Tuesday, April 24, 2012

Teguhkan Ikatan Kami, ALLAH..:)

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah.
Akhirnya ada jua sesuatu yang mampu ditulis mengenai bulatan gembira (usrah) baru ku.
Aku cukup bahagia dengan mereka.

Sedikit cebisan daripada saya:

Senyuman terukir tiap kali bertemu
Pelukan erat menampal lompong rindu dalam hati
Ya, benar..rindu itu mengeratkan sayang
Sayang itulah yang membawa kita sama ada ke syurga atau sebaliknya
Jika sayang itu terbina keranaNYA,
insyaAllah di syurga jua kita akan berkasih sayang
Dan aku..
aku mahu menyayangi kalian keranaNYA
supaya saat aku merasa sayang pada kalian,
aku turut bertambah sayang padaNYA
supaya saat aku merasa rindu pada kalian,
aku turut bertambah rindu padaNYA.
Dan kita..
memilih untuk berjuang di jalanNYA
kerana itu jangan pernah lepas genggam erat tangan yang lain
kerana itu jangan pernah lupa mengirim nasihat walau secebis
supaya kita tidak kehilangan salah seorang

Kuasa Allah itu tidak mampu didustakan
DIA menetapkan kita berada dalam satu bulatan
kerana kita saling melengkapi
kerana kekurangan itulah mengikat erat hati
kerana melengkapi itulah mengukir indah memori
tidak akan lengkap bulatan tanpa salah seorang dari kita

dan aku..
berdiri di sini..
melihat kalian
dengan hati paling bahagia
aku mahu khabarkan
aku sayang kalian
aku sayang ukhuwah ini
aku sayang bulatan ini..

Ya Allah..Jalin eratkan ukhuwah kami
Agar tidak terurai seumur hidup kami
Agar tidak terlerai pegangan tangan kami..

Sahabat..jangan pernah lepaskan ikatan ini
Kerana bulatan ini tidak akan sempurna tanpa salah seorang dari kamu
Jangan pernah tinggalkan salah seorang dari kita
Berjalanlah bersama.
Jatuh dan bangun lah bersama
Kerana syurga itu lebih manis jika kita dapat sama nikmati

Wahai naqibah kesayangan kami..
Pimpinlah kami semampumu
Sayangilah kami seadanya kami
Bantulah kami seiring denganmu..

Moga kita mampu terus bahagia dengan ikatan ini

Ya Allah..semaikanlah semangat Al-Fateh dalam diri kami
Kekentalan Umar Al-Khattab
Kekuatan Salahuddin Al-Ayubi

credit to
Kak Nur Afiqah, kak Hani, Suhaili, Kamilah


No comments: