Sunday, July 22, 2012

Aku dan Kecintaan

Sifat manusia itu penuh dengan kecintaan
Pada manusia,material,pemikiran dan entiti

Penulisan itu kecintaan aku. Sejati. Sebati. Dalam diri. Orang kata aku otak sastera. Aku cakap bukan! Tapi aku miliki cinta pada keindahan bahasa. Mempamerkan rasa pada pembaca hanya dengan butir-butir huruf. Bukan senang. Tidak hanya dengan kecintaan tapi keikhlasan.

Menulis tentang hidup ibarat kamu membogelkan diri kamu.



Thursday, July 19, 2012

Melihat Hati Sendiri

Hati itu kadang-kadang berdetak
Mencari ruang untuk bernafas
dari lumpur hitam yang menyesakkan
mahu mencari lubang-lubang halus untuk udara yang bersih
tapi hati itu diikat ketat.
ditusuk tajam dengan pisau jahiliyah diri
Sakit tapi tak mampu lepas
Sesak tapi tak mampu berhembus

Hati itu sifatnya lemah pada asal
Hanya peminjamnya mampu menguatkan hati itu
Hati itu punya banyak rasa
Di situlah bersemadinya cinta sayang rindu kasih simpati
Di takuk itu juga tertanamnya benci dengki hasad riak sombong
Hati itu Allah pegang bak kata orang
tapi aku kata suka-suka
hati itu memang Allah pegang tapi
manusia menentukan keras lembut hati
Kadang-kadang Allah dah tunjuk jalan
tapi manusia sengaja kaburkan.

Ramadan. Bulan keberkatan.
Bulan peluang untuk aku bernafas sedikit bersih.
Aku sedang cuba tengok hati sendiri
Mampu atau tidak aku tahan dengan jahiliyah bodoh kotor
Nak lari tapi aku jenis suka hadapi.
Itu aku tapi kamu.
Kita lain.

Kami berjalan bersama. Memandang alam dengan lensa ukhuwah kami.




Alam itu indah dan keseronokan itu akan dapat kita rasai bersama sahabat tersayang.
Dan aku. Sedikit sebanyak mampu menilik hati melalui perjalanan kami.
Semoga dapat meluaskan lagi lensa kehidupan bersama mereka.
Adahanz dan Raihan. Kalian osem!

Tuesday, July 3, 2012

Mengejar Cahaya

Lemas. Kelam. Buntu.
Dalam kegelapan, aku mencari arah
mencari lorong yang punya cahaya di pengakhirannya
aku sebenarnya sedang mencari diri
Diri aku sedang hilang.
Cuba dekat dengan PENCIPTA
mencari tahap keikhlasan yang selayaknya
tapi sering saja aku gagal
Orang kata aku lalai.
Tapi aku kata tidak!
Aku tidak lalai tapi aku sedang mencari.
Itu lebih baik daripada aku duduk diam dan perhati saja.
Jejakan kaki di bumi Malaysia.
Walau baru sehari dua di sini.
Aku sedar aku sedang temui jalan yang selama ini aku mahu cari.
Aku sedang temui diri yang selama ini hilang.
Kepada SANG PENCIPTA..
HambaMU ini sedang mengajar diri erti keikhlasan beribadah
HambaMU ini sedang melatih diri mengejar pahala.
Jika aku tersungkur lagi, bangunkan aku ya..

Itu erti kerinduan.
merindui manusia itu mudah.
mahu merindui Allah dan Rasul itu payah.
aku bangun tidur, aku ingat manusia.
jarang sekali nak ingat Allah.
padahal, Allah itu yang mencipta manusia.
yang mengurnia rasa sayang dan rindu.
Aku resah.

p/s: i will miss her like crazy. but i will just keep my silence till she realized about it.