Aku si pencari cahaya. Yang meraba dalam samar cahaya duniawi.
Lembap sekali perjalananku. Meneliti setiap inci sudut.
Tidak mahu tersadung, tidak mahu tersungkur.
Terlalu berhati-hati barangkali.
Tetapi pada akhirnya diam tak beranjak.
Di situ jua kaki kaku tak bergerak.
Mulut bicara terkatup rapat.
Siapa si pencari itu?
Mahu tidak mahu terpaksa angguk.
Ya. Itu aku.
Si pencari cahaya yang sedang lemah.
Yang mudah kalah pada masalah
Yang senang rebah apabila melangkah.
Melihat sekeliling. Orang-orang baik.
Gagah di jalan Allah.
Teguh di lorong tarbiyyah.
Mereka si pencari cahaya yang berjaya.
Cemburu. Sangat cemburu.
Dengan izin Maha Kuasa
Mereka mampu ikat hati kami, genggam jiwa kami.
Tapi aku si pencari cahaya yang tersungkur
Mereka cuba genggami jiwa aku
Ya. Aku akui hatiku disentuh.
Tapi itu dulu. Bicara mereka menyentap jiwa.
Sekarang. Hati aku kembali tenat.
Mereka berlari pantas dijalanMU
Mereka genggam cahaya dan disuluhkan ke jalan mereka.
Mereka tidak gentar akan badai sekeliling
Di hati mereka, hanya mahu paling dekat denganMU
Mahu persembahkan apa yang mereka punya.
Aku pandang kosong langkah mereka
Aku cari. Mana cahaya.
Terangi jalan aku kembali.
Aku mahu berlari bersama mereka.
Aku jerit panggil mereka. Jangan tinggal aku.
Tapi mereka sudah tak terkejar dek aku.
Aku di belakang. Menangis tanpa suara.
mahu raih cahaya itu tapi aku masih tidak mampu masih lagi terhencut-hencut mencari penat tapi Allah ada mohon DIA bantu |
Aku si pencari cahaya
yang kembali tertinggal
No comments:
Post a Comment