya
dia ada ketika aku gembira
dia jua setia mendengar ketika aku sedih
ketika marah jua dia sabar menenangkan aku
walau kami hanya bersua muka sekali
walau hanya mesej menghubungkan
itupun apabila kami masing-masing punya waktu
bahkan bercakap dalam telefon juga jarang
itupun jika dia tiba-tiba telefon
aku tak pernah mendail nombornya
khuatir akan sesuatu
tapi percayalah
setiap hari ikatan kami semakin erat
dia sahabat yang penyayang
benar-benar sahabat


thanks tau..
jgn marah sbb ltk pic awk..
hahaha
Bukhari, 21..

"They love you but they are not your lover. They care for you but they are not from your family.
They are ready to share your pain but they are not in your blood relation..
They are FRIENDS!!!
True friends scold like a DAD
Cares like MOM
Teases like a SISTER
Irritates like a BROTHER
and finally love you more than a LOVER"

aku harap persahabatan ini akan terus kukuh
benar-benar kental
: )

Friday, January 27, 2012

[对人的依赖]-〉Kebergantungan Kepada Manusia

بسم الله الرحمن الرحيم

大家好!今天,你们好吗?
在我心中是有东西的
它是多少,我们依靠他人。。

"Hello everyone! How are you?
There is something in my mind
It is about how much we depend on others?"


KEBERGANTUNGAN kepada MANUSIA selain daripada IBU BAPA

Mahu buka bicara dengan apa
Fikiran kelu tapi aku ingin sekali membawa ke tengah
Topik yang mungkin dianggap remeh
Halus bagai kuman
Tiada berkepentingan
Tak mengapalah..
Mahu jua diutamakan tajuk ini

Sebenarnya..seumur hidup kita,
Mungkin...
Kebergantungan kita kepada manusia
MELEBIHI
Kebergantungan kita kepada TUHANNYA manusia

Kita terlalu bergantung kepada manusia
Tutur manusia itu lebih kita pentingkan
daripada bicaranya SANG PENCIPTA
"Nanti apa orang kata kalau...."
jarang sekali kita akan cakap..
"Nanti apa hukuman Allah kalau..."
"Orang kata" itu lebih bisa daripada "ALLAH kata"
Kalimah dalam Al-Quran tak pernah kita endah
Sedang ia sudah lama tertulis...sahih
Tapi..
Tulisannya manusia jua yang kita agungkan
Sedang ia baru ditulis...daripada pengalaman...entah sahih entah tidak

Bila rasa keseorangan..
Siapa yang kita cari?
Kita cari orang kan..sahabat
Luah pada dia bagai nak tercabut anak tekak bercerita
Bagai nak keluar airmata darah menangis
Tapi kita sedar tak?
Mereka hanya mampu mendengar jika mereka mahu
Mereka hanya mampu memberi nasihat
Mereka mungkin jua mampu beri kelegaan
Kalau mereka tak mahu dengar, bila-bila masa sahaja mereka tak layan kita
Mereka ada masalah sendiri untuk difikirkan
Sedang kita tak luah pada ALLAH
Sedar tak...???
ALLAH sentiasa mendengar keluhan hambaNYA
ALLAH sentiasa memberi nasihat yang berguna melalui kitabNYA
ALLAH sentiasa memberi kelegaan 
apabila DIA sinari hati kita dengan hidayahNYA
Segala perkara dalam tanganNYA
"Tapi aku tidak kata tak boleh luah pada manusia
sebab ada manusia yang mampu mendengar dengan baik
memberi nasihat yang berguna
menenangkan saat kita kesedihan"

Tidak salah untuk fikir apa orang kata
tapi sangat penting untuk kita jangan membelakangkan DIA
Sebab bila kita terlalu fikir apa orang kata
Kita tak akan ke mana
Kerana manusia takkan pernah berpuas hati


Kurangkan KEBERGANTUNGAN  kepada manusia selain daripada Ibu Bapa

Lebihkan  bergantung kepada Yang Maha Esa

Dengan itu kau akan merasa Lebih Bahagia

Bukan hanya Kini tapi untuk Selama-lamanya.

Sunday, January 22, 2012

Still with random feeling

< Bismillahirrahmanirrahim >

Fikiran mencerna tingkah manusia
Pelbagai ragam menghiasi sifatnya mereka
Kadang-kadang tingkah mereka memeritkan mata melihat
Kadang-kadang jua mengukir senyum di bibir
Entahlah...
diciptakan manusia oleh Allah
pelbagai ragam
pelbagai bangsa
pelbagai warna kulit
tapi..
kita sebenarnya satu...
hamba Allah S.W.T
yang hanya sujud padaNya
yang hanya tugasnya menjadi khalifah di atas muka bumi

Mengikat hati dengan penilaian manusia
Persetankanlah segalanya
kita hidup kerana Allah semata
bukan kerana manusia
Jadi untuk apa terlalu memikirkan apa orang kata
Mereka berkata kerana mereka tidak berada di tempat kita
Mereka menilai kerana mereka tidak kenal kita
Hanya tingkah luaran menjadi dasar
Tapi Allah..DIA menilai luar dan dalam
DIA tahu segala-galanya
Bahkan apa yang tersembunyi, DIA tahu
Niat hati hambaNya, DIA tahu
Dosa yang tersembunyi DIA tahu
Jika kita hidup memikirkan penilaianNya
itu yang sebaik-baiknya
kerana DIA penilai terbaik

"Sebenarnya ini random entri..Apa yang terlintas di fikiran,itu yang ditulis.. Berada di Malaysia, memberi rasa yang baru..rasa sedih kerana orang di sekeliling saya, memperkecilkan usrah yang saya sertai.. Orang yang berada dalam usrah, adalah untuk menjadi baik..bukan untuk orang baik-baik...jangan fikir, saya berada dalam usrah, saya sudah cukup baik..saya juga ada kelemahan.. Sentap hati saya bila mereka kata, masuk usrah, baru nak jadi baik.. Sabar je hati... Yg saya blh cakap, saya berubah bukan kerana usrah semata-mata tapi kerana ALLAH yang menyentuh hati saya..menyinari hati saya dengan hidayahNYA..
Moga kalian yang ingin berubah, kuatkan hati menerima kata-kata manusia yang takkan pernah puas.."

Thursday, January 19, 2012

[ La Tahzan ] :)

Assalamualaikum
你好!
你好吗?
现在,我在马来西亚。
很高兴不过我想北京。

now, back to the main title.. :)
la tahzan...jangan bersedih..
Sesungguhnya Allah bersama kita..
Sering kita dengar manusia menuturkan kata-kata ini..
Ya..betul..
untuk apa kita bersedih?
jika kita sedar Allah Yang Maha Pencipta ada dekat dengan kita
untuk apa kita menangis?
jika kita tahu Allah sentiasa mahu yang terbaik untuk hambaNya
jika kita orang yang benar-benar beriman kepadaNya
nescaya, kita tidak akan bersedih hati...

"Tidak! Barangsiapa menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah,
dan dia berbuat baik, dia mendapat pahala di sisinNya
dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati."
[Surah Al-Baqarah : 112]

Percaya atau tidak, kesedihan yang hadir dalam diri kita
Mungkin untuk mengingatkan kita padaNya
mungkin jua untuk melembutkan hati yang keras
menghidupkan kembali hati yang mati
Allah tahu apa yang terbaik untuk kita
Jika DIA beri bahagia, bersyukurlah
Jika DIA beri kesedihan, bersyukurlah
kerana ada sebab Allah mencoret kisah kita sedemikian

Ketahuilah..
Bahawa pertolongan itu ada bersama dengan kesabaran
dan kelapangan itu selalu bersama kesulitan
Sesungguhnya Allah itu Penolong teragung

Jika kita masih bersedih
beristighfarlah...ingatlah Allah selalu
Lapangkanlah dada dengan ber'uzlah
yakni mengasingkan diri
daripada perkara yang melalaikan
iman kita akan sentiasa teruji
kerana itu kita sangat perlukan muhasabah diri
kuatkan hati kita..:)

wahai sahabat...
jangan bersedih..
aku pendengar setia..
su...

Tuesday, January 17, 2012

[我的好朋友:莎祖儿]

我有好朋友叫莎祖儿
现在,我特别想你!
我在马来西亚不过你在北京
我不能离开她。。
我很爱你。。

莎祖儿。。我叫查希儿。。
认识你我特别高兴。。
我承诺永远爱你!
后天,她愿意把 我在机场。
当天上午,冷极了。
可惜她。

我要说。。“我想你”




Friday, January 13, 2012

[Malaysia Tanah Airku] =)

Assalamualaikum... :)

Hari menginjak ke hari baru lagi
Semakin memendekkan waktu diri
Semakin dekat saat kaki bakal menjejak bumi Malaysia kesekian kali
Hati tidak sabar tapi masih tebal risau dalam hati
Bukan tidak gembira kembali ke tanah air sendiri
Bukan jua lupa daratan mengangkat diri
Tapi khuatir jika tak dapat sesuaikan diri
Pasti tika ini kalian akan terdetik, "budak ni mengada2" atau apa saja
Malaysia tempat yang aku jejak bertahun lamanya
Mustahil jika tidak dapat sesuaikan diri

Tapi kerisauan ini hadir apabila memikirkan iman di hati
Akan masih kuatkah iman tatkala kaki ini menjejak kembali sarang jahiliyah diri dulu
Akan masih tebalkah rasa rendah diri saat menghidu harumnya jahiliyah
Akan masih adakah rasa ingin berubah tika diri kembali menjengah rumah yg sering melalaikan

Bukan mahu salahkan rumah
Bukan mahu salahkan negara
Tapi aku salahkan diri
Kerana dulu aku jadikan rumah tempat aku mengumpul daki-daki kejahilan
Kerana dulu aku jadikan Malaysia tempat sosialiti diri berleluasa

Ya Allah..aku mohon padaMu
Kuatkan hatiku dengan iman
Agar kelak aku tidak lupa Engkau
Teguhkan rasa insaf dalam diri hambaMu ini
Agar nanti masih lagi aku sembah Engkau Yang Maha Besar
Jangan biarkan aku lalai

family yg aku rindu
tapi aku tak mahu kembali jadi ira yg dulu

Monday, January 9, 2012

[MANISnya Manusia]

Malamku semalam aku tutup dengan iringan air mata
Pagiku hari ini aku buka jua dengan air mata
Entah kenapa air mata ini tidak berhenti mengalir
Rasa sayu menyelubungi diri
Malam itu mungkin kerana keinginan hatiku tersekat
Pagi ini mungkin kerana dia telah bawa gembira aku terbang bersamanya
Tapi bukan tentang perasaanku yang ingin aku bicarakan
kerana wadah ini bukan hanya tempat meluahkan rasa yang membekas

Aku jejak bumi Beijing tanpa sedikit rasa dalam diri
Tapi hari berganti hari aku lewati
Jika dulu tiada makna setiap perjalananku
Kini walau hanya selangkah aku angkat kaki
Ia langkahan yang tidak pernah aku sesali
Kerana ia jejakan yang sangat bermakna
Walau terpaksa meredah sejuk yang mencengkam tulang temulang

Segalanya kerana di sini aku kenali hadirnya DIA
Tapi kali ini yang mahu aku bicarakan
Di sini aku sedari manisnya seorang manusia
Tidak ada yang salahnya dengan tajuk itu
Ya!
Aku kenali kemanisan manusia di bumi Beijing



Ukhuwah di sini erat..tiada beza antara kami
Aku dapat rasakan tautan itu kemas terjalin
Walau tak pernah bersua mungkin jua tak pernah berbicara
Tapi hati kami telah terikat erat
dengan tautan yang satu
Perjalanan mencari DIA

Manisnya manusia itu
Apabila bertemu senyuman tak pernah lekang dari bibir
Peringatan tak pernah lupa ditutur
Pelukan sayang tak pernah lupa diberi
Mereka tidak memikirkan diri mereka
Mereka dahulukan diri orang lain

Manisnya manusia itu
Apabila tidak bertemu tak pernah lupa bertanya khabar
Menyapa mesra di laman maya
Memberi nasihat tak pernah henti
Mengucap sayang tak pernah tiada
Allahuakbar...

Kasih sayang dalam diri mereka
mencambah rasa sayang dalam diriku
Diriku yang dulunya tinggi ego
Kini sedang cuba meruntuhkan benteng itu
Diriku yang dulunya keras hati
Kini sedang cuba melembutkan
Mahu menjadi yang terbaik buat mereka

Raihana...aku sayang kau..
Tak tergambar rasa ni..:')

Mahu tulis lagi tapi tak tertekan aksara kekunci
Rasa berat..kerana mata sudah berair saat kisah ini dicoret
Biar hati menyimpan apa itu manisnya manusia pada pandanganku
Aku sayang kalian di BEIJING  [Beiyu Beiwai BFU ]
Ini jalinan yang takkan pernah putus!

Thursday, January 5, 2012

[MARAH itu RACUN]

Malam ini..mungkin suasana sunyi
Manusia bilang menenangkan, mendamaikan
tapi malam ini...mencambah rasa dalam hati aku
Bukan rasa yang indah tapi rasa marah..
Mahu tampar saja diri..
Mahu bilang pada diri
"Jangan marah wahai diri!"
"Siapa kau nak marah orang?!"

[TAWAKAL itu Harus Yang Pertama]

<Bismillahirrahmanirrahim>


Pernah dengar manusia bicara.." Tawakallah kamu kepada Allah kemudian berusahalah seterdaya kamu?"
Jarangkan.. Yang selalu kita dengar, "Usahalah kamu kemudian bertawakallah padaNya.."
 Malam itu, baru pertama kali aku singkap hakikat sebenar tawakal itu..
Tawakal itu perlu seiring dengan usaha..
Tawakal itu secara ringkasnya berserah diri kepada Allah S.W.T.
Serahkan segala urusan kepada Allah kerana DIA sebaik-baik pembuat keputusan
Yakinlah bahawa hanya Allah yang memberi, yang menghalangi jua mendatangkan manfaat

"Tidak!  Barangsiapa  menyerahkan diri sepenuhnya kepada
Allah dan dia berbuat baik, dia mendapat pahala di sisi TuhanNya
dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati"

[Surah Al Baqarah:   ayat 2]


Ayat ini menyentap hati..benar-benar menyentap hati
Bukan kerana diri telah tersentuh dengan ayat ini semata
Tapi jua kerana, walaupun aku melakukan kebaikan
tapi..masih tebal rasa takut dan sedih hati dalam diri
Sedarlah aku..bahawa kebaikanku tidak dilakukan dalam penyerahan diri
sepenuhnya kepada DIA..
Tapi jua aku sedari sesuatu kini...aku sedang perlahan-lahan
bahkan merangkak mengheret beban dosa dan jahiliyah diri
untuk menyerahkan diri sepenuhnya kepada Maha Satu
Mahu tahu kenapa?
Kerana aku rasa bahagia apabila meringankan beban orang lain
bibir tak henti ukir senyum saat lihat kalian senang
betul...tak tipu..!
aku punya satu lagi potongan ayat mahu dipersembahkan..


Maka berkat Allah,engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut pada mereka. Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar, 
tentulah mereka  menjauhkan diri dari sekitarmu. Kerana itu,
 maafkanlah mereka dan mohonkanlah ampunan untuk mereka 
dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu.
 Kemudian apabila engkau membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh Allah cinta orang yang bertawakal (159) 
Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada yg dapat 
mengalahkanmu,tetapi jika Allah membiarkanmu, 
maka siapa yang dapat membantumu setelah itu? Kerana itu, 
hendaklah kepada Allah saja orang mukmin bertawakal.(160)

[Surah Ali Imran : ayat 159-160]

Maaf sedikit panjang ayat ini..
Berkali Allah sebut tentang tawakkal! Kenapa dulu aku tak sedar?
Ohh!! dulu mana ada hati nak baca tafsir apa semua nih
Hati kelam kot dulu..jahil sangat..
dulu..baca Quran dah rasa cukup baik..
solat punya lah lama, dah rasa cukup alim..
solat sunat la apa la..
dah cukup baik ke diri?
nak tampar-tampar je hati sendiri..

Kembali kita bicara soal ayat di atas..
Allah mahu kita berserah diri padaNya
tak kira apa jua yang kita kerjakan
kerana hanya pada DIA izin sesuatu kejadian
DIA hanya mahu hambaNya kembali padaNya
ingat padaNya kerana DIA sangat sayang hambaNya
jadi, apa jua yang mahu dilakukan, bertawakallah kerana sejauh mana usaha,
tanpa secebis tawakal dalam diri, tak ke mana jua..
Kerana hanya dengan izinNYa segala kejadian


Terbangnya seekor burung itu pada waktu pagi
Dengan tawakal penuh di hati yang ia akan pulang dengan kenyang
pada petangnya..
Burung itu hamba kepada DIA..seperti kita jua
Tapi..tasbih zikirnya memuji Allah itu melebihi kita
Tawakalnya ia padaNya itu melebihi manusia
Sedang kita hamba Allah paling mulia..

"Dari Umar bin Khattab ra berkata, bahwa beliau mendengar Rasulullah SAW 
bersabda, ‘Sekiranya kalian benar-benar bertawakal kepada Allah SWT dengan 
tawakal yang sebenar-benarnya, sungguh kalian akan diberi rezeki (oleh Allah SWT), 
sebagaimana seekor burung diberi rezeki; dimana ia pergi pada pagi hari dalam 
keadaan lapar, dan pulang di petang hari dalam keadaan kenyang."

(HR. Ahmad, Turmudzi dan Ibnu Majah).




Si burung itu berusaha diiringi dengan tawakal

*Akan masuk syurga, orang yang hatinya seperti burung*

"dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. 

Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan  mencukupi

(keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. 

Sungguh Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu."

[Surah At-Talaq : 3]


Allah memberi rezeki tanpa kita sangka
dari mana atau bagaimana
tidak perlu dipersoalkan
rezeki itu rahsia Allah
tak akan pernah kita tahu selagi ia tidak sampai kepada kita
ingatlah wahai anak Adam
tak akan mati jiwa anak Adam itu
selagi tidak sempurna rezekinya

Andai kita selami ayat [19:25]..
Sesungguhnya Allah memberi rezeki tanpa diduga
Maryam yang sedang sarat mengandung
dikurniakan rezeki olehNya
hanya dengan menggoncangkan sedikit pangkal pohon kurma
tak semena-mena, buah kurma jatuh berguguran
Allahu...Allah...
betapa sayangNya dia pada hambaNya


"Ketahuilah sesungguhnya tawakal itu terletak di dalam hati adapun usaha itu tapi tak bertentangan dengan tawakal yang ada di dalam hati. Setelah seseorang meyakini bahawa rezeki itu datangnya dari Allah..Jika terdapat kesulitan, maka hal itu adalah kerana takdir Allah dan jika terdapat kemudahan, maka hal itu kerana kemudahan dariNya."

(Imam Abd Khasim Al-Khusairi)

Betulkan? Tawakal itu ada di dalam hati
Kerana itu susah benar mahu mengekalkan tawakal
Seringkali rasa ingin menyalahkan takdir apabila ditimpa kesusahan
Allah itu memberi apa yang kita perlukan
Allah itu membantu setakat mana yang Dia kehendaki
Tidak perlu risau kerana hidupnya seorang anak Adam itu
tugasnya hanya untuk menjadi khalifah dan melaksanakan perintahNya
So, be happy ye kawan2..:)

"Kejayaan sesebuah usaha itu ialah tawakalnya kita sejak awal permulaan usaha. Itulah kejayaan sebenar di sisi Allah S.W.T."

"A man who has Allah, he/she has everything"

"Langkah pertama itu harus dimulakan dengan tawakal"


"Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu  gembira terhadap apa yang diberikanNya kepada kamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri."

[Surah Al-Hadid:23]

Apabila berserah diri pada Allah
akan cukuplah keperluan kita
Tawakal ini bukan hanya bicara tentang penyerahan diri padaNya
Tapi jua bicara tentang penerimaan kita
terhadap apa yang diberikan kepada kita
Sama ada nikmat ataupun ujian
Adakah turunnya nikmat,maka, gembiralah kita
lantas berjalanlah kita di atas muka bumi ini
dengan kepala mendongak langit
kaki seolah tak berpijak kemas pada bumi
Adakah turunnya ujian, maka, sedihlah kita
tanpa sedar kita menyalahkan takdir
menyalahkan Allah itu dan ini
Wahai manusia!
Sedarlah..
Jika diberi ujian buatmu bahkan tak sehebat manapun
Sudah hingar satu dunia
Salahkan DIA Yang Maha Kuasa
Tapi..
Apabila nikmat melimpah ruah
Tetap hingar seluruh semesta
Tapi ungkap syukur padaNya
Langsung tak terluah
Hakikatnya manusia, iblis itu lebih tinggi imannya daripada kita
Tapi kerana sombong dan takburnya mereka
Dikeluarkan terus daripada syurga
Bayangkan..kita manusia yang imannya lebih rendah
Bahkan ada sifat sombong dalam diri..
Masih wujudkah syurga buat kita?
Allahuakbar..sedar wahai diri sendiri jua..
:'(

Marilah kita sama-sama memperbaiki diri
Saya punya kelemahan..kalian jua begitu
Cuma kita ummah yang perlu saling melengkapi!
"Jika kamu tidak mengisi masa lapang dengan Islam,
maka jahiliyah akan datang mengisi.."


"Alhamdulillah selesai jua task usrahku 301211..[USAHA : DOA : IKHTIAR : TAWAKAL]
Entri baruku yang diterbitkan jua buat tatapan kalian."
zahirahrazak
050112.


Sunday, January 1, 2012

[2012 :: Azam Baru]

Bismillahirrahmanirrahim...

Diari 2011 ditutup kemas tapi masih akan dibuka supaya aku tak lupa kisah laluku

supaya jadi pengajaran buatku

Diari 2012 dibuka laju..masih kosong tapi aku mahu ia diisi

dengan amal buat bekalan bertemuNYA...

Melangkah ke tahun baru Masihi..
2011 melabuhkan tirai dengan pelbagai kenangan
Tahun lalu menjadi saksi kejahilan diri
Jua menjadi saksi perubahan diri ke arah mencari DIA

2012..
Aku tidak menangisi kehadiranmu jua tidak tersenyum gembira
Cuma hati bercambah risau...
Jika tahun baru ini, amalku masih sama seperti dulu
Jika tahun baru ini, kejahilanku masih sama seperti dulu
Mahu berubah..itu yang aku mahu
Mahu jadi bidadari buat manusia dipanggil keluarga
Mahu cambah rasa sayang buat keluarga, sahabat dan seisi alam
Mahu jadi hambaNya yang berjalan di atas muka bumi ini dengan langkahan yang diredhai..




Dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah. 
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala isi hati.

[Surah Al-Mulk : Ayat 13]

Ayat ini membuka tirai 2012 ku..entah kenapa air mata ini mengalir membasahi pipi
Saat membaca surah ini..benar-benar pelik tapi Allah menyentuh hatiku..
Tiada yang mustahil kan..Syukur diberi peluang merasainya.
Betullah..rasa itu Allah yang pegang..Dia tahu isi hati hamba yang Dia ciptakan..


Mahu cambah rasa sayang buat ibu bapaku,keluargaku
Mahu bina rasa sayang buat Rai
Mahu kukuhkan ukhwah bulatan gembira d' Beijing

Post terakhir sebelum aku undur diri buat sementara waktu dari dunia blogging..Doakan hati ini cepat sembuh untuk kembali menulis..