Tuesday, August 7, 2012

Langkah Longlai

Saat dulu yang aku rindu
Saat tarbiyah mula menyapa sayu
Saat air mata tumpah melaju
Dan saat itu aku benar-benar rindu
Entah bila mampu aku ketemu saat itu
Kembali..


Langkah ini terus terusan melonglai
Meredah liku-liku hidup mencari secangkir redha Tuhan
Koyak rabak baju iman sepanjang perjalanan
Dan langkah ini semakin melemah
Bebunga sekitar tunduk melayu
Melihat langkah hamba yang tempang seolah merayu
Tuhan, pinjamkan sedikit kekuatan buat aku
Untuk aku terus melangkah
Walau terpaksa merangkak
Tapi aku mahu tuju redhaMu , Tuhan!

Aku cari tali-tali agar dapat aku sokong tubuh ini
Agar langkah tidak terhenti setakat ini
Aku mahu terus melangkah, Tuhan
Berikan aku ruang waktu dan peluang
Untuk aku tampal carik-carik iman hati
Untuk aku segarkan bunga semangat teguh berjuang
Aku tidak mahu berundur
Walau kini aku sedang melemah dalam tarbiyah
Walau aku sedang tenat dalam pencarian diri
Biarlah semua itu
Aku hanya mahu dekat denganMU!

Syurga itu yang aku damba
Menjadi bidadari itu yang aku mahu
Walau terpaksa meredah sisa karat jahiliyah diri

Semoga aku kuat

1 comment:

.rai.di.sini. said...

Suka. Sama luahan hati.