Tuesday, April 10, 2012

Cerita Tentang KEMATIAN

Bismillahirrahmanirrahim

Mati itu pasti.
Mengingati mati itu suatu kewajipan.

Kita melihat.
Tubuh kaku, beku, tak bernafas, sejuk.
Terbaring tak bermaya.
Ya. Itu jasad. Yang sudah selesai tugasnya mengusung roh.

Saat bercerai roh dari jasad.
Mungkin mata kasar kita melihat hanya pada jasad yang pucat.
Tapi kita tidak sekali-kali sedar.
Akan wujudnya roh yang setia di samping jasadnya sendiri.
Roh itu melihat satu persatu apa yang diperlakukan pada tubuhnya.

Sewaktu semua perhiasan dan pakaian yang dulu dibanggakan
dibuka satu persatu hingga tiada seurat yang tinggal
maka terdengarlah roh menjerit dan merintih
semua makhluk mampu mendengar jeritan roh
kecuali manusia dan jin

"Wahai orang yang memandikan, aku minta pada kamu kerana Allah, supaya melepaskan
pakaianku dengan perlahan-lahan. Kerana tika ini aku baru sahaja beristirehat daripada
seretan malaikat maut..!"

Betapa sakitnya sakaratul maut itu.
Ibarat ditikam 300 kali..!
Pada zahirnya jasad itu sempurna kelihatan
tapi hakikatnya tubuh itu telah hancur luluh!
Kerana itu perlakukan lah jasad si mati dengan selembut yang mungkin

Saat air disiram ke badannya
Berteriaklah roh..
"Wahai orang yang memandikan, demi Allah, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas.
Dan jangan pula terlalu sejuk kerana tubuhkan terbakar apabila keluarnya roh..!"
Sewaktu dimandikan, berkatalah roh..
"Demi Allah, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menggosok aku dengan kuat.
Kerana tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh."

Kerana itulah seeloknya ahli keluarga yang menguruskan si mati
Pertalian yang erat itu mampu memberi keselesaan pada si mati
Jika aib si mati diketahui
Sekurang-kurangnya hanya ahli keluarga yang tahu
Cuba bayangkan saat hidupnya dia, aurat benar dijaga
Tapi apabila mati, didedahkan sewenangnya
Nescaya menangis merintihlah roh di sisi jasadnya kerana diperlakukan begitu

Sewaktu mayat diangkat keluar dari rumah
Roh pun menyeru lagi
"Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda,
maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim,
maka janganlah kalian menyakiti mereka.
Sesungguhnya pada hari ini aku dikeluarkan dari rumahku dan aku tidak akan kembali selamanya.."

Dalam suatu riwayat disebutkan..

Sewaktu roh terpisah dari tubuh, ia dipanggil dari langit dengan tiga kali jeritan..
"Wahai anak Adam!"
"Apakah kamu meninggalkan dunia atau dunia meninggalkan kamu?"
Apakah kamu mengumpulkan dunia atau dunia mengumpulkan kamu?"
"Apakah kamu mematikan dunia atau dunia mematikan kamu?"

Sewaktu mayat diletakkan untuk disolat, tiga jeritan didengari
"Wahai anak Adam!"
"Segala amal yang telah kamu lakukan akan kamu lihat!"
"Jika amal perbuatan baik, maka kamu akan melihat baik!"
"Jika amal perbuatan kamu buruk, maka kamu akan melihat buruk!"

Sewaktu mayat dipikul di atas usungan, terdengar lagi tiga jeritan.
"Wahai anak Adam!"
"Sangat berbahagialah kamu jika kamu termasuk orang yang bertaubat"
Sangat berbahagialah kamu jika amalan kamu baik."
"Sangat berbahagialah kamu jika amalan sahabat-sahabat kamu dalam redha Allah."

Kemudian apabila mayat sudah berada di tepi kubur
dipanggil lagi dengan tiga jeritan
"Wahai anak Adam!"
"Bukankah kamu menambah damai pada tempat yang sempit ini?"
"Bukankah kamu membawa kekayaan di tempat kefakiran ini?"
"Bukankah kamu membawa cahaya penerang di tempat yang gelap ini?"

Dan apabila mayat diletakkan di liang lahad, maka ia pun dipanggil dengan teriakan tiga kali
"Wahai anak Adam!"
"Kamu di atas punggungku bersenda gurau, tapi kamu dalam perutku menjadi menangis"
"Kamu berada di atas punggungku bergembira, tapi kamu dalam perutku menjadi cemas dan duka."
"Kamu di atas punggungku dapat berbicara, tapi kamu dalam perutku menjadi diam."
Setelah para manusia meninggalkan mayat yang telah dikuburkan, Allah SWT berfirman,
" Wahai hambaKU, kamu tetap terpencil dan sendirian, para manusia sudah pergi dan pulang meninggalkan kamu dalam kegelapan kubur. Padahal kamu telah berbuat maksiat kepadaKU kerana manusia.
Namun Aku sangat kasihan kepadamu hari ini dengan limpahan rahmat, yang dengannya para makhluk sama kagum. Dan Aku lebih kasihan kepadamu daripada kasih ibu kepada anaknya."

Kematian itu sebenarnya sangat dekat.
Dan janganlah kita melupakanNYA saat bahagia kita.




1 comment:

.rai.di.sini. said...

setiap jiwa akan merasai kematian. kullu nafsin zaiqatul maut.