Monday, November 14, 2011

SOLAT bukan rutin...

Jasad tegak berdiri di atas lantai sejadah
Rukuk memandang ke bawah
Dahi mencecah tanah
Adakah itu rutin?
Solat..

Aku termangu sendirian...lantas fikiran menerawang di awanan
Pelbagai persoalan menghentak kotak fikiran
Satu persatu aku ungkai mencari jawapan
Sebak dada...bergenang air mata...saat tiba pada satu persoalan
Adakah selama ini solatku menjadi rutin?
Hingga terkadang payah benar untuk memberi sepenuh jiwa buat ukhrawi
Aku terfikir lagi...
Jika ada yang mengatakan,
"Jagalah solatmu, maka, akhlakmu akan terjaga...kerana solat mencegah kemungkaran.."
Jika benar, mengapa masih manusia melakukan kerosakan di dunia?
Sedang solat tak pernah sekali ada yang lompong..
Jika benar, mengapa masih manusia tegar mengingkariNya?
Sedang solat sentiasa ditunaikan..

Jawapannya hanya satu...
Apabila solat menjadi rutin...manusia tidak dapat merasa kemanisan solat
Apabila solat menjadi rutin...manusia tidak dapat menghayati makna solat
Itulah bahana solat menjadi rutin bukan menjadi perintah Allah..
Apabila kita solat kerana Allah, nescaya, masih ada sisa-sisa kekhusyukan dalam solat

Apabila bibirku mengatakan, aku tak mahu solat menjadi rutin
Tanpa sempat menjelaskan, mulut-mulut manusia terus bercakap,
memandangku penuh sinis
Biarlah...
Yang pasti aku tak mahu solat menjadi rutinku
Aku mahu solat menjadi sesuatu yang baru aku kenali setiap hari
Kerana pastinya aku akan dapat menghayati solatku
Kerana pastinya aku akan dapat kekhusyukan sebenar
Dan barulah solat itu bermakna
Dan barulah solat itu mencegah kemungkaran diriku...

Jagalah solatmu...nescaya Allah menjagamu...
Bimbinglah aku wahai sahabat dalam menjaga solatku..
Moga kalian dirahmati sentiasa..

1 comment: