Tuesday, November 1, 2011

Cukuplah Aku Punya ALLAH

Mataku tertancap pada suatu penjuru
Penuh dengan masalah dunia
Ku alihkan pandangan pada penjuru yang lain
Alpa sebentar
Mentafsir apa yang ada di penjuru itu..
Oh...itu masalah juga
Ku tertunduk lesu
Pucat tak berdarah
Pusing kepalaku memikirkan masalah
Angkat sedikit kakiku untuk melangkah ke hadapan
Berat rasanya..
Rupa-rupanya ada tali panjang mengikat kakiku
Hujungnya tali...ada masalah
Masalah tak pernah berhenti membelengguku
Aku terduduk sayu, penat, lelah...
Segala ungkapan yang mengusutkan kepala
Aku ingin lari daripada masalah
Aku ingin hidup tenang tanpa masalah
Aku cari belati tajam..untuk memutuskan tali-tali masalah
Tiba-tiba ada suara dalam kepala
"Sampai bila kau mahu lari daripada masalah?"
Tidak akan pernah sesaat pun masalah meninggalkan kita
Kerana setiap langkah kita, kita mencari masalah
Tanpa kita duga
Allah itu ada
Cukuplah aku punya Allah
Dalam memimpin ku mencari jalan keluar dari masalah
Saat aku termangu memikirkan masalah
Ku selak lembaran Al-Quran..
Ku teliti tafsirnya..
Allahuakbar..
Allah...Kau berbicara dengan hambaMu
Tapi tidak semua yang tahu
Hanya yang mencariMu akan menemui dialogMu
Satu persatu butir kata dalam Al-Quran ku teliti
Saat itu aku sedar, ada jalan keluar dari masalah
Yakni...berserahlah padaNya...
Hadapilah masalah dengan tenang
Jadikan masalah paradigma untuk berjaya
Angkatlah diri lebih tinggi dari masalah
Jangan pernah kalah dengan masalah
Kerana Allah tidak akan menyelesaikan masalah hambaNya
yang tidak mahu berusaha menyelesaikannya
Allah itu terlalu baik...
Dia tidak akan meninggalkan kita..
Walau sesaat pun...
Sedang manusia boleh meninggalkan kita bila-bila masa sahaja
Allah..Cukuplah Engkau ada di sisiku..
Kerana hadirnya Engkau menenangkan diriku
Memimpin tanganku...

No comments: