Tuesday, November 20, 2012

Malam Yang Sayu

Sayu aku rasa malam ini. Menoleh waktu lalu.
Tika khabar yang menduga segenap jiwa hidup aku tertumpu pada bonda tercinta.
Dugaan yang dirasakan sangat berat tika itu.
Rasa seolah jantung jatuh ke tanah, risau tapi tetap tenang. Positif tika itu.
Cepat-cepat tengah malam itu aku selak naskhah Yassin. 
Berharap bacaan itu dapat tenangkan bonda dalam koma.
Khabarkan pada sahabat. Lantas dia datang menemani.
Dalam tidurnya dia, dia tetap bangun datang ke kamar aku.
Usai bacaan yassin, meluah sebentar pada dia.
Datang pula sahabat lain. Jua datang menemani.
Memberi akal untukku. Aku hubungi ayah.
Pedih saat dengar bunyian alatan hospital. Sayup bacaan Yasin.
Saat itu aku hanya mampu tahan sebak. Tak mahu ayah jua runtuh semangat.
Esoknya, khabar tersebar agak cepat. Aku buat keputusan balik Malaysia.
Allah permudahkan segalanya. Sahabat-sahabat banyak membantu.
Sangat banyak membantu.
Di Malaysia, jua tak putus doa mereka buat bonda ku.
Semangat mereka alirkan melalui doa mereka, mesej mereka.
Jujur aku mengalirkan air mata saat membaca mesej-mesej kalian.
Aku gagahkan seminggu di Malaysia melihat keadaan bonda yang sangat tak berdaya.
Wayar berselirat, mata terkatup rapat, pernafasan nampak sesak.
Meninggalkan Malaysia jua dalam linangan air mata.

Dan hingga sekarang.
Ya Allah, aku tak tahu bagaimana mampu aku tunjukkan syukur aku padaMU
BantuanMU sentiasa mengiringi aku, semangatMU jua tetap teguh dalam hati
Berminggu-minggu aku hidup tanpa semangat figur bonda
Tapi aku teguh dengan semangat yang KAU kirimkan melalui sahabat di sisi aku.
Betapa aku tidak menyangka, ukhwah yang aku bina di sini,
Menjadi medan yang sangat indah dan hebat dalam hidup aku.
Merasa diri disayangi, diambil berat dan banyak lagi.
Mereka figur-figur hebat dalam hidup aku.

Terima kasih kalian..
Batch'93 Beiyu Beiwai
Senior-senior Beiwai..
Tercinta di BFU
dan semua sahabat di Malaysia dan negara2 lain
doa kalian sangat hebat.

Aku dan keluarga sangat berterima kasih dengan kalian.
Hanya Allah mampu membalasinya...

No comments: